Penyanyi Nora Ariffin, menerusi entri terkini  ada berkongsi berita gembira bersama peminat.

Kongsi Nora, atau nama sebenarnya Wan Nora Afiza Ariffin arwah suaminya, Johan Nawawi telah menerima Anugerah Khas Tokoh Seniman Aswara 2019.

“Alhamdulilah. Syukur pada Allah swt. Menggigil saya sewaktu menerima anugerah ini wakil kepada arwah.

“Terharu & sedih mengenangkan penat lelah arwah memperjuangkan seni music selama lebih 30 tahun yg tidak kenal erti penat, akhirnya diiktiraf.

“Allahuakbar. Kalau arwah masih ada, pasti dia sangat gembira. Setinggi jutaan kasih kepada ASWARA diatas pengiktirafan ini.

“ANUGERAH KHAS TOKOH SENIMAN ASWARA 2019 kepada Arwah Johan Nawawi.

“Pa…kami semua bangga diatas pencapaian papa, moga segala jasa karya papa memberi manfaat pada industri music tanahair. Miss you pa. Love you dunia akhirat. Lots of love frm all of us.We Miss you so much. Al- fatihah.,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat turut memberi kata-kata semangat kepada penyanyi berusia 46 tahun itu untuk terus cekal dan terus kuat.


Terdahulu arwah suami Nora, Allahyarham komposer Johan Nawawi telah kembali ke rahmatullah pasa 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

Video: Instagram Nora Ariffin