Mencecah usia 50 tahun pada Khamis, pelakon Rozita Che Wan diraikan dalam majlis sambutan ulang tahun kelahiran bertemakan rona emas.
Berkongsikan gambar sambutan itu di laman Instagram miliknya, Rozita atau Che Ta kelihatan menawan dengan persalinan rona keemasan dilatari dengan dekorasi belon warna yang sama.
“Old is gold. Ready to start a new decade of adventures,” tulis Che Ta di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rakan selebriti dan peminat Che Ta tidak ketinggalan menitipkan ucapan selamat ulang tahun buat isteri kepada pelakon Zain Saidin itu.
Malah rata-rata memuji penampilan Che Ta yang kelihatan awet muda biarpun usia sudah memasuki 50-an.
“Happy birthday Che Ta va va voom,” titip Scha Alyahya.
“La birthday kaa.. happy birthday, semoga dipermudahkan selalu urusan dunia akhirat,” komen Sharifah Shahira.
“Happy birthday my sister yang always cantik, wish you all the best. Miss you,” tulis Vicha.
“Happy birthday kakak terpaling anggun nan jelita. Moga sentiasa dimurahkan rezeki dan sihat selalu,” komen Catriona Ross.
“Happy birthday manusia cantik,” komen Azza Elite.
“Happy Birthday Che Ta, beautiful and wonderful gold. You never look old,alwys look happy and lovely,” tulis peminatnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.