
Kini meniti usia 43 tahun, pelakon Iqram Dinzly tidak menafikan hatinya terdetik dan teringin untuk menamatkan zaman bujang selepas melihat sudah ramai rakan seperjuangannya dalam industri seni sudah berkeluarga.
Menurut Iqram atau nama sebenarnya Mohamad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, besar impiannya agar dikuniakan zuriat yang mampu menjadi penyambung legasi dirinya sejurus berumah tangga.
“Insya-Allah… Saya juga nak tengok zuriat saya, lagi-lagi bila saya tengok rakan-rakan selebriti seperti Rozita Che Wan, Awal Ashaari dan ramai lagi sudah ada anak.
“Bila saya tengok mereka mempunyai warisan dan legasi, saya juga nak lihat kesinambungan legasi saya sendiri,” katanya.
Menurut Iqram, walaupun sudah berusia 43 tahun, tetapi dia masih tidak mencari pasangan hidup kerana mahu membahagiakan ibu tercinta.
“Saya cakap terus terang, dalam hati saya buat masa ini hanya mama (ibu) saja yang ada dalam fikirkan ketika ini.
“Selama ini saya rasa tak mampu nak bahagiakan dia. Jadi bagi ruang kepada saya untuk fikirkan kebahagiaan mama dulu, baru fikirkan berkenaan isteri dan anak-anak,” katanya.
Ditanya mengenai ciri wanita idaman, Iqram berkata, dia tidak mencari kesempurnaan sebaliknya mampu mengingatkan dirinya menjadi insan yang lebih baik.
“Apa yang digalakkan oleh agama dalam mencari pasangan, itulah yang saya impikan. Sebab juga tidak sempurna, jadi kena cari insan yang boleh membimbing dan saling melengkapi.
“Saya pun sebelum ini nakal juga. Tapi kalau nak dibandingkan dengan diri saya yang dulu, itu lagi teruk.
“Untuk mencari, saya hanya serahkan kepada Allah sebab saya bukan baik mana pun, cuma saya nak seseorang yang boleh sama-sama belajar ilmu Islam,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dengan Hanya Satu Tap, Kini Semuanya Jadi Lebih Mudah Dengan HUAWEI Share!

Dalam perkembangan semasa yang serba canggih kini, ramai di antara kita yang menggunakan lebih daripada satu peranti dalam kehidupan seharian, antaranya pembesar suara, TV, telefon pintar dan sebagainya.
Bagaimanapun, pernahkah anda terfikir mengenai cara terbaik untuk menyambungkan kesemua peranti ini dengan mudah?
HUAWEI menawarkan solusi untuk menggabungkan kesemua peranti ini dengan menggunakan teknologi HUAWEI Share.
Ia memudahkan urusan untuk menyambung mana-mana peranti dengan mudah sama ada ketika di rumah, pejabat ataupun ketika anda sedang keluar.
Mod Interaksi OneHop
HUAWEI Share bukan sahaja menyediakan platform untuk berkongsi fail daripada telefon pintar, malah ia juga menyediakan inovasi interaksi mod OneHop dimana anda boleh menyambung kantelefon dengan peranti pintar yang lain seperti berkongsi audio, penyambungan jalur lebar, screen projection dan macam-macam lagi.
Jika anda ingin memindahkan gambar daripada telefon pintar misalnya dari siri HUAWEI P40 kekomputer untuk proses penyuntingan, anda hanyaperlu menyentuh ciri NFC pada telefon anda keruang HUAWEI Share tag yang terletak di bahagian bawah sebelah kanan komputer untuk menyambungkannya.
Sekiranya telefon anda menggunakan sistemoperasi EMUI 10.0 atau versi sebelumnya, anda juga berpeluang untuk merasai inovasi ciri Multi-screen Collaboration yang disediakan olehHUAWEI Share. Ciri ini bukan sahaja membolehkan anda berkongsi apa jua fail dan pelbagai dokumen lainnya.
Sound X Speaker
Lebih mudah, anda hanya perlu menyentuh telefon pada bahagian atas Sound X Speaker untukmemainkan muzik anda bila di rumah. Ciri tersebut dinamakan One-Tap Audio Sharing.
Sekiranya anda mahu memberhentikan muzik tersebut, anda tidak berlu mengeluarkan telefon, sebaliknya hanya perlu meletakkan tapak tangananda pada bahagian atas speaker. Cool kan?
One-Tap Network Connection
Ciri ini paling sesuai ketika anda ingin bermainpermainan video di rumah bersama rakan-rakan. One-Tap Network Connection ini secara automatik menyambungkan internet dengan peranti yang lain.
Jadi tidak perlulah anda untuk mengulang banyakkali mengenai kata laluan wi-fi anda.
One-Tap Screen Projection
Dalam pada itu, HUAWEI Share turutmemperkenalkan ciri One-Tap Screen Projection dimana anda boleh menyambungkan paparan skrintelefon ke skrin pintar yang lebih besar.
Ia akan memberikan erti kepuasan sebenarterutamanya bagi kaki permainan video.
Tak Perlu Bawa Kunci Kereta
HUAWEI Share juga boleh bertindak sebagai kuncikereta anda. Teknologi pintar ini akan membukakereta anda ketika dekat malah anda juga bolehmenguncinya ketika jarak jauh. Oleh itu anda tidakperlu lagi membawa kunci kemana-mana.
Petal Search Widget – Pilihan sejuta aplikasi
Turut diperkenalkan ialah widget carian baru iaituPetal Search – Find Apps bagi membantu penggunamencari aplikasi, kandungan dan berita yang diingini.
Ciri ini memberikan pengguna akses dan pilihandalam dunia aplikasi dengan cara yang paling ‘awesome’ dan belum pernah mereka alamisebelum ini.
Video : <iframesrc=”https://drive.google.com/file/d/1QUNOoaJ90LU3GDqFKD14FPgomn1cAboW/preview” width=”640″ height=”480″></iframe>
Bagi memanfaatkan sepenuhnya Petal Search Widget – Find Apps ini, ikuti sahaja tiga langkahmudah ini;
Langkah 1: Setelah semuanya siap, klik pada bar ‘Cari Aplikasi‘ di skrin utama untuk memulakancarian.
Langkah 2: Aplikasi Petal Search Widget akanmemaparkan aplikasi teratas yang boleh para pengguna muat turun. Klik nama aplikasi yang andacari di bar carian.
Langkah 3: Petal Search Widget – Cari Aplikasiakan memaparkan hasil carian yang paling relevanmengikut permintaan anda. Ini merangkumi apayang anda boleh muat turun dari Huawei AppGallery, download melalui pautan rasmi, mengemas kini versi web baharu, atau muat turundari pihak ketiga yang lain.
Untuk maklumatlanjut, layari: https://consumer.huawei.com/my/campaign/together-2020/1-8-n/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mungkin Nampak Pelik, Tapi…,”- Rupanya, Ini Punca Che Ta Pakai Kaca Mata Oversize Di Majlis Anak Tok Ti Tempoh Hari!

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan baru-baru ini telah menghadiri majlis hari jadi anak kepada bintang terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah.
Namun, kemunculan Che Ta telah mendapat perhatian ramai apabila dia tampil dengan imej berkaca mata hitam ‘oversized’.
Tidak hanya berdiam diri, Che Ta akhirnya ‘membuka mulut’ dan menjawab sebab dia berbuat demikian.
“Sebenaqnya dah dua haqi kami sakit mata. Tapi disebabkan sudah berjanji dengan pihak pengurusan Dato Seri Siti , selain menghargai jemputan, maka kami mai jgk , …
“Mungkin ada yang nampak pelik kami pakai ceqemin mata hitam ( walaupun pelik lg org yg suka mengata kt org tu ),
tapi tak pa yang penting Allah tahu niat saya , nak mai , memeriahkan Birthday party #sipipimerah .
“Tak kisah lah org nak mengata (mengata org tk kena sekupang pun, janji hampa menjawab ja kat akhirat) .
Yang penting kami dpt memenuhi undangan tuan qumah.. @ctdk sudi jemput,” tulis Che Ta atau nama penuhnya Rozita Che Wan.
View this post on InstagramA post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on
Bagaimanapun, ruangan komen bagi posting tersebut telah ditutup oleh Che Ta sendiri.
Terdahulu, Siti Aafiyah telah meraikan ulang tahun hari jadi yang ke -1 tahun dengan jayanya dan turut dihadiri beberapa rakan artis lain.
Foto: IG Rozita Che Wan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sakit Betul Hati Dia, Aku Function Atau Tidak, Kacau Bapak Kau Ke?,” – Suami Suka Masak, Ada Persoal Pula Tugas Reen Rahim

Pelakon, Reen Rahim tampil menjawab pertanyaan netizen di ruangan ‘Ask Me Question’ di Instagram stories yang mempersoalkan mengenai peranannya sebagai seorang isteri apabila tugas memasak diserahkan kepada suami.
Menurut Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, orang luar boleh berkata apa sahaja namun, dia dan suami berhak untuk menentukan cara mereka berumah tangga.
“Sakit betul hati dia ye? Biarlah kalau aku function ke tak function ke? kacau bapa kau ke? Tak kan? Okaylah laki saya masak untuk saya daripada masak untuk isteri kau. Macam mana?,” katanya.
Bagaimanapun, pelakon drama, Keluarga Instafamous ini turut menjelaskan dia dan suami tetap bergilir-gilir menjalankan tugas memasak bergantung kepada mood dan keadaan semasa.
“Ikut mood juga. Kadang-kadang saya memang masak. Saya suka je masak untuk dia. Kalau sampai mood saya tak nak masak, jadi, dia yang masak.
“Kadang-kadang, mood dia yang memberontak nak masak atau nak sepahkan dapur, jadi dia masak sahaja.
“Kalau saya masak, saya tak akan makan sangat. Suami suka tengok saya makan. Saya ni pula seorang yang pemakan.
“Jadi, kalau saya dah penat memasak, saya jadi malas makan. Makan pun sikit sahaja. Kalau dia yang masak, saya memang akan makan banyak. Sebab itu dia suka masak,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Reen dan suaminya yang juga merupakan ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 24 Disember lalu dalam majlis yang berlansung di Boraombak Marina, Putrajaya.
Mereka berkenalan sejak dua tahun yang lalu sebelum bertunang pada 12 Ogos 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Reen Rahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI