
Pelakon Tasha Shilla ada berkongsi mengenai perkembangan terkini kehamilan permatanya bersama peminat.
Menerusi Instagram, Tasha atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abdul Razak, 34, mendedahkan usia kandungannya kini sudah memasuki bulan kelapan.
Malah, menerusi ruangan kapsyen, pelakon drama Mimpi Sabrina ini turut memberikan penghargaan buat suami yang setia bersama di sisi.
“Counting days, I’m loving this journey so much. To my husband that’s been so supportive to handle my pregnancy journey, I really do appreciate your kindness, tender, love and care.
“I love you sayang @atiqidris. Syukur Alhamdulillah #32weekspregnant,” tulisnya.
Perkongsian tersebut turut disambut baik suami tercinta sambil menyifatkan anak yang bakal lahir nanti merupakan amanah daripada Yang Esa.
Pada masa sama, rakan serta peminat turut tumpang gembira mendengar perkhabaran baik yang dikongsi selain turut mendoakan agar urusan bintang ini dipermudahkan.
Terdahulu, Tasha bertunang Muhammad Atiq Idris pada 23 Februari 2020 selepas beberapa bulan menyulam cinta sebelum keduanya mendirikan rumah tangga pada 28 Februari tahun sama dengan sekali lafaz.
Foto: Instagram Tasha Shilla
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dari Seorang, Jadi Dua, Kini Bertiga,”- Saharul Ridzwan Gembira 3 Tahun Kahwin, Doa Rezeki Zuriat Lagi

Diam tak diam, pelakon Saharul Ridzwan dan isterinya, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir yang sudah pun sambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.
Dalam pada itu, pelakon 30 Pesanan Suara ini turut bersyukur kerana hidupnya semakin bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata.
“Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. [Qs. Al Furqan 25:74]
“Hari ni, genap 3 tahun saya jadi suami awak. Dari seorang, jadi dua dan sekarang dah bertiga. Semoga tahun depan pada tarikh ni kita dah BEREMPAT.
“Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga Allah terus lindungi kita dari segala keburukan dunia dan akhirat,” tulisnya.
Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2011/12 ini mahu menjadi seorang ketua keluarga yang berjaya memimpin isteri dan anaknya.
“Semoga sy terus menjadi nakhoda kapal utk kita ke syurga. Fuh. Ayat sweet semut2 yang lain sy ckp depan2 jelah.
“Doa kalian utk kesejahteraan dan kebahagiaan rumah tangga kami lebih bermakna dari semut2 tu. Semoga Allah makbulkan segala yang baik, dan jauhkan segala yang tidak baik. Amin,” akhirinya.
View this post on InstagramA post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on
Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Luth Ali,2 tahun.
View this post on InstagramAgak2 Ali pesan apa dekat Baba before Baba pergi langkawi blk kejap lagi ni? 😭
A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on
Terbaru, isteri kepada pelakon berkenaan kini sedang hamil anak kedua.
Saharul, ada berkongsi sepotong video mengumumkan berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Foto : Instagram Saharul Ridzwan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sah! Zul Ariffin Umum Nikah Wanita Non-Muslim Tahun Depan, Persiapan Lebih 70 Peratus

Pelakon Zul Ariffin mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya yang masih dirahsiakan tahun hadapan.
Sudah melalui pelbagai perkara dalam kehidupannya, aktor bertubuh saaa ini juga kini lebih senang untuk bercinta selepas bernikah selepas ini.
“Harapnya saya dapat kongsikan kepada anda semua yang saya bakal berkahwin pada tahun hadapan. Umur saya semakin meningkat dan saya semakin matang, saya hanya mahu membuatkan sesuatu hubungan itu halal dan terus berkahwin, itu sahaja.
“Bercinta selepas bernikah, itulah yang sepatutnya terjadi. Saya percaya mengenai perkara itu. Saya dah melalui banyak perkara dan beberapa hubungan.
“Saya tak menyesal, tiada apa yang mahu disesalkan. Saya gembira.
“Pengalaman yang lalu membentuk saya. Saya hanya mahu berkahwin sahaja. Saya mahu jadi terbaik, mahu berkahwin, harapnya tahun hadapan,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai persiapan kahwinnya pula, Zul mengakui semuanya sudah pun dilakukanz
“Perancangan ke arah itu sudah melebihi 70 peratus. Jika ada berita baik yang mahu saya cerita, pastinya saya akan kongsikan.,” katanya.
Enggan mendedahkan identiti individu bertuah itu, Zul hanya memberitahu yang bakal isterinya merupakan seorang wanita bukan muslim yang sedang dalam proses mempelajari agama Islam.
“Saya tak nak menukar agama seseorang itu hanya kerana ingin bersama semata-mata atau hanya disebabkan perkahwinan, itu adalah perkara yang tidak baik. Biarlah dia mengambil masa untuk mengenali agama Islam,” katanya lagi.
Zul ditemui di majlis tayangan perdana filem Sangkar di e@Curve, Damansara malam tadi.
Dalam pada itu, Zul berharap agar filem ini dapat sambutan yang menggalakkan.
“Rasa berdebar menanti sambutan peminat itu ada kerana sebelum ini filem yang saya bintangi sering mendapat respon positif.
“Saya berharap lakonan yang saya persembahkan dalam Sangkar dapat mempengaruhi orang ramai untuk bertandang ke pawagam,” katanya lagi.
Filem arahan Kabir Bhatia itu turut menampilkan Remy Ishak, Mira Filzah, Nik Adam Mika, Ray Era, Fadlan Hazim, Niezam Zaidi dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Sangkar bakal muncul di pawagam pada 29 Ogos ini di seluruh Malaysia.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Serap Serap, Tak Menyirap!”,- Sharifah Sakinah ‘Perkenal’ Anak Tudung Terbaru, Guna Lampin Pakai Buang Sebab…

Pelakon Sharifah Sakinah ada berkongsi tips bagi mengelakan masalah kulit kepala khusus bagi wanita berhijab.
Kisahnya bermula apabila pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu memuat naik video di Instagram Storiesnya dengan menggunakan lampin pakai buang (pampers) sebagai pelapik kepala (anak tudung).
“Sesuai untuk yang kepala berpeluh . Sangat bagus kalau nak workout. Terus meresap ke anak tudung Asalkan tutup sis. Fashion tudung sekarangkan macam macam #hijabfit memPerkenalkan D’INNERZ serap serap takdalah menyirap,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on
Malah, Sakinah juga telah membuat tutorial cara penggunaan ‘anak tudung’ itu.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/04/56883113-2095436700573736-6158921429632929107-n-03_24_332794.mp4?_=1Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/04/56659526-997105974012700-5356586172456014266-n-03_17_037321.mp4?_=2Bagaimanapun, Sakinah menjelaskan dia berbuat demikian bagi membantu wanita berhijab di luar sana.
“Banyak feedback dari perempuan bertudung tak nak ke gym atau tak nak bersukan sebab ada masalah tudung berpeluh, nanti kelumumur. Jadi saya pun perkenalkan anak tudung jenis ni,” katanya.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/04/56428287-417015295524511-6404605263148724787-n-03_22_338683.mp4?_=3“Bila korang workout, ia serap. Bila buka,ia basah. Ia juga tak busukkan rambut dan kulit kepala anda. Apa kata kalau anda try. SERAP SERAP, TAK MENYIRAP!,” jelasnya.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/04/56721228-308467473132563-6448761842692708327-n-03_20_258415.mp4?_=4Lalu, netizen terhibur dengan logik akal Sakinah yang telah memberi insiprasi buat wanita di luar sana. Kreatif sungguh!
Video : Instagram Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI