Suami kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Faizal Zakaria ada menitipkan ucapan khas bersempena dengan hari lahir anak tirinya yang ke-15 tahun, Marissa Dania.

Menurut Faizal, kadang kala sesuatu perkara itu lebih baik diungkapkan melalui penulisan kerana ianya boleh disimpan dan dihayati berkali-kali.

View this post on Instagram

Kadang2 sesuatu perkara tidak akan diluahkan melalui pertuturan, kerna kesan hanya seketika . Lebih suka memilih secara penulisan…boleh diulang2 dan dihayati apa yang ingin disampaikan . Penyampian secara penulisan, adakalanya mendatangkan kesan jika ia dibaca dlm keadaan jiwa kita yang tenang dan bersendirian…membayangkan setiap bait perkataan yang kita baca…mengalirnya air mata jika ia dihayati walaupun utusan itu ringkas . Maaf tak dapat join semalam sambut Birthday adik @marissadania_ Happy Birthday adik . Moga kehidupan adik lebih bermakna…setiap apa yang adik lakukan, ingat kita ada Allah dan Malaikat senantiasa mengikuti kita ke mana2 . Jadikan Islam dan Iman sebagai landasan perjalanan hidup adik di alam remaja, usah goyah dengan tipu daya dunia ini kerna syaitan akan terus menghasut untuk kita terus terpesong dari ajaran Islam . Usah adik takut…doa ibubapa dan ibu yang melahirkan adik tidak pernah pudar, ia akan menjadi perisai untuk hidup adik selama-lamanya . Sayang adik dunia akhirat ❤️❤️❤️ . Abah 3 Julai 2020

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on

“Kadang-kadang sesuatu perkara tidak akan diluahkan melalui pertuturan, kerna kesan hanya seketika.

“Lebih suka memilih secara penulisan. Boleh diulang-ulang dan dihayati apa yang ingin disampaikan,” tulisnya.

Ucapan tersebut dikongsikan oleh Faizal menerusi akaun Instagram miliknya.

Ads

Tambah Faizal atau lebih mesra dengan panggilan Abah dikalangan anak-anak, penyampian secara penulisan boleh mendatangkan kesan jika dibaca dalam keadaan jiwa yang tenang dan bersendirian.

“Penyampian secara penulisan, adakalanya mendatangkan kesan jika ia dibaca dlm keadaan jiwa kita yang tenang dan bersendirian.

“Membayangkan setiap bait perkataan yang kita baca. Mengalirnya air mata jika ia dihayati walaupun utusan itu ringkas.

“Maaf tak dapat join semalam sambut Birthday adik @marissadania_ Happy Birthday adik,” katanya lagi.

Ads

Dalam pada itu, Faizal turut menasihati anak gadisnya itu untuk sentiasa kuatkan hati menempuh cabaran mendatang lebih-lebih ketika bergelar remaja.

“Jadikan Islam dan Iman sebagai landasan perjalanan hidup adik di alam remaja, usah goyah dengan tipu daya dunia ini kerna syaitan akan terus menghasut untuk kita terus terpesong dari ajaran Islam.

“Usah adik takut, doa ibu bapa dan ibu yang melahirkan adik tidak pernah pudar, ia akan menjadi perisai untuk hidup adik selama-lamanya.

Ads

“Sayang adik dunia akhirat,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan ucapan penuh makna bapa kepada tiga orang anak itu.

“Mengalirnya Air Mata Jika Ia Dihayati Walau Utusan Itu Ringkas,” – Ucapan Suami Abby Abadi Sempena Hari Lahir Anak Tirinya, Marissa Dania

“Mengalirnya Air Mata Jika Ia Dihayati Walau Utusan Itu Ringkas,” – Ucapan Suami Abby Abadi Sempena Hari Lahir Anak Tirinya, Marissa Dania

Sumber: Instagram Faizal Zakaria

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI