Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha kini sarat hamil 7 bulan anak kedua hasil perkongsian hidup dengan suaminya, pelakon Hairul Azreen.
Hanis ketika ditemui MH baru-baru ini berkata, kandungan kali ini membuatkan dirinya berasa cepat penat.
“Pregnant kali ni rasa sangat penat dan mengah. Morning sickness sampai second trimester,tak ada tenaga.
“Masa pregnant Yusuf, morning sickness sampai 9 bulan. Walaupun muntah-muntah masa tu, tapi masih ada tenaga untuk pergi shooting, event sana sini,” kata Hanis kepada MH.
Perkahwinan yang dibina pada Jun 2015 bersama Hairul membuatkan dia lebih matang dalam menguruskan hal rumah tangga.
“Hairul banyak membantu dalam kerja-kerja rumah, dia (Hairul) pun seorang yang komited dan sifat kasih sayang yang dia tunjukkan itu, nampaklah dia seorang bapa dan suami yang penyayang,” jujur Hanis.
Dalam perkembangan lain, Hanis baru sahaja dilantik sebagai duta bagi produk barangan bayi, Happikiddo.
Foto : IG Hanis Zalikha