Finalis Hero Remaja tahun ini, Umar Badrol Hisham atau sinonim dengan sapaan Umar Hisham mengakui dunia glamor bukanlah kehidupan ‘ala kayangan’ seperti yang digambarkan segelintir individu.

Tekanan mental dan kemurungan ada kalanya menjadi asam garam di kalangan selebriti, namun semuanya dikaburkan di sebalik kemewahan dan populariti.

Perkara itu mulai dirasai sejak menyertai Pencarian Hero Remaja 2020.

Mengakui bukanlah siapa-siapa hatta Instafamous, namun jelas Umar, penglibatan dengan Hero Remaja membuka mata kepada perspektif baru dalam hidup. Resipinya mudah, mulakan dengan langkah kanan dan doa kepada Yang Satu.

“Saya faham penerimaan orang berbeza-beza. Cara saya mudah, orang tidak akan mudah jatuhkan kita jika kita bijak membawa diri. Tekanan tentu akan ada bila diri terdedah kepada netizen, namun hidup kena sentiasa beringat.

Ads

“Sebab itu pentingnya memilih siapa yang berada di sekeliling kita. Saya bukan siapa-siapa apabila masuk Hero Remaja, malah bukan Instafamous pun. Tidak pernah rasa menjadi perhatian dalam apa yang dilakukan, namun sepanjang berada bersama Hero Remaja, saya rasakan tempias tekanan dalam diri.

“Jadi daripada situ, saya sudah merancang perjalanan dalam dunia seni. Rasanya kehidupan peribadi tidak perlu dicanang untuk jadi popular. Ada sahaja pelakon yang popular namun kehidupan peribadi disembunyikan seperti Bront Palare. Menjual diri biar bertempat,” kongsinya ketika dihubungi.

Ads

Mengakui bukanlah ‘budak baik’ namun ulasnya, hidup kena bijak. Tidak gentar andai ada yang cuba mengorek kisah silam, jelas pemuda berusia 22 tahun ini, dia dikelilingi insan yang penuh aura positif.

“Saya mengaku bukanlah budak baik, namun melakukan perkara yang mengaibkan, tiada dalam kamus hidup. Kalau sekadar nakal budak lelaki, biasalah. Sebab itu pentingnya memilih kawan kerana secara tidak langsung ia akan mempengaruhi kehidupan dan membentuk karakter kita,” kata Umar jujur.

Walaupun tidak pernah menerima serangan secara peribadi daripada netizen, jelas Umar, sesiapa pun tidak terlepas daripada kecaman di ruang siber.

Ads

“KIta hidup pada zaman 2020, semua akan terkena tempias. Jadi tidak pelik dan ia semacam adat. Biasalah kalau kita berbeza pendapat, apa yang membezakan, cara kita hadapinya. Tapi kalau kita salah, mengaku dan minta maaf,” ulasnya lagi.

“Menjual Diri Biar Bertempat,” – Calon Juara Hero Remaja 2020, Umar Hisham Bersuara Demi…

Umar antara lima finalis Hero Remaja 2020 yang bakal berentap di pentas akhir pada 16 Julai ini.

Saksikannya secara langsung di Astro Ria dan Ria HD, jam 9.00 malam.

https://www.instagram.com/p/CCU5tpGJvKk/?igshid=71enppien8km

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI