Pelakon Liyana Jasmay sebak apabila mengenangkan kali ini dia tidak dapat berkongsi detik terindah bersama ibu tercinta, Allahyarham Datin Habsah Simpon sempena pelancaran filem terbaharu lakonannya, Baik Punya Ah Long, pada Selasa.

Liyana yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem itu berkata, selama ini Allahyarham ibu sering menemani dan menjadi tulang belakangnya dalam dunia seni.

“Selalunya setiap kali tayangan perdana filem lakonan saya mesti arwah ibu akan setia menemani. Tapi hari ini (semalam) dia tiada dengan saya lagi.

“Malah ketika saya menjalani penggambaran filem ini empat tahun lalu, arwah mak masih ada, tapi waktu itu pula kami dapat tahu arwah ayah menghidap kanser paru-paru.

“Jadi waktu itu agak mencabar kerana filem ini bergenre komedi dan kena setiasa dalam mood gembira.

“Kemudian saya dapat berita bapa disahkan hidap kanser ketika sedang menjalani penggambaran untuk filem ini.

Ads

“Namun arwah ibu dan ayah sangat teruja apabila dapat tahu saya kembali bekerjasama dengan Datuk Afdlin Shauki selepas agak lama tidak terbabit dalam filem.

“Saya sangat sedih kerana dua insan penting dalam hidup saya ini sudah tiada, kini hanya ditemani oleh adik-beradik saya saja. Ketika hayatnya, arwah adalah peminat nombor satu saya,” katanya.

Menurut Liyana, kehilangan insan paling disayangi sememangnya memberi kesan yang begitu mendalam dalam dirinya sehingga ke hari ini.

“Bukan filem ini saja saya sedih apabila mereka sudah tiada, tetapi sekarang ini apa saja kejayaan yang saya capai untuk syarikat atau diri semuanya terasa kosong kerana tiada lagi sokongan mereka.

Ads

“Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana ramai yang bercakap mengenai arwah ibu saya. Ke mana saja saya pergi, mesti ada saja yang memperkatakan hal yang baik-baik mengenainya,” katanya lagi.

Menitis Air Mata Liyana Jasmay Kenang Arwah Kedua Orang Tua – “Saya Dapat Berita Bapa Hidap Kanser Ketika ‘Shooting’…” Menitis Air Mata Liyana Jasmay Kenang Arwah Kedua Orang Tua – “Saya Dapat Berita Bapa Hidap Kanser Ketika ‘Shooting’…”

Selain Liyana, filem Baik Punya Ah Long yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 12 September ini turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Johan, Zizan Razak, Adlin Aman Ramlie, Chew Kin Wah dan Allahyarham Adibah Noor.

Ads

Filem yang juga diarahkan oleh Datuk Afdlin Shauki ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 12 September ini.

Untuk rekod, Allahyarham Habsah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser limfoma tahap empat pada 12 Mei tahun lalu.

Sebelum itu, pada Disember 2021, bapanya, Datuk Jasmay Md Shah meninggal dunia akibat kanser paru-paru selepas bertarung dengan penyakit itu selama setahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI