Pelakon cantik, Raja Ilya yang kini membayangkan dirinya sudah bergelar isteri kepada seorang jejaka bergelar usahawan warga Australia kini sedang dihujani dengan ucapan tahniah dari para peminat.
Malah, pelakon Syurgaku Tak Sempurna itu juga turut menerima ucapan sama daripada rakan artis.
Bagaimanapun, ada cakap-cakap yang tertanya-tanya mengapa pelakon tinggi lampai itu tidak meletakan foto suami, malah sejak menjalin hubungan cinta lagi.
Menjawab mengenai persoalan berkenaan, Ilya memberitahu dia tidak meletakkan foto bukan kerana bimbang atau risau akan ada wanita lain cuba ‘cucuk jarum’.
Sebaliknya, dia bersyukur kerana dia dan suami lebih bijak untuk membawa hubungan pada situasi yang sepatutnya.
“Bimbang kena caras? Tidaklah. Rasanya peluang untuk wanita lain caras dia tidaklah kot.
“Dia sebenarnya sudah single dalam 15 tahun, kemudian dia memang fokus pada kerjaya, tunggu insan yang betul.
“Memanglah saya sendiri ada yang cuba merapati tapi rasa hati belum terbuka. Sama juga dengan dia. Satu perkara yang kami percaya, jangan terburu-buru dalam bina perhubungan.
“Saya percaya pada jodoh. Keluarga saya pun suka. Keluarganya pun banyak menyokong. Itu lebih memadai,” kongsi Ilya.
Sementara menerusi sepotong video yang dimuat naiknya dua hari lalu, Ilya ada menyatakan dia tidak sabar untuk berkongsi momen indah bersama semua.
Semoga Ilya dan pasangan kekal bahagia, hingga ke anak cucu.
Foto: Instagram Raja Ilya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI