Ibu kepada pelakon, Alya Iman, Jamaliah Jamari dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada petang Sabtu.
Memetik laporan Mstar, Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil memaklumkan ibunya itu sebenarnya merupakan pesakit kanser dan sudah empat di rawat di hospital.
“Mama sudah lama mengidap kanser dan dia duduk di hospital sejak empat bulan yang lalu.
“Mama menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas sehari keluar hospital di rumah yang sama dengan arwah ayah meninggal dunia pada tahun 2018,” katanya seperti yang dipetik.
Katanya lagi, ibunya itu seakan sudah merasakan mengenai pemergiannya setelah dia memohon untuk dibawa pulang ke pangkuan anak-anak.
“Mama memang nak sangat balik rumah dan setiap hari dia minta kami adik-beradik untuk bawa pulang
“Mungkin dia sudah bersedia untuk pergi dan minta untuk menghabiskan hayatnya di rumah,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Kahwin Paksa itu turut mendedahkan antara momen yang akan dirinduinya sudah tentulah nyanyian arwah ibu buat dirinya.
“Ibu sangat suka menyanyikan lagu My Baby You untuk saya. Sehingga sekarang masih bermain dalam kepala arwah sedang menyanyikan lagu tersebut,” kongsinya lagi.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, Alya turut berkongsi momen-momennya bersama arwah ketika hayatnya masih ada.
View this post on Instagram
Terdahulu, jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampunh Jamaliah, Ijok, Selangor pada pagi Ahad.
Sekadar informasi, Jamaliah merupakan bekas isteri kepada pelakon terkenal era 80-an Allahyarham Azmil Mustapha yang meninggal dunia pada 14 Februari 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Mstar & Instagram Alya Iman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI