Setelah hampir sebulan mengikat tali pertunangan, bintang versatil Zulin Aziz berkongsi beberapa keping foto pra-perkahwinan bersama tunang tersayang, Farhan Norzaini.
Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz telah memuat naik foto penuh makna itu menerusi Instagram miliknya.
Dengan menulis tanda pagar #countindays di ruangan kapsyen, tidak dinafikan pelakon berusia berusia 33 tahun ini sedang menghitung hari menanti saat diijabkabulkan.
Mereka dijangka ini bakal disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari depan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat meluahkan rasa teruja setelah melihat perkongsian pelakon drama bersiri Penjara Janji ini.
Ads
Pada masa sama, peminat turut mendoakan agar segala urusan bintang jelita ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
“Moga dipermudahkan segalanya,” titip seorang netizen.
“Ahh tak zabarrr nye nak tgok korang kawen,” tulis seorang wargamaya.
Ads
“Cantiknya. Serasi bersama ….,” puji peminat.
“Tak sabarnya nk tgk korang kawin,” luah lagi seorang peminat.
Terdahulu, Zulin telah mengikat tali pertunangan bersama Farhan pada 28 Januari lalu.
Ads
Majlis pertunangan itu diadakan secara tertutup dan sederhana di kediaman abang kepada bintang berkenaan di Segambut Dalam, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zulin Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski bergelar isteri pada usia yang agak muda, namun pelakon, Mawar Rashid nyata teruja dan mengakui dirinya ada cara tersendiri dalam bergaul dengan ibu mentuanya.
Bijak membawa diri sebagai menantu, Finalis Dewi Remaja 2015 ini juga sedia dikenali sebagai artis yang cukup rapat dengan ibu yang dipanggil mummy.
“Dulu ke mana sahaja Mummy pergi, pasti akan ada saya menemani. Dia seorang yang caring dan cukup lemah lembut selain sanggup berkorban apa saja demi anak. Tetapi lepas kahwin, dah tak boleh macam dulu.
“Pun begitu, hubungan dengan ibu mentua juga rapat kerana sudah ada ‘bonding’ dari awal. Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu (mentua). Awal-awal memang sedikit kekok, tapi ibu dan ahli keluarga yang lain banyak beri tunjuk ajar.
“Jadi timbul keserasian antara kami. Lagipun saya memang dilahirkan dalam keluarga besar dan kami sangat rapat. Jadi, apabila berada di rumah mentua, ia mengingatkan saya seolah-olah berada dalam keluarga sendiri.
“Mummy juga selalu ajar bagaimana untuk saya menjadi menantu yang baik pada mentua,” katanya seperti yang dipetik menerusi Keluarga.
Jelasnya lagi, pergaulan bersama keluarga sebelah suami khasnya bersama ibu mentua memberi ruang buatnya untuk belajar perkara baru.
“Seronok sebenarnya kerana saya dapat belajar cara dan budaya hidup orang lain. Maklumlah sebelum ini saya lebih ke arah orang Thailand.
“Tetapi keluarga mentua pula lebih tersusun, disiplin dan waktu ini saya memang belajar banyak benda baru. Ibu ajar bagaimana mahu jadi isteri dan menantu yang baik memandangkan usia saya masih muda.
“Kalau di rumah ibu memang rajin memasak, jadi saya akan bantu mana yang patut. Cuma selepas disahkan mengandung saya alami alahan dan tak boleh memasak. Tetapi ibu sangat memahami dan prihatin.
“Banyak nasihat yang beliau kongsikan,” ulas Mawar yang kini sedang sarat hamil anak kedua.
Sambil memanjat rasa syukur, dia pada masa sama turut berterima kasih kepada suami dan familinya.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apa pun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang.
“Walaupun dulu saya meletakkan sasaran mendirikan rumah tangga di kala usia 28 tahun, tetapi saya tidak menyesal. Sebaliknya saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan bertanggung jawab.
“Malah sifat penyayang terhadap ibunya menunjukkan dia boleh menjadi suami yang baik kepada saya dan itu antara sebab kenapa saya setuju menjadi isteri kepada Raf.
“Memang saya akui agak takut dan gementar untuk menggalas tanggung jawab besar ini, tetapi suami dan ahli keluarga lain banyak beri sokongan. Tak timbul soal tak boleh enjoy sebaliknya saya rasa bertuah kerana sejak dulu saya sangat mementingkan keluarga.
“Malah bagi saya keluarga itu membahagiakan saya,” ujar Mawar yang turut mendoakan urusan bersalin anak keduanya nanti juga dipermudahkan.
Imbas kembali, Mawar mendirikan rumah tangga dengan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael Mac tahun lalu.
Mawar juga memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan Kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi foto rumahnya di laman Instagram hari ini.
Kisahnya, setiap kali melihat rumahnya itu, dia teringat saat mula-mula berniaga dan bagaimana dia berusaha keras untuk menjadi seperti sekarang.
“Sy suka tngok umah saya..sbb saya menjadi semngat utk berusaha lagi walapun kekdang rasa dah letihhh.
“Setiap kali tengok rumah ni sy akan ingat betapa susahnya saya bermula berniaga di pasar dan susahnya mencari duit yg halal dlm bisnes.
“Hanya irg bisnes tahu onak duri berbisnes, bkn glamer dan terus senang.
“Syukur akhirnya rumah ni siap dan ada cf hasil kerja @ident_3 @ident_3 adalah atkitek saya yg setia walapun dah ramai kontrator lari dan menipu utk menyiakan rumah 3tingkt ni,” tulisnya.
Di ruangan komen, kelihatan ramai yang turut terharu dan menjadi kisahnya itu menjadi inspirasi buat netizen lain.
Pada MH, nak berjaya ini memanglah memerlukan usaha keras dan sikap tidak putus asa dalam hidup. Apa-apapun, syabas buat Alif dan isteri. Mereka membuktikan bahawa semua orang boleh berjaya!
Foto/Instagram: Datuk Seri Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Stesen televisyen Awesome TV berbesar hati mengumumkan pihaknya bakal menganjurkan kembali program realiti komedi popular ‘Raja Lawak’ yang kini bakal dikenali dengan jenama ‘Awesome Raja Lawak’.
Selepas kali terkahir bersiaran pada tahun 2013, Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli teruja untuk menganjurkan semula program yang telah melahirkan ramai nama-nama besar industri komedi negara seperti Zizan Razak, Johan dan Jihan Muse.
“Menyingkap kembali sejarah penerbitan program realiti komedi ‘Raja Lawak’ edisi pertama lebih 15 tahun yang lalu, jenama dan legasinya terbukti telah membawa impak dan sumbangan yang besar kepada industri hiburan kerana berjaya melahirkan ramai nama-nama berpengaruh menerusi pertandingan tersebut.
“Selepas bertahan selama tujuh musim, kini pertandingan popular ini dibawakan semula dengan evolusi baharu.
“Kami yakin dengan potensi hiburan komedi yang dilihat masih kekal relevan serta boleh diangkat ke satu aras yang lebih tinggi dan bervariasi.
Katanya lagi, program ini juga bertujuan untuk melahirkan pelawak berkualiti sekaligus boleh digilap untuk menjadi pelapis kepada pelawak-pelawak komersial tempatan sedia ada.
Lantaran itu, pihak produksi Awesome Raja Lawak bakal menjelajah ke empat buah negeri bagi mengadakan sesi uji bakat terbuka untuk mengenal pasti bakat baru sebagai pelapis dunia komedi.
Pada 4 dan 5 Jun ini, uji bakat yang pertama bakal diadakan di Berjaya Megamall, Kuantan manakala pada 11 dan 12 Jun pula, uji bakat bakal berlangsung di Prangin Mall, Pulau Pinang.
Sesi ke tiga uji bakat bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada 18 dan 19 Jun ini. Bagaimanapun, lokasi bagi sesi ke-4 uji bakat yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 25 dan 26 Jun ini akan diumumkan kelak.
Pada sesi uji bakat itu nanti, kesemua peserta bakal dinilai oleh barisan juri yang terdiri daripada barisan pelawak-pelawak hebat tanah air seperti daripada Jalil Hamid, Azlee Senario, Ajak Shiro, Atu Zero, Ali Puteh dan Mamak Puteh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Awesome TV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah menyifatkan dirinya masih belum layak untuk menerima pengiktirafan sebagai Biduan Negara walaupun sudah hampir lima dekad terlibat industri seni...