Menu ‘Homemade’, Tawar 100 Makanan Segera Sihat, Zhafran Md Yusuf Optimis & Isteri Fouziah Gous Sokong Usaha Suaminya

Share

Pengamal diet vegan di Lembah Klang khususnya pasti teruja apabila pelbagai menu sihat dengan harga mesra pembeli kini boleh didapati di restoran Rightside Fast Food yang telah memulakan operasinya di Mont Kiara dan Sri Petaling.

Restoran berkenaan menyediakan hidangan 100 produk vegan yang eksklusif kerana ia adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Pengarah & Pengerusi Rightside Fast Food, Datuk Zhafran Md Yusuf berkata, Rightside merupakan restoran makanan segera pertama di Asia yang berasaskan tumbuhan telah menjalankan penyelidikan secara inovatif dengan mengunakan bahan-bahan premium yang tinggi khasiatnya.

Tambahnya lagi restoran itu merupakan syarikat milik penuh anak tempatan yang diuruskan oleh mereka di kalangan ahli kimia yang ghairah mencipta makanan segera yang lazat dan berkhasiat untuk pelbagai lapisan masyarakat.

“Kami percaya untuk memastikan menjadikan diet alternatif itu boleh diakses sama ada mereka seorang vegan atau tidak yang masih menikmati menu makanan berasaskan tumbuhan yang lazat bersama orang tersayang.

“Kami juga yakin dengan kehendak pasaran hari ini yang mahukan menu sihat lebih baik seperti vegan diperkenalkan yang bukan sahaja berkhasiat, pada masa yang sama dapat memenuhi cita rasa pelanggan yang masih boleh makan ketika berdiet,” katanya.

Lebih istimewa, semua menu dihasilkan secara ‘homemade’ atau buatan sendiri.

Malah daging burger atau patty diperbuat daripada protein kacang dan dimasak seperti burger hancur yang menawarkan tiga pilihan menu samada ZeroBeef, ZeroLamb dan ZeroChicken.

Mengulas lanjut, Zhafran yang juga suami kepada pelako  dan hos, Fouziah Gous menjelaskan, Rightside turut bercita-cita untuk menjadi rantaian makanan segera terbesar berasaskan tumbuhan seterusnya mencipta diet alternatif yang sedap dan boleh diakses kepada semua masyarakat di seluruh dunia.

Ujarnya, misi pihak pasukan adalah untuk mendefinasikan semula konsep baharu makanan segera yang sihat bagi mewujudkan persekitaran yang inklusif tanpa mengira keutamaan diet seseorang.

“Kami yakin Rightside akan menjadi pilihan masyarakat pada masa akan datang kerana merupakan merupakan restoran makanan segera berasaskan tumbuhan pertama yang memiliki rantai di Asia.

“Pada masa sama, kami juga mengutamakan teknologi dan inovasi penyelidikan serta pembangunan bagi menghasilkan produk berkhasiat tinggi menggunakan bahan premium 100 peratus berasaskan tumbuhan selain meberi fokus kepada inklusiviti.

“Malah kami menawarkan harga yang cukup berpatutan dan berbaloi jika dilihat dari segi kualiti rasa serta khasiat menu vegan yang pasti akan memberi rasa kepuasan di hati pelanggan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Fouziah yang turut hadir menyambut baik usaha yang dilakukan suami dan pasukan Rightside dalam usaha mengembangkan gaya hidup yang lebih sihat.

“Kalau kita lihat sekarang, ada di antara individu yang kalau ingin ambil sesuatu menu akan ambil kira soal kalori, diet dan sebagainya. Jadi saya menyambut baik idea suami dan inilah masanya untuk saya turut memberikan sokongan.

“Malah kami suami isteri pun cenderung pilih mananan yang berkhasiat. Menu lain bukanlah tidak makan langsung. Cuma inilah antara cara kami untuk mendidik masyarakat supaya ambil sesuatu menu secara betul, insyaAllah,” katanya.

Selain burger, Rightside turut menawarkan menu sihat seperti, salad Mexico, kentang goreng, jagung didalam cawan, susu kocak dan minuman sihat yang berasakan tumbuhan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH