Pelakon dan model terkenal, Alicia Amin kebelakangan ini kerap berkongsi momen mesra bersama suami, Farzan Iqbal di laman media sosial Instagram.
Bukan itu sahaja, Alicia atau nama lengkapnya Raja Alicia Raja Amin juga dilihat sangat bahagia sebagai pasangan pengantin baru bersama suaminya yang difahamkan seorang doktor.
Lalu, perkongsian bintang yang pernah membintangi dalam drama bersiri Alamatnya Cinta ini telah mendapat perhatian peminat.
Malah, ada segelintir dari mereka yang meluahkan rasa ‘cemburu’ melihat kemesraan bekas peserta Asia’s Next Top Model musim kelima itu
“MEMENTANG DAH KAHWIN I STRESS TAU CAMNI!,” tulis salah seorang peminat di ruangan komen entri berkenaan.
“Tetiba rasa nak kahwin, sweet sangat,” puji seorang wargamaya pula.
“Hormat orang single kak,” usik seorang wargamaya lain.
Imbas kembali, pelakon berusia 26 tahun ini telah mendirikan rumah tangga bersama Farzan, 27 pada 14 Februari lalu.
Foto: Instagram Alicia Amin