
Aduhai, pilih menu makan pun boleh menangis. Nad Zainal dalam entri terbaru memuatkan video ketika sedang menikmati hidangan bersama suami, Faliq.
Suaminya tiba-tiba sebak dan cuba mengelak daripada dirakam.
“KOYAK
Silap pilih menu,
Makan malam tomyam dan telur dadar….
Terus teringat Yem..
Menitik airmata jantan daddy
Ini makanan kesukaan dia ?????
Bapak kau dah koyak nak… ?????
Lepasni travel Yem ikut ya?
No more honeymoon trip ke apa ke..
Yem MUST FOLLOW
#rinduYEM.”
Nad ketika ini sedang bercuti bersama suami di Jepun tanpa anaknya, Fahad Ibrahim.
Netizen terharu dengan reaksi Faliq yang menyentuh hati. Malah turut berkongsi perasaan apabila terpaksa meninggalkan anak.
Foto – Instagram Nad Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelajar Kejururawatan Dinobat Sebagai Miss America 2025, Menang Biasiswa Bernilai Lebih RM220,000

Abbie Stockard, 22, telah dinobatkan sebagai Miss America 2025 sekaligus menjadi pemenang ke-97 pertandingan ratu cantik berprestij yang telah dianjurkan sejak tahun 1921 itu.
Merupakan pelajar jurusan kejururawatan dari Auburn University, Abbie yang mewakili negeri Alabama berjaya mengalahkan 50 peserta lain yang mewakili negeri masing-masing di Amerika Syarikat.
Saat sesi soal jawab untuk menentukan juara, Abbie yang juga seorang ketua sorak di universiti ditanya berkenaan maksud kejayaan bagi dirinya.
“Kejayaan didefinisikan dengan memiliki gol yang jelas. Saya percaya untuk menjadi orang yang berjaya kita harus melalui halangan. Ia tentang beradaptasi dengan perubahan dan mendahulukan tugas. Selain itu kekal fokus, disiplin dan konsisten.
“Ini merupakan set skil yang saya perolehi sepanjang bertanding di Miss America Opportunity dan sebagai Miss America saya akan bersedia untuk melalui jatuh bangun serta segalanya yang berkaitan dan berjaya dalam peluang ini,” jawabnya tegas.
Selain Abbie, Annette Addo-Yobo yang mewakili Texas berada di kedudukan naib juara. Manakala, Carley Jaymes Vogel, Casana Fink dan Stepahanie Finoti yang masing-masing mewakili Tennessee, Florida dan Ohio berpuas hati di kedudukan ketiga, keempat dan kelima.
Seiring dengan kemenangannya, Abbie membawa pulang wang tunai biasiswa bernilai lebih RM220,000, mahkota dan selempang.
Empat lagi peserta yang berada di kedudukan lima terbaik pula membawa pulang wang tunai biasiswa bernilai lebih RM44,000 setiap seorang berserta trofi.

BACA JUGA: Wakil Denmark Dinobat Sebagai Miss Universe 2024. Nigeria Di Kedudukan Naib Juara
BACA JUGA: Pemecah Kemarau 53 Tahun! Kenali Sandra Lim, Top 30 Miss Universe 2024
Pertandingan Miss America kali ke-97 ini telah diadakan di Orlando, Florida menyaksikan pada peserta telah melalui minggu pageant yang melibatkan pelbagai aktiviti termasuklah sesi temu duga tertutup.
Daripada 51 peserta, mereka dikecilkan kepada 11 peserta terbaik sahaja berdasarkan segala markah yang terlah terkumpul menerusi sepanjang pertandingan sebelum malam finale.
Mereka kemudiannya melalui sesi pembentangan idea mengenai topik terkini, peragaan pakaian sukan dan busana gaun petang serta persembahan bakat. Setelah itu, hanya lima peserta terbaik yang akan melalui sesi soal jawab secara langsung.
Pertandingan Miss America berbeza daripada pertandingan ratu cantik yang lain kerana pemenangnya tidak akan mewakili Amerika Syarikat ke mana-mana pertandingan peringkat antarabangsa.
Sebaliknya, Miss America merupakan pertandingan yang menumpukan kepada pembangunan wanita menerusi pemberian biasiswa pendidikan kepada pemenangnya. Jadi tidak hairanlah jika semua peserta yang menyertai memiliki latar pendidikan yang baik.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Harap, Maaf Diterima Anda Semua Terutama Orang Sarawak,” – Isu Komen ‘Uga-Uga’, Ini Kenyataan Zynakal

Penyanyi Zynakal atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli membuat permohonan maaf secara terbuka di atas tindakannya yang didakwa memerli budaya dan adat orang Sarawak.
Zynakal, 22, berbuat demikian menerusi satu posting terbaru di Instagram, pada Isnin.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya warga Sarawak yang terasa dengan komen saya pada ruangan komen gambar Yonnyboii.
“Di sini saya ingin menjelaskan tentang komen tersebut. Sebenarnya saya memang tiada niat untuk mempersendakan budaya atau adat orang Sarawak.
“Saya hanya berniat untuk mempersendakan Yonnyboii sahaja,” jelasnya.
Tambah bintang ini lagi, dia mengharapkan suapaya permohonan maafnya itu diterima semua warga Sarawak.
“Jadi saya harap, maaf saya diterima oleh anda semua, terutama orang Sarawak.
“Akhir kata, saya ingin memohon maaf dan saya harap anda memaafkan saya. Harap benda ni tak kan berulang lagi,” pintanya.
Sementara itu pada ruangan kapsyen, Zynnakal turut sekali lagi menyatakan dia tiada sebarang niat untuk mempersenda pakaian atau adat warga Sarawak.
“Tiada niat langsung untuk mempersendakan pakaian atau adat warga sarawak, maaf jika komen saya menyakiti hati kalian dan maafkan saya, all love all peace,” tulisnya.
Beberap hari lalu, isu sensasi itu bermula apabila Zynakal meninggalkan komen pada hantaran terbaharu rakannya yang juga penyanyi rap, Yonnyboii.
Menerusi hantaran tersebut, Yonnyboii berkongsi foto lamanya yang lengkap memakai baju tradisional salah satu etnik di Sarawak.
“Uga-uga,” tulis Zynakal ringkas pada ruangan komen dalam Instagram milik Yonnyboii.
Biarpun ia komen ringkas, namun rata-rata netizen menyifatkan respon yang diberikan seolah-olah sindiran.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Gaya & Mimik Wajah Kala Bekerja,” – Pengurus Kongsi Foto Eksklusif Latihan Penuh Siti Nurhaliza On Tour Di KL Yang Sukses!

Selepas kejayaan menerusi Siti Nurhaliza On Tour di Axiata Arena, Bukit Jalil Sabtu lalu, pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak ada berkongsi sekitar latihan penuh penyanyi berkenaan sebelum konsert mega berlangsung.
Khusus buat tatapan peminat penyanyi nombor satu itu, Rozi turut menitipkan kata penuh makna menerusi ruangan kapsyen.
“Sebalik tabir kerjaya.Tanggungjawab dan amanah bukan untuk dicanang, dimegah tetapi bagaimana sesuatu yang dimulakan, diakhirkan dengan indah.
“Gaya dan mimik wajah kala bekerja, dari bawah kolong pentas, ke belakang pentas hingga ke atas pentas,” tulis Rozi lalu disusuli dengan tanda palang #latihan #fulldress #sitinurhalizaontour.
View this post on InstagramA post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on
Mengalunkan lebih 30 lagu termasuk bersama penyanyi undangan, Tulus, Siti Nurhaliza On Tour di Kuala Lumpur menjadi momen manis lebih 10,000 peminat yang hadir memenuhi stadium. Malah, foto sekitar turut dikongsikan.
View this post on InstagramA post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on
Malah, rakan artis lain turut teruja dan mengisi masa bagi menonton konsert jelajah yang sudah pun melewati dua buah negara, Indonesia dan Singapura itu. Antaranya ialah Jihan Muse, Sarah Raissuddin & Shuib, Dayang Nurfaziah, Khai Bahar dan ramai lagi.
Foto: Instagram Rozi Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI