“Mengandung Tak Jugak, Ko Mandul Ke Apa?,” – Kena Hina Tanpa Belas, Ini Respon Instafamous Beby Tora

Share

Bintang media sosial, Beby Toratora atau nama sebenarnya, Atierah Zulfatie ada mendedahkan teks yang diberikan haters buatnya, menerusi Instagram.

Sambil menggunakan gaya bahasa yang kasar, mesej tersebut antara lain turut menggelarkan bintang Insta ini sebagai Babi Tunggal dan seorang selekeh dan sukar hamil kerana masalah kegemukan.

Memberi reaksi terhadap apa mesej tersebut di ruangan kapsyen, Atierah sendiri pelik apakah kesalahan yang dilakukan terhadap individu berkenaan hingga sanggup berkata sedemikian.

“Apa aku prnah buat dkat dia smpai dia kata mcmtu eh. klau dia prmpuan,tak takut ke smua jdi dkat dia balik. Kalau dia llaki ,tak takut ke klau benda tu jdi kat isteri dia .klau dia belom kahwin,tak takut ke boleh dpat dkat siapa2 yang dia syang.

“Aku memang gemuk ..tapi at least aku cuba jdi cntik untuk suami aku .tapi orang nampak ka ?dak pun kan ..klau nampak aku buat video mkn bnyak, tu rezeki aku dan rezeki orng lain juga ..klau aku usaha jaga bdan, perlu ka aku bgtau sluruh dunia apa usaha aku,” tulisnya.

Pada masa sama, Atierah turut memohon pengguna media sosial agar bertimbang dasa dan berbelas ihsan.

“Ampa yang benci aku ,kait family,kait suami aku, bertimbang rasa and berbelas ihsan la sesama manusia ..dunia ni makin lama makin kejam.

“Asal gemuk ja laki tinggal kan ?hampa tatau betapa ramainya orang yang badan besar ni usaha turunkan berat bdan,” kongsinya lagi sambil berpesan, ‘gemuk tak salah’.

Sementara itu, para pengikutnya memberikan kata semangat dan mengecam tindakam individu berkenaan yang dikatakan melampau dalam memberikan pandangan.

Malah, rakam artis seperti Noorkhiriah turut memberikan maklum balas terhadap perkongsian Atierah itu.

Untuk rekod, Atierah dan suaminya yang dikenali sebagai Apit Johari mendirikan rumah tangga pada 1 Mac lalu.

Foto: Instagram Beby Toratora

Published by
MH