“Mengalami Keguguran Kandungan Yang Baru Masuk 6 Minggu,” – Elly Arifin Gugur Akibat Pendarahan Dalaman

Share

Pengacara, Elly Arifin berkongsi khabar duka apabila mengesahkan dirinya mengalami keguguran anak pertama yang baru berusia enam minggu akibat pendarahan dalaman.

Berkongsi video selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital menerusi Instagram, isteri kepada penyampai radio dan hos, Jiggy ini dikejarkan ke hospital kira-kira jam 1.00 tengahari.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Takde apa yg serius. Cuma perut kadang2 sakit.

“Duduk dah boleh cuma berjalan je belum lagi. Doktor paksa utk berjalan sebab nanti tiub pundi kencing kena cabut.

“Kepada yg bertanya, elly mengalami keguguran kandungan yang baru masuk 6 minggu disebabkan pendarahan dalaman yang sangat teruk,” tulisnya.

Sementara itu, Elly turut memaklumkan dirinya terpaksa menjalani pembedahan selama beberapa jam.

“Tula terkinja2 lagi. Jadi pukul 1 tengahari semalam, elly dikejarkan ke hospital dengan ambulans untuk masuk ke emergency room dan pukul 5pm mcm tu dah masuk bilik operation.

“Operation berlaku selama 4 jam dan semuanya berjalan lancar alhamdulillah. Tolong doakan elly supaya cepat sembuh ya?

“To my first ever baby, Mama jumpa awak kat syurga ye? Terima kasih sebab sempat kongsi badan dgn Mama selama 6 minggu walaupun awak masih belum cukup sifat fizikal. I love you,”

kongsi wanita berusia 30 tahun ini lagi.

Elly yang juga merupakan wartawan penyiaran mendirikan rumah tangga dengan pelawak yang juga anggota kumpulan Masin, Jiggy atau Mohammad Aizat Ahmad Nadzri, 28, pada 9 September 2016.

Foto : Instagram Elly Arifin

Published by
Noraini Abd Wahab