Uncategorized

Mengapa Misha Omar Tutup Telinga, Muka Berkerut Semalam? Ini Jawapannya!

Share

Misha Omar sekali lagi menjadi perhatian di pentas semi final Muzik-Muzik semalam apabila single terbarunya, Sampai Bila menepati ramalan ramai apabila menjadi antara 11 buah lagu yang berjaya bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33).

“Teruja sebenarnya untuk kembali. Malah dengan adanya kawan-kawan lain yang turut bertanding buatkan saya gembira. Ada baru dan lama.

“Malah masing-masing ada kelebihan sendiri dan lagu yang bertanding pun sedap belaka. Saya hormati semuanya,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai tahap kepuasannya di dalam mempersembahkan lagu Sampai Bila yang menjadi pilihan ramai untuk mara ke Anugerah Juara Lagu ke33 (AJL33) Februari depan, Misha mengakui pada awalnya di agak gementar.

Bagaimanapun, semuanya bertukar apabila mendengar sorakan para penonton.

“Pada peringkat awal, memang rasa gementar tapi bila tengok dan dengar sorakan mereka, buatkan skala gementar itu semakin menurun, alhamdulillah,” terang Misha sejurus pengumuman 12 buah lagu terbaik yang berjaya mara ke AJL33.

Berkongsi mengenai persiapannya menjelang program muzik berprestij itu, Misha memberitahu dia sekali lagi akan meneruskan sesi belajar vokal bersama Datuk Syafinaz Selamat, dengan bantuan Syafiq Erwinn.

“Kalau nak tahu, beberapa jam sebelum separuh akhir pun saya telah mengadap Datuk Syafinaz dan di belakang pentas, saya dapatkan bantuan daripada Cikgu Syafiq Erwinn juga. Merekalah yang membantu.

“Kita cuba berikan vibe yang berbeza untuk malam ini,” akuinya lagi.

Ditanya mengenai aksinya ketika di pertengahan lagu, Misha memberitahu semuanya adalah sebagai drama yang selaras dengan liriknya.

“Kan masa tu part ‘maafkan aku’, jadi saya pun macam ‘eh tak nak dengarlah! So kita memang sengaja kasi drama macam tu,” akhiri Misha secara seloroh.

Dalam perkembangan lain, Misha sedang dalam persiapan konsert di Istana Budaya April Tahun depan. Turut sama berkongsi pentas ialah Noryn Aziz dan Sarah Raissuddin.

Foto: Instagram Muzik Muzik

 

 

Published by
Rafiq Mazlan