Meniti Usia 40 Tahun, Marion Caunter Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-10 – “Satu Dekad Bersamamu…”

Share

Bekas pengacara Televisyen, Marion Caunter ada memuat naik foto-foto indah saat meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ke-10 bersama suami yang juga ahli perniagaan terkenal, SM Nasarudin.

Menerusi Instagram, Marion yang kini menginjak usia 40 tahun turut menitipkan dedikasi buat suami tercinta.

“Happy 10th wedding anniversary husbandku. A decade with you.

“I’ve said it before, and I’ll say it over and over again, no one else I’d rather spend this crazy year with.

“Through good and bad, I will always be by your side. I love you baby. We did it!,” tulisnya sambil disusuli dengan emoji hati.

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, Marion menerima ucapan tahniah serta kesyukuran dari teman rapat serta para pengikutnya di Instagram.

Marion dan Nasarudin mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Bekas pengacara rancangan realiti Malaysian Idol ini juga sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-40, November lalu.

Foto: Instagram Marion Caunter

Published by
MH