Berita

Meniti Usia 43 Tahun, Iqram Dinzly Tak Nafi Ada Impian Berumah Tangga – “Insya-Allah, Saya Juga Nak Tengok Zuriat Sendiri.”

Share

Kini meniti usia 43 tahun, pelakon Iqram Dinzly tidak menafikan hatinya terdetik dan teringin untuk menamatkan zaman bujang selepas melihat sudah ramai rakan seperjuangannya dalam industri seni sudah berkeluarga.

Menurut Iqram atau nama sebenarnya Mohamad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, besar impiannya agar dikuniakan zuriat yang mampu menjadi penyambung legasi dirinya sejurus berumah tangga.

“Insya-Allah… Saya juga nak tengok zuriat saya, lagi-lagi bila saya tengok rakan-rakan selebriti seperti Rozita Che Wan, Awal Ashaari dan ramai lagi sudah ada anak.

“Bila saya tengok mereka mempunyai warisan dan legasi, saya juga nak lihat kesinambungan legasi saya sendiri,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
MH