Berbaki beberapa hari sahaja lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, penyampai radio, Feeya Iskandar diuji dengan pemergian ibu mentuanya pada Ahad.
Menurut Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah, meskipun agak perit, dia dan suami tetap menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka.
“Ibu mentua saya meninggal pada waktu solat Subuh. Saya dan keluarga sempat mengadapnya ketika dia sedang menghembuskan nafas yang terakhir.
“Arwah pergi dalam keadaan yang sangat tenang, mudah dan pengakhiran yang sangat baik.
“Kita bersyukur dengan amalan arwah di dunia kerana ramai yang datang ziarah,” katanya kepada MH.
Cik Piah berkata sedemikian ketika ditemui di majlis iftar dan tayangan video raya Suria FM yang berlangsung di Sri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam pada itu, penyampai segmen Hello Suria ini menyifatkan ibu mentuanya itu sebagai seorang yang sangat memahami dan menyayangi menantunya seperti anak sendiri.
Ads
“Walaupun dia ibu mentua, saya sayang dia seperti ibu sendiri. Sepanjang bergelar menantu, saya tak pernah berbalah dengan arwah.
“Kalau bergaduh dengan suami, dia tak pernah nak masuk campur atau nak menangkan anak dia.
“Walaupun kadang-kadang menantunya bangun lambat, tetap layan dengan baik. Namun, saya juga tahu nak tambat hati mentua sebab tahu saya tak sempurna,” ujarnya lagi.
Ads
Sementara itu, Cik Piah akui pemergian ini sangat memberikan kesan buat suaminya saat ini.
“Suami saya anak bongsu. Jadi, dia memang rapat dan manja dengan ibunya. Kalau dia belikan apa-apa untuk ibu dia, saya tak pernah cemburu.
“Saya nampak dia sedih tapi suami dan adik beradiknya yang lain pun sudah reda. Sedih itu pasti sebab kenangan itu masih ada. Bila teringat mesti kita sebak tapi hidup harus diteruskan,” katanya.
Dalam pada itu, Cik Piah memaklumkan dirinya kini sudah memulakan pekerjaan seperti biasa bagi menjalankan tanggungjawabnya selaku watak utama bagi video raya Suria FM yang berjudul, Suami Raya.
Ads
“Saya memang sangat sedih. Luaran memang boleh nampak gelak ketawa. Sepatutnya saya masih bercuti tapi saya tetap ‘on air’ seperti biasa.
“Semuanya sudah selamat dan suami pun beri keizinan semalam. Kita tak boleh fikirkan perasaan kita sahaja dan tetap kena berikan komitmen.
“Ditambah pula saya telah diberikan tanggungjawab untuk membawa watak utama bagi kempen raya Suria FM. Rasa lain kalau saya tak datang. Segalanya sudah disediakan untuk kita,” akhirinya.
Terdahulu, drama pendek, Suami Raya kini sudah boleh ditonton menerusi saluran Youtube Suria FM.
Selain barisan penyampai, karya ini juga turut dibintangi pelakon popular seperti Azlee Senario dan Shuib.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas isterinya, Ayu Zahiril tampil memberikan kenyataan yang mendakwa suaminya yang juga vokalis kumpulan OAG, Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali telah melafazkan cerai talak satu kepadanya 25 Mac lalu, penyanyi berkenaan memberikan penjelasan.
Katanya seperti yang dipetik Kosmo! online, dia mengakui mahu merujuk kembali bekas isterinya yang sudah dikahwininya lebih lima tahun itu.
Radhi, 41, menambah, mereka akan ke mahkamah syariah Isnin depan bagi meneruskan proses rujuk tersebut secara rasmi.
“Benar, saya telah melafazkan talak satu kepadanya. Tetapi, saya tidak mahu perkahwinan ini berakhir.
“Allah telah beri kita pilihan (untuk menyelamatkan perkahwinan), jadi kita gunakan pilihan tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, Radhi turut memberitahu, dia tetap berprasangka baik terhadap isterinya itu yang telebih dulu memberikan kenyataan kepada media.
“Saya bersangka baik dengan dia. Mungkin dia rindu saya selepas lima hari tidak bertanya khabar,” ujar Radhi.
Terdahulu, mereka Radhi mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014. Ia merupakan perkahwinan kedua bagi Radhi.
Sebelum itu, bintang tersebut pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum berpisah pada 8 Jun 2010.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas genap empat dekad melayari bahtera perkahwinan, penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan sikap pujuk memujuk merupakan aspek yang penting bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Menurut Yusof, dia tidak kisah untuk menjadi orang pertama yang memujuk dan memohon maaf asalkan isterinya, Datin Patimah Ismanil gembira.
“Datin ada beritahu, selepas dia bertemu dengan saya, kehidupan dia berubah. Begitu juga saya. Alhamdulillah jodoh saya dengan Datin kekal sehingga hari ini.
“Kehidupan berumah tangga mempunyai ujiannya yang tersendiri. Kalau nak kata fasal bergaduh, kami memang ada bergaduh. Namun, sebagai khalifah dan imam di dalam keluarga, kita kena pujuk isteri kita.
“Kadang-kala kalau isteri kita yang salah pun kita pujuk atas dasar psikologi. Rugi ke kalau kita berdamai dengan isteri? Isteri kita yang lahirkan anak-anak kita,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia mempelajari hal itu daripada arwah bapanya dan kini turut menjadi ikutan anaknya yang juga merupakan pengarah terkenal. Syafiq Yusof.
“Kita tak sempurna dan isteri juga begitu. Jadi, demi mencari kesempurnaan, kita kena bertolak ansur. Syafiq pun bawa karakter saya. Bila isteri dia merajuk, dia sanggup keluar dan kejar semata-mata nak memujuk.
“Malah, kalau bergaduh dengan kawan pun, saya akan cepat-cepat berbaik. Dengan pekerja pun saya pernah marah tapi saya tidur tak lena. Keesokkannya, saya peluk dah mohon maaf.
“Sifat ini saya belajar daripada bapa saya. Bila bapa bergaduh dengan mak saya, pada waktu malam ketika solat Magrib, bapa akan punjuk mak saya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pengarah filem Gerak Khas The Movie ini juga memaklumkan dia bakal meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-40 dalam masa terdekat.
“Kadang kala bila bergaduh dengan Datin, lepas solat saya akan minta maaf dan ia akan habis di situ. Isteri yang baik, dia akan maafkan. Kalau isteri itu jahat, lain ceritanya
“Itu yang membuatkan rumah tangga saya kekal selama 40 tahun. Saya berkemungkinan akan adakan sambutan ulang tahun perkahwinan selepas sambutan Hari Raya Aidil Adha,” akhirinya.
Sekadar informasi, Yusof dan Patimah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1982 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Walaupun sudah berhijab namun Hannah Delisha atau nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch ini tetap mempunyai cita rasa tinggi dalam fesyen.
Malah, setelah tiga tahun bergelar isteri kepada Muhammad Imam Shah yang juga merupakan seorang pelakon dari Singapura, penampilan Hannah Delisha terlihat semakin anggun dan mempesona.
Sudah menjadi adat resam bergelah seorang selebriti, tiap gerak-geri, penampilan dan kisah peribadi pasti menjadi bualan.
Ditambah pula dengan perkembangan media sosial yang begitu meluas kini. Gaya atau fesyen yang digayakan oleh selebriti pasti mendapat komen dengan likes tertinggi.
Hannah Delisha yang sering tampil cantik dan up-to-date mempunyai falsafah tersendiri dalam bidang fesyen ini.
“Fesyen pada pandangan saya mempunyai dua maksud yang berbeza. Pertama, datang dari dalam diri sendiri, yang kedua, terzahir dari alter ego yang akan sering bertukar mengikut peredaran fesyen terkini,” tutur Hannah Delisha.
Namun jauh dari sudut hati gadis kacukan Inggeris-Melayu ini, lebih selesa memilih kesederhanaan.
“Apabila berbicara tentang fesyen harian, saya lebih gemar gaya yang simple.
“Bagi saya, asalkan selesa untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian, sudah cukup memadai. Jika menerima undangan ke majlis-majlis rasmi, baru saya akan dress up dan menggayakan fesyen haute couture,” bicara Hannah lembut.
Cantik Tidak Hanya Pada Luaran, Hannah Delisha Pentingkan Kecantikan Dalaman Juga
Namun, menurut Hannah memakai baju jenama terkenal tidak akan bermakna jika kecantikan luaran dan dalaman tidak dijaga dengan sempurna.
“Secara peribadi, saya utamakan rehat dan tidur yang cukup untuk kelihatan cantik.
“Tidak cukup jika kita menggayakan busana haute couture tetapi wajah nampak letih dan tidak bermaya sekali gus hilang seri tatkala menggayakan busana elegan seperti itu,” kongsi pelakon yang popular dengan drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer ini.
Mengulas berkenaan perkembangan terbaharu dirinya, Hannah Delisha mendedahkan dia kini rancak dengan dunia perniagaan yang diceburinya.
“Saya sibuk dengan bisnes dan kini sudah mengeluarkan rangkaian pakaian ‘Ready To Wear’ (RTW) dan Exclusive di bawah jenama Délicia.
“Dalam Malaysia ni banyak usahawan wanita yang boleh dijadikan idola atau inspirasi. Neelofa is sudah tentu salah seorang dari mereka. Saya suka cara kerja dan profesionalisme Neelofa. Insha-Allah saya boleh belajar sedikit sebanyak dari dia juga,” kata Hannah Delisha.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi dan pelakon, Apich Lo ralat apabila perjalanannya di program realiti Big Stage Alpha terhenti di minggu pertama sekali gus gagal meloloskan diri ke ‘Big 12’.