Cat Farish atau nama sebenarnya, Farish Ramli memohon doa ramai demi anak saudaranya yang dikenali sebagai Benjamin Pawanteh.

Dia difahamkan baru sahaja menjalani pembedahan tempurung kepala untuk mengeluarkan darah beku.

Jelasnya, Benjamin juga kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi dan belum sedarkan diri.

Menurut perkongsian di Ig Story Cat, Benjamin mengalami pendarahan di bahagian otak kanak selepas terjatuh semasa bermain bersama sepupunya pada Syawal pertama.

IKLAN

“Salam sahabat semua doakan anak sedara saya. Anak adik saya @ladyjamalo dan suami @the_accidental_logistician #benjaminpawanteh yg baru menjalanni pembedahan tempurong kepala utk mengeluarkan darah beku petang tadi.

“Kini ben di rawat di icu dan saya memohon doa dari kalian semua. Ya Allah kembalikanlah kesihatan dan kembalikan ben sihat sedia kala.

“Tolonglah kengkawan doakan ya.

IKLAN

#prayforbenjaminpawanteh,” tulisnya.

IKLAN

“Mengeluarkan Darah Beku,” – Anak Saudara Jalani Pembedahan Tempurung Kepala Selepas Terjatuh, Cat Farish Mohon Doa “Mengeluarkan Darah Beku,” – Anak Saudara Jalani Pembedahan Tempurung Kepala Selepas Terjatuh, Cat Farish Mohon Doa
Di ruang komen, netizen menitipkan doa buat kanak-kanak tersebut serta berharap agar kedua ibu bapanya tabah dengan dugaan yang berlaku.

“Mengeluarkan Darah Beku,” – Anak Saudara Jalani Pembedahan Tempurung Kepala Selepas Terjatuh, Cat Farish Mohon Doa “Mengeluarkan Darah Beku,” – Anak Saudara Jalani Pembedahan Tempurung Kepala Selepas Terjatuh, Cat Farish Mohon Doa

Foto : Instagram Cat Farish

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI