Pelakon versatil, Nabila Huda atau Abil mendedahkan bayi yang dikandungnya gugur buat kali kedua pada Isnin lalu.
Berita duka itu dikongsikan Abil menerusi Insta Stories, awal hari ini.
Jelasnya, dia mengalami pendarahan sebelum disahkan keguguran dan cuba untuk tenangkan diri selepas mendapat berita berkenaan.
“Saya keguguran buat kali kedua. Ketika pertama kali saya alami pendarahan, saya rasa sangat ‘down’ dan semalam saya cuba untuk tenangkan diri sepanjang hari.
“Nak cuba ‘recover’ balik perasaan itu.
“Seriously I nak sangat-sangat ada baby. Terlalu nak sangat. Keinginan I untuk ada anak tu nak sangat,” katanya.
Abil pada masa sama menyifatkan dia dan suami belum ada rezeki untuk menerima ahli baru dalam keluarga.
“Jadi saya sangat teruja bila dapat tahu dan lakukan ujian darah. Doktor kata saya sah mengandung dan saya teruja.
“Tetapi pada masa sama saya paranoid, sebab saya risau… macam tiba-tiba dia tak ada, dia jatuh ke atau dia tidak ada dekat dalam tu.
“Tapi saya percaya, tak ada rezeki lagi. Saya cuma kesian pada suami. Lama dia tunggu.
“Kenapa susah sangat ya? Bila kita teringin sangat,” katanya.
Reda atas apa yang berlaku, ibu kepada seorang cahaya mata ini bagaimanapun cuba untuk terus pandang ke depan.
“Akan tetapi kita nak kena move on sajalah. Saya okay. Jangan risau. Saya hanya duduk di rumah dan fikir. Sakit rasa dia…,” katanya dalam sebak.
Nabila mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan sejak Disember 2015.
Sebelum ini, Abil pernah mengumumkan dirinya alami keguguran April tahun lalu.
Sementara itu menerusi perkahwinan terdahulu, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun.
Foto: Instagram Nabila Huda