Baru-baru ini, penyanyi Ernie Zakri yang kini sedang hamil anak pertama berkongsi situasi yang dialaminya.
Difahamkan, usia kandungan bintang ini berada pada trimester ketiga dan Ernie mendedahkan, dia alami masalah tidur.
“Can’t sleep at all. 3rd trimester sangat mencabar,” tulisnya menerusi satu ciapan di media sosial Twitter.
Can’t sleep at all. 3rd trimester sangat mencabar. 🥺
— Ernie (@ErnieZakri) February 14, 2022
Dalam pada itu, penyanyi lagu Boneka inj turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
“Thank you untuk doa kalian. Amin!,” tulisnya ringkas.
Ernie sah bergelar isteri kepada penyanyi, Syamel dengan sekali lafaz pada 26 Mac yang lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ernie Zakri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayu Ting Ting Pilih Tentera Sebagai Bakal Suami. Jodoh Diatur Orang Tua Sendiri
Pendangdut terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina telah selamat bertunang dengan anggota tentera yang dikenali sebagai Muhammad Fardhana.
Tampil begitu anggun dalam busana baju kurung berona putih sedondon dengan tunangnya, Ayu sebelum ini berkongsi bahawa perkenalan dengan bakal suaminya itu telah diatur oleh kedua orang tua mereka.
Tidak lama menjalin hubungan, mereka mula saling mengenali sejak Januari lalu sebelum mengambil keputusan untuk terus ke fasa seterusnya.
Dalam satu temu bual bersama rakan sekerjanya di rancangan bual bicara Brownies, Ruben Onsu, pelantun lagu Sambalado ini berkongsi serba sedikit detik hubungan cinta yang terjalin itu.
BACA JUGA: Hampir Menangis Atas Pentas, Zaskia Gotik & Ayu Ting Ting Sebak Kenang Allahyarhamah Julia Perez
Dia menjelaskan bahawa panggilannya kepada kekasihnya itu adalah Mas Dhana dan dia merupakan seorang anggota tentera berpangkat Letnan Satu dalam pasukan Tentera Negara Indonesia (TNI).
Tidak menguar-uarkan pertunangannya kepada umum. Ayu mengadakan majlis pertunangan serba sederhana yang hanya dihadiri oleh keluara terdekat.
Sebelum ini, Ayu terlebih dahulu pernah berkahwin pada 2013 sebelum bercerai setahun kemudian. Hasil daripada perhubungan itu dia memiliki seorang cahaya mata perempuan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Akulah Penyebabnya Tapi Aku Bangga,” – Pakaian Ala Rihanna Sissy Iman Di ABP33 Lalu Kena Kritik, Sila Baca Respon Jujur Bapa
Selepas penampilan ketika malam Anugerah Bintang Popular 33 (ABP33) menerima reaksi pelbagai netizen, bapa kepada penyanyi, Sissy Iman iaitu Mohammad Kamil Moustaff ada memberikan reaksinya berhubung perkara berkenaan.
Menurut Kamil, dia enggan mengambil peduli mengenai perkara tersebut kerana sebagai bapa dia sentiasa ingin memberikan yang terbaik buat anaknya itu.
“Penampilan anak aku dikecam, hebat di ABPBH2020. Akulah penyebabnya tapi aku tetap bangga dia dah lakukan yang terbaik malam tu.
“Biarlah org kutuk pun, aku akur, aku sedar diri, aku bukan siapa-siapa. Aku sorang bapa yang hanya melakukan tangungjawab supaya anak aku meraih kejayaan.
“Tak ada hamba Allah yang nak sponsor yang benar-benar approach pun, baik busana mahu pun kelengkapan dirinya untuk berada di pentas kecil mahupun ditempat gah. Aku bukan jenis yang meminta-minta,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Kamil menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Kamil turut mendedahkan busana tersebut telah disiapkan sendiri olehnya dari awal hingga ke akhir.
“Dari awalnya, aku sendirilah yang berusha bersengkang mata untuk jahitkan batu perhiasan dibaju. Entah berapa ribu kali jari ni tertusuk dek jarum. Mata ni bukan terang sangat pun. Melecur juga kena gam panas merekakan subangnya,” tulisnya.
“Dandankan rambut, sarungkan baju betulkan segalanya. Terbakar dan melecur tangan dek terkena panas curler dan iron bila mendandan rambutnya. Aku ni bukan proffesional pun yang tahu segalanya tapi aku tetap melakukannya demi dia anak aku sehabis baik mungkin.
“Setiap kali dia beraksi aku akan sentiasa mau berada sama tuk memastikan she looks good dimata aku. Sekurangnya dia berada didalam keadaan sopan dan tertib, sampai kekadang aku lupa aku ni bertongkat kesana kemari,” kongsinya lagu.
Sementara itu, Kamil turut meluahkan rasa bangga melihat tranformasi anaknya itu sejak dari awal kemunculan sehinggalah ke tahap sekarang.
“Aku bangga dengan anak aku sorang ni, setiap kali selesai, dia akan sentiasa tanya, “ayahanda, kakak ok ke?” Itu sudah puas bagi aku yg dia menunjukkan aprisiasinya.
“Aku bentuk dia smpai kehari ini, sikit demi sikit smpailah dia jadi siapa diri dia le ni. Tnpa mengharapkan belas ikhsan siapa-siapa. Baik buruk aku telan sebab dia darah daging aku.
“Orang boleh mengecam tapi jerih perih aku, hanya Allah je yg tahu. Jutaan terima kasih aku nk ucapkan pada yang penyokong tegar anak aku ni, terus lah menyokong ya tanpa berbelah bagi.
“Dan terima kasih juga pada yang menghentam, menghina dan mencerca kerana kekalkan kami tuk sentiasa merendah diri dan menyedarkan kami untuk sentiasa berdiri dibumi nyata. Wallahualam,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan para selebriti memberikan kata-kata semangat selain turut melontarkan pujian terhadap busana yang direka oleh Kamil itu.
Sumber: Instagram AliffLayla
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dear Homewrecker, Why,” – Banyak ‘Ikan’ di Laut, Kata Mia Ahmad. Tuju Pada Siapa Tu?
Pelakon Mia Ahmad muat naik satu tweet khas bertanyakan sesuatu kepada semua perosak rumah tangga.
“Dear homewrecker, why? There’s so many fish in the sea,” soalnya.
Dear homewrecker, why? There’s so many fish in the sea.
— mia.ahm4d (@MiaAhmad) December 19, 2018
Susulan itu, kelihatan netizen memohon agar Mia bersabar.
Mia bagaimanapun tidak memberi butiran jelas terhadap status yang dimuat naik
Sebelum ini, perkahwinan Mia dan suaminya yang juga merupakan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan dikatakan bergolak apabila suaminya dikatakan ada berlaku curang.
Bagaimanapun, bintang sukan itu menafikan dakwaan tersebut.
Selepes konflik berlaku, pasangan ini dilihat pergi bercuti ke Tokyo bersama anak mereka, Sayf Issa yang dilahirkan pada 28 September lalu.
Apa-apapun, MH doakan bahawa jodoh mereka masih lagi berpanjangan!
Foto/Instagram: Mia Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI