Kini meniti usia 43 tahun, pelakon Iqram Dinzly tidak menafikan hatinya terdetik dan teringin untuk menamatkan zaman bujang selepas melihat sudah ramai rakan seperjuangannya dalam industri seni sudah berkeluarga.
Menurut Iqram atau nama sebenarnya Mohamad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, besar impiannya agar dikuniakan zuriat yang mampu menjadi penyambung legasi dirinya sejurus berumah tangga.
“Insya-Allah… Saya juga nak tengok zuriat saya, lagi-lagi bila saya tengok rakan-rakan selebriti seperti Rozita Che Wan, Awal Ashaari dan ramai lagi sudah ada anak.
“Bila saya tengok mereka mempunyai warisan dan legasi, saya juga nak lihat kesinambungan legasi saya sendiri,” katanya.
Menurut Iqram, walaupun sudah berusia 43 tahun, tetapi dia masih tidak mencari pasangan hidup kerana mahu membahagiakan ibu tercinta.
“Saya cakap terus terang, dalam hati saya buat masa ini hanya mama (ibu) saja yang ada dalam fikirkan ketika ini.
“Selama ini saya rasa tak mampu nak bahagiakan dia. Jadi bagi ruang kepada saya untuk fikirkan kebahagiaan mama dulu, baru fikirkan berkenaan isteri dan anak-anak,” katanya.
Ditanya mengenai ciri wanita idaman, Iqram berkata, dia tidak mencari kesempurnaan sebaliknya mampu mengingatkan dirinya menjadi insan yang lebih baik.
“Apa yang digalakkan oleh agama dalam mencari pasangan, itulah yang saya impikan. Sebab juga tidak sempurna, jadi kena cari insan yang boleh membimbing dan saling melengkapi.
“Saya pun sebelum ini nakal juga. Tapi kalau nak dibandingkan dengan diri saya yang dulu, itu lagi teruk.
“Untuk mencari, saya hanya serahkan kepada Allah sebab saya bukan baik mana pun, cuma saya nak seseorang yang boleh sama-sama belajar ilmu Islam,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Sangka Saya Akan ‘Breakdown’ Begini Sebab…,” – Gugur Air Mata Aina Abdul, Bukan Mudah Nak Anjur Konsert
Penyanyi Aina Abdul sebak sejurus mengumumkan konsert jelajah pertamanya, Konsert Aina Abdul Imaji Tour yang bakal dilangsungkan di tiga lokasi berbeza bermula 14 Disember depan.
Lebih setahun merancang perjalanan konsert jelajah hingga menjadi kenyataan, penyanyi lagu Sepi itu akui emosi apabila tidak menafikan mengadakan konsert adalah antara cabaran terbesar dalam kerjaya seninya.
“Sebenarnya saya tak sangka akan ‘breakdown’ begini. Sebab apabila sudah bertahun dalam industri seni ini, salah satu ng saya perasan dan belajar ialah bukan satu hal yang mudah untuk penyanyi mengadakan konsert di negara ini.
“Akan tetapi sebagai penghibur sejati yang suka membuat persembahan di sekitar Kuala Lumpur sebelum ini, saya beritahu kepada pasukan saya begini… Apa sahaja yang berlaku, orang akan datang dan pergi di dalam kehidupan kita. Akan tetapi, Aina Abdul perlu kekal di sini dan jayakan juga apa yang telah dirancang (konsert).
“Pada masa sama, ini juga menjadi antara mimpi dan impian saya untuk mempunyai konsert jelajah sendiri. Kerana saya melihat penyanyi yang menjadi idola saya telah mengeluarkan album seterusnya menganjurkan konsert mereka sendiri.
“Jadi saya merasakan, saya perlu lakukan hal serupa demi kepuasan sendiri,” katanya.
Aina berkata demikian ketika sejurus pelancaran konsert jelajah berkenaan di Imperial Lexis Kuala Lumpur, pada Isnin.
Pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani,30, imi juga memaklumkan untuk mempunyai konsert jelajah sendiri bukanlah niat untuk berlawan dengan mana-mana penyanyi lain.
“Saya bukan nak ‘berlawan’ dengan sesiapa. Akan tetapi saya mahu buktikan kepada diri ini bahawa saya boleh melakukannya juga.
“Saya gembira dengan tiga lokasi yang telah dipilih ini dan saya berharapa para peminat akan dapat merasakan kelainan apabila menonton konsert ini yang pastinya berbeza dengan penganjuran konsert. Itu yang boleh saya janjikan,” katanya lagi.
Konsert Aina Abdul Imaji Tour akan berlangsung di tiga lokasi iaitu Universiti Malaysia Sarawak pada 14 Disember 2024, Zepp Kuala Lumpur (27 Disember 2024) dan Universiti Utara Malaysia (11 Januari 2025).
Untuk harga tiket bagi di UMS dan UUM bermula daripada RM100 (CAT 2), RM150 (CAT 1) dan RM180 (IMAJI Zone).
Sementara bagi lokasi di Zepp KL pula, harga tiket akan dijual bermula dengan harga RM288 sehingga RM6666 bagi VIP Box dan tiket sudah pun dijual bermula hari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jalaluddin Hassan Titip Nasihat Hargailah Isteri; “Pegang Kasih Sayang Itu, Rumah Tangga Akan Selamat.”
Pelbagai kisah rumah tangga diganggu individu ketiga sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan, baik daripada golongan selebriti mahupun orang biasa.
Bercakap secara umum, pelakon senior, Datuk Jalaluddin Hassan, 69, menitipkan pesanan serta nasihat buat para suami agar sentiasa menghormati isteri serta memahami perasaan suri hidup masing-masing.
“Setialah dengan isteri, hormati dan fahami perasaan mereka.
“Dalamilah erti kesetiaan dan hargai kerana hidup tanpa janji akan menjadi tidak bermakna.
“Pegang kasih sayang itu dan insyaAllah rumah tangga kita akan selamat. Cuma, saya tidak faham bagaimana seorang wanita sanggup melukai hati wanita lain,” katanya.
Dalam pada itu, Jalaluddin turut bersimpati dengan golongan isteri yang pernah menjadi mangsa keganasan suami sendiri.
Menurutnya, tindakan sebegitu adalah sesuatu yang perlu dikecam kerana suami, sifat azalinya adalah untuk melindungi isteri serta orang tersayang.
“Jika semuanya itu benar-benar berlaku, memang kasihan kepada si isteri dan saya tak bersetuju dengan tindakan sebegitu.
“Namun, kadang-kadang ada juga isteri berlagak jadi mangsa dan ada juga segelintir isteri yang sengaja mereka-reka cerita sehingga perkara itu memberi persepsi buruk terhadap si suami.
“Kita memang kena berhati-hati dengan kes-kes sebegini,” katanya.
Jalaludin pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Hashimah Aksan pada tahun 1977 sebelum arwah isterinya menghembuskan nafas terakhir pada 2016.
Kemudian, pada tahun 2017, beliau kembali bergelar suami kepada Datin Rapidah Abdul Ghani.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Cuba Sebaik Mungkin. Tapi Adat Bertanding Mesti Ada Kalah Menangnya,” – Selesai AJL35, Aishah Kongsi Cerita
Penyanyi Aishah yang telah berentap di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu ciptaan Ippo Hafiz dan Siti Rosmizah berkongsi cerita bersama peminat di laman Instagram miliknya.
Meski tidak berjaya meraih apa-apa kemenangan di pentas berprestij itu, Aishah atau nama lengkapnya Wan Aishah Wan Ariffin memaklumkan telah cuba memberikan yang terbaik terhadap lagu asal nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.
Pada masa sama, bintang berusia 56 tahun ini mendedahkan pengalaman dan cabaran yang dialami ketika menyanyikan lagu tersebut di pentas AJL35, pada malam Ahad.
“Selesai sudah tugasan utk.menyampaikan lagu Aku Bidadari SyurgaMu.I dah cuba sebaik mungkin.Tapi adat bertanding mesti ada kalah menangnya.Byk cabaran yg dilalui menyanyikan lagu ini.Banyak kenangan pahit manis.
“Contohnya pada malam dress rehearsal kami pertama kali berlatih dgn.jambatan dan ‘air’. Hadoyaiii makcik ni pergilah naik atas jambatan tu,mungkin kerana merenung ‘air’ yg realistic tu tiba2 whoooooshhh rasa satu wave pening Allahuakbar!!!!Cabaran staging zaman sekarang.”
“Punyalah pening macam mabuk laut sampai habis muntah-belilah sampai petang tadi kepala berbuai.Hahahaha takleh jadi nelayan I ni.Petang sebelum last rehearsal kena pergi beli lime juice utk hentikan rasa berbuai tu.Jadinya naik stage tu,I kena hati2 supaya jangan tengok bawah kena tengok straight atau ke atas hahaha.Sungguh mencabar.
“Nanti I akan cerita lagi kenangan menyanyikan ABS….kami tetap tersenyum kerana bagi kami ABS bermakna Aishah Bini Sham hahaha.Always sing from the heart no matter what1 Malam ni boleh tidur lena,” tulisnya panjang lebar.
Sekadar informasi, lagu Aku Bidadari Syurgamu merupakan lagu ciptaan Ippo Hafiz dan penulis lirik oleh Siti Rosmizah.
Manakala penyanyi asal lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Foto: Instagram Aishah, TV3 Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI