
Pelakon Mawar Rashid mendedahkan dia bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Menghitung hari untuk melahirkan anak ketiga, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, kini usia kandungannya sudah masuk bulan kesembilan.
Berkongsikan video momen manis itu di laman Instagram miliknya, Mawar dan suami, Raf Yaakob mengadakan majlis ‘gender reveal party’ bagi meraikan kehadiran ahli keluarga baharu nanti.
Sebaik mendedahkan jantina kandungannya, anak-anak pasangan itu dilihat bersorak gembira dan teruja dengan belon berwarna merah jambu yang sinonim dengan jantina bayi perempuan.
Terdahulu, Mawar mengumumkan dia hamil anak ketiga pada September lalu dan ketika itu usia kandungannya sudah mencecah lima bulan.
Untuk rekod, Mawar berkahwin dengan Raf yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob pada 9 November 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 4, dan Raden Seri Rosabella Cinta, 2 tahun.
Raf turut mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dalam Berjuang Untuk Muse…,” – Isteri Alami Keguguran, Noh Salleh Reda Ujian Allah

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh reda dengan ketentuan Illahi selepas isterinya dilaporkan mengalami keguguran cahaya mata sulung pada Febuari lalu
Kisah tersebut baru dikongsikan oleh Noh menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Ahad.
Menurut Noh, meskipun ditimpa ujian berganti-ganti, dia dan isterti tetap percaya segala yang berlaku ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
“Hari ini 22 September 2024 adalah genap tujuh bulan kami kehilangan anak di dalam kandungan. Korang tak tau kan?
“Dalam struggle berjuang untuk Musa, kami juga struggle memastikan anak di dalam kandungan sihat. Namun, Tuhan jemput dia awal.
“Pasti segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau erti kata lain UPGRADE diri sebagai suami isteri,” tulisnya.
Pada masa sama, penyanyi lagu Rahsia Tuhan ini juga memanjatkan rasa syukur kerana di kelilingi oleh orang-orang sepanjang menempuh detik sukar ini.
“Walaupun perit nak melalui segala yang aneh-aneh tapi kami bersyukur Tuhan jernihkan semua untuk kami.
“Nampak dan ternyata hidup lebih steady dan tenang sebab kami melawan perjuangan yang agung dan menang.
“Beruntung kami di kelilingi orang-orang baik, teman-teman dan kaum keluarga yang tak henti memberi kekuatan, mendoakan serta menemani ke mana-mana sahaja.
“Awal pagi teman pergi kuburan tapi kami benar-benar tidak stabil mental dan emosi. Anda tahu siapa anda,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Noh turut menyifatkan segala yang berlaku ini menguatkan lagi hubungannya bersama isteri yang kini sudah genap setahun mendirikan rumah tangga.
“Oh ya kami namakan anak kami Julian. In sha Allah semoga tuhan izinkan kami boleh berjumpa dengan dia nanti.
“Posting ini adalah sempena ulang tahun saya dan isteri esok. Ulang tahun yang pertama tapi rasa macam dah 20 tahun sebab sudah lalui macam-macam.
“Palestine pasti bebas,” akhirinya.
Terdahulu, Noh dan isterinya Fatin Athira telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 23 September 2023.
Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos 2022.
Mereka juga ada mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Musa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dakwa Kontraktor Cabut Lari, ‘Menyirap’ Isteri Mark Adam; “Aku Tak Halalkan, Ibarat Makan Daging Bab*.”

Penyanyi dan pelakon, Mark Adam akui terkilan selepas projek rumah yang didirikan untuk ibu dan bapa mentuanya didakwa telah dibiarkan terbengkalai oleh pihak kontraktor.
Menurut Mark, meskipun sudah membuat pembayaran penuh, namun, proses asas iaitu struktur rumah tersebut dikatakan masih lagi belum siap sepenuhnya.
“Baru-baru ini, saya ada buat rumah untuk ibu dan ayah mentua saya tapi projek ini ada masalah dengan kontraktor. Mereka dah berjanji akan habiskan binaan tangga.
“Projek ini sudah bermula sejak tujuh bulan yang lalu tapi tapi tak habis-habis lagi. Susah la macam ni. Saya dah bayar penuh tapi mereka asyik minta-minta duit tambahan.
“Struktur rumah pun belum habis lagi tapi minta wang tambahan RM60,000 hingga RM80,000. Apa pun tak habis lagi ni. Kalau betul-betul nak wang tambahan, habiskan dahulu struktur rumah,” katanya.
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Pencuri itu menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram.
Jelas Mark lagi, dia juga agak kecewa apabila hasratnya untuk membawa ibu dan bapa mentuanya tinggal di rumah tersebut sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri mungkin tidak kesampaian.
“Lepas tu mereka angkut sekali barang-barang untuk projek rumah ini. Simen yang sepatutnya digunakan untuk rumah ini juga mereka ambil sekali. Siapa punya simen tu? Saya dah habis bayar.
“Bila kita bincang dengan kontraktor, apa yang mereka minta, kami bagi. Kami beri kerjasama sepenuhnya. Bayar semua seperti apa yang mereka mahu. Kemudian jadi macam ni.
“Macam mana sekarang ni? Hari raya dah dekat. Mak dan ayah mentua saya mahu tinggal di sini sebelum raya. Sayang betul. Pihak saya dah buat sehabis baik tapi ini yang saya terima,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Mark turut memaklumkan dia kini sedang menunggu tindakan susulan daripada pihak polis berhubung projek rumahnya itu.
“Tak mengapa. Saya pun dah buat laporan kepada pihak polis. Kita tengok macam mana keadaannya nanti. InsyaAllah .
“Sekarang ini pun saya dah tukar kunci rumah ini. Mereka kunci rumah ini untuk tidak bagi saya masuk. Jadi, saya tukar mangga. Bayangkanlah tuan rumah tak boleh masuk. Bila saya minta kunci, mereka tak bagi.
“Saya ada hak nak masuk rumah ini untuk lihat sendiri progressnya. Tak mengapalah, kita tengok apa tindakan mereka nanti,” kongsinya lagi.
Sementara itu, isteri Mark, Norazah Redzuan akui berang dengan tindakan pihak kontraktor dan bersedia untuk bersemuka bagi menyelesaikan masalah ini.
“Tak mengapa kau boleh lari. Lari jauh-jauh. Demi Allah, mak bapak aku, aku tak akan halalkan satu sen pun duit aku yang kau makan.
“Makan duit yang haram, ibarat kau makan daging babi. Jadi kau bagilah anak bini kau makan daging babi. Semua hitam putih aku ada. Kau je yang takut nak jumpa,” konsinya menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Sebelum ini, masalah sama turut dilalui oleh pelakon dan pengacara, Amyra Rosli apabila rumah yang dibina untuk ibu bapanya telah terbengkalai kerana ditipu oleh pihak hiasan dalaman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mark Adam & Norazah Redzuan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Its Alif Aziz, What Do You Expect?” – Reaksi Zarina Anjoulie Berhubung Kes Aliff Aziz & Oktovia Manrose

Tular di lama sosial kontroversi rumah tangga membabitkan tiga pihak, Aliff Aziz, Bella Astilah dan Octavia Manrose.
Tampil memberi sokongan kepada Bella, Zarina Anjoulie berharap agar netizen tidak terus mengapi-apikan kes yang berlaku.
“Pasal case Alif Aziz n Bella…. I mean ??? Korang ingat dia nk ubah BUT this is not the time kita curah petrol cuz . Should just show some support towards bella #girlpower.
“-n to u @oktoviamanrose kau dah kenapa nk keluar ngan laki org???? Tak tau malu ke ??? Time bella screenshot kau tau plak malu .. masa kau keluar ngan laki org kau tak malu plak?” tulisnya di ruangan kapsyen.
Walau bagaimanapun, ulasnya, tiada apa yang mengejutkan kerana lelaki tersebut adalah Aliff Aziz.
“Setiap kali ada kes korang cari aku. Its Alif Aziz, what do you expect?
“But then again itu bukan masalah kita tapi kita sebagai wanita, kita harus beri some moral support to Bella. Just don’t make it worst.
“Its better not to uar-uarkannya lagi. Cerita itu, just let her heal dan peace.
“Anyhow if I was her, I will beat the f*** Octavia. Obviously, she knows Alif Aziz dah kahwin dan kau yang nak keluar juga dengan dia buat apa? Nasib baik Bella baik, kalau aku dah ganyang kau gila-gila. If Bella is my sister, I will beat both of you.”
View this post on InstagramA post shared by Zarina Anjoulie (@zarina_anjoulie) on
Netizen terharu dengan sokongan padu Anju kepada Bella, namun lucu dengan keletah wanita ini yang memberi komen dengan berbedak sejuk di muka.
Foto – Instagram Zarina Anjoulie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI