
Artis versatil, Sherry Alhadad ada berkongsi sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Maklum Sherry, foto tersebut dirakam kira-kira 15 tahun lalu iaitu menerusi kamera lama kodak yang mengunakan filem.
“Selfie pakai kamera kodak kena hantar kedai cuci #tahun2004,” tulisnya.
View this post on InstagramSelfie pakai kamera kodak kena hantar kedai cuci #tahun2004
A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on
Dalam pada itu, peminat turut memberikan pelbagai reaksi terhadap foto lama yang dikongsi hos Muzik-Muzik ini.
Sekadar informasi, Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad telah dilahirkan pada 17 November 1984.
Foto: Instagram Sherry Alhadad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sajat Prihatin… Turut Salur Bantuan Keperluan Asas Dan Beri Duit Raya RM300 Kepada Siapa?

Tidak dinafikan, ada segelintir golongan yang memerlukan bantuan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan seluruh negara akibat penularan wabak Covid-19 sejak beberapa bulan lalu.
Malah, situasi mungkin lebih mendesak berikutab sambutan bulan Syawal dijangka bakal dirai Ahad depan.
Lalu, usahawan kosmetik sensasi, Sajat turut prihatin dengan situasi semasa dan dilihat turut sama-sama cuba membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.
Difahamkan, penyanyi Bobo Di Mana itu telah agihkan keperluan barangan harian kepada lebih 50 keluarga di sekitar Johor Bahru.
“Alhamdulillah! Hari ini misi di Johor Bahru untuk mereka yang memerlukan.
“Barangan keperluan dapur seperti minyak, garam, beras, susu pekat, gula, tepung, ketupat nona, milo bersaiz besar, maggie, garam, sirap rose cordial.
“Dan sejumlah wang duit raya RM300 untuk setiap keluarga. Jika ada yang berminat..sila text PA saya shamil (0143695329),” tulisnya.
Selain itu, Sajat turut berharap bantuan yang disalurkan sedikit sebanyak dapat meringgankan beban bagi yang memerlukan.
“Peruntukan untuk 50 keluarga untuk sumbangan ikhlas dari nursajat! Semoga sumbangan ini boleh meringgan kan beban mereka dan dapat meraihkan lebaran yang akan tiba.
“Salam sayang dari saya nursajat,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memberikan reaksi terhadap sikap prihatin usahawan berkenaan.
Video: Instagram Nursajat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pertama Kali Dalam Sejarah… Haqiem Rusli ‘Tanggal’ Kaca Mata Hitam, Ibarat ‘Hempas’ Kecaman Netizen

Sinonim dengan imej berkaca mata hitam ketika membuat persembahan sebelum ini, penyanyi Haqiem Rusli kali ini tampil ‘menanggalkan’ item berkenaan di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34) di Stadium Axiata, Bukit Jalil malam tadi.
Menyampaikan lagu Lembah Kesepian hasil ciptaannya sendiri bersama Gouffran dan Ibnu, lagu tersebut disampaikan penyanyi berusia 22 tahun itu dengan penuh penghayatan.
Malah, Haqiem yang diumumkan sebagai Anugerah Pilihan Peminat Setel tampil menanggalkan kaca mata hitamnya ketika babak lakonan bersama Datuk Rosyam Nor sebagai seorang ayah.
Sekali gus, orang ramai telah memberikan pandangan masing-masing apabila penyanyi itu bertindak sedemikian (menanggal kaca mata hitam).
Sementara itu, sisi lain mengenai persembahan Haqiem apabila kemunculan Datuk Rosyam Nor dengan penuh emosi yang mengetengahkan penceritaan hubungan antara anak dengan bapa.
Terdahulu, kemenangan AJL 34 milik Naim Daniel dengan lagu Sumpah hasil ciptaan Naim Daniel dan Omar K yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi bersama baucer CJ Wowshop sebanyak RM10,000.
Naib juara, milik Budak Flat yang dinyanyikan Aman sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi dan juga baucer CJ Wowshop bernilai RM5,000.
Tempat ketiga milik lagu Anta Permana yang dinyanyikan Bob Yusof dan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penampilan khas, hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.
Kemenangan itu membolehkan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dan baucer CJ Wowshop bernilai RM3,000.
Manakala Persembahan Terbaik pula disandang Hafiz Suip menerusi persembahan lagu Kisah Cinta Kita dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, baucer CJ Wowshop dan trofi.
Hafiz Suip turut dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik, sekali gus membawa pulang RM12,000.
Video : Youtube TV3 Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengarah & Penerbit Kyle A Halim Dedah Sikap Sebenar Alicia Amin Sepanjang Shooting – “Dia Mesra, Mudah Didekati Dan…”

Pengarah dan penerbit Kotaki Studios Sdn Bhd, Kyle A Halim memberi kepercayaan kepada model yang juga pelakon sensasi, Alicia Amin bagi menggalas tanggungjawab menerajui filem sulung arahannya berjudul The Disappearance of Irdina Adhwa.
Menurut Kyle, dia memilih untuk tidak mengambil pusing sekiranya ada pihak yang mempertikaikan tindakannya memilih bintang cantik sebagai antara pelakon yang membintangi filem genre thriller dan seram itu.
Jelasnya lagi, dia tidak melihat hal luaran atau persepsi yang dilemparkan terhadap seseorang pelakon kerana kemampuan seseorang pelakon itu melaksanakan tugas diberi menjadi keutamaannya.
“Asalnya, saya memilih pelakon lain. Bagaimanapun, disebabkan tiada kata persetujuan, pengurus produksi mencadangkan nama Alicia. Saya bersetuju dan tidak menganggap pemilihan Alicia sebagai satu masalah.
“Bagi saya, bukan kontroversi atau sensasi jadi ukuran, tetapi saya mahukan pelakon yang boleh membawa karakter dengan baik. Kali pertama bertemunya, nyata dia berbeza dengan persepsi yang dilemparkan kepadanya. Jauh beza bagaikan bumi dengan langit.
“Bagi saya dia seorang yang mesra, mudah didekati dan sangat baik hati. Dia tahu saya berasal dari Sandakan, Sabah dan tinggal bersendirian sepanjang penggambaran di Semenanjung Malaysia, jadi, dialah yang selalu mengambil berat mengenai saya,” katanya.
Mengulas pemilihan Alicia sebagai teraju utama sebagai Sofia, Kyle menambah, kebolehannya bertutur dalam dialek Sabah dengan baik menjadi salah satu faktor.
“Naskhah ini menggunakan 20 peratus dialek Sabah, selebihnya bahasa Melayu. Jadi, pemilihan Alicia sangat bertepatan kerana mampu bertutur dengan baik.
“Saya memang terkejut kerana Alicia bukan berasal dari Sabah. Tetapi, rupa-rupanya, Alicia kerap ke Sabah untuk menyertai Pesta Kaamatan,” katanya lagi.
Filem The Disappearance of Irdina Adhwa yang menjalani penggambaran di Melaka dan Kundasang, Sabah selama 15 hari mengisahkan Sofia menyertai tujuh rakan kolej bercuti dan berkelah sebaik majlis graduasi selesai.
Namun, berlaku kejadian tidak diingini dan diselubungi misteri apabila salah seorang rakannya terbunuh ketika mereka menginap di sebuah rumah peranginan pada malam pertama.
Bagaimanapun, Sofia dan rakan-rakannya terperangkap dalam rumah peranginan berkenaan dan tidak boleh keluar minta pertolongan untuk menyelamatkan diri.
Selain Alicia, filem sulung terbitan Kotaki Studios itu turut dibintangi Syazuwan Hassan, Josiah Hogan, Bulan Terry, Nafiz Muaz, Melanie Tan, Nelissa Nizam, Hasmira Azmi dan Abbas Mahmoud.
Ia bakal menemui penonton menerusi tayangan di Astro First pada 24 Februari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI