Menu Premium Tapi Harga Mampu Milik, Datuk Fazley Yaakob Teruja Jual Donut Dengan Krispy Kreme

Share

Datuk Fazley Yaakob berbesar hati apabila diberikan pulang berkerjasama dengan jenama pencuci mulut popular, Krispy Kreme dalam menghasilkan tiga jenis perisa donatnya sendiri.

Menurut Datuk Fazley, dia menyifatkan kesempatan ini sebagai peluang berharga memandangkan dia juga merupakan seorang penggemar jenama donat berkenaan.

“Saya ingin berkongsi perjalanan saya bersama jenama donat, Krispy Kreme. Donat ini saya dah makan lama semenjak saya berada di United Kingdom ketika mengendalikan konsert di Royal Albert Hall.

“Ketika itu, saya berasa sangat seronok kerana dapat makan donat yang fresh sampai saya terbayang-bayang selama hampir 12 tahun bagaimana jika satu hari nanti, saya akan membuat flavour saya sendiri.

“Jadi, bila saya dapat peluang untuk berkerjasama dengan Krispy Kreme, perasaannya seperti bulan jatuh ke riba. Saya juga seorang hantu donat dan Krispy Kreme berikan saya 1001 kenangan sebagai seorang yang sangat sukakan makanan.

“Krispy Kreme juga memberikan saya peluang untuk mencerminkan sesuatu yang lain dalam sisi donut itu sendiri,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu, Bila April itu berkata sedemikian ketika ditemu ramah menerusi sesi Instagram Live yang diadakan pada Selasa.

Dalam pada itu, Datuk Fazley turut mendedah dia telah mengambil masa lebih kurang lima bulan bagi menjalankan proses ‘research & development’ bagi menghasil ketiga-kita perisa donat tersebut.

“Bila saya dapat tawaran tersebut, saya ada bertanyakan mengenai temanya. Mereka serahkan semuanya kepada saya asalkan ia melambangkan wajah-wajah Malaysia.

“Selama lima bulan itu, saya buat kajian menerusi pengalaman-pengalaman saya. Saya cuba bermacam-macam donat daripada atas talian, gerai tepi jalan dan banyak lagi. Saya juga buat perbandingan di media sosial.

Sementara itu, Datuk Fazley turut memaklumkan dia sebenarnya telah pun menyediakan 45 jenis resepi pada peringkat awal sebelum memilih 10 yang terbaik untuk dipersembahkan kepada pihak Krispy Kreme.

“Sebenarnya dalam kotak resepi saya untuk Krispy Kreme ini, saya ada lebih 45 jenis perisa donat. Dalam 45 jumlah donat tersebut saya dah sediakan lebih kurang 10 jenis donat. Tapi kita tidak akan keluarkan semuanya kerana hanya yang paling menarik yang akan dipasarkan.

“Sebagai seorang cef, kita bukan hanya hasilkan sesuatu hidangan itu ikut citarasa sendiri tapi kita harus lebih kreatif dan berfikir di luar kotak. 45 resepi donat itu telah melalui proses R&D dan bukan saya main letak sahaja.

Ditanya mengenai soal harga, ini reaksi yang diberikan oleh bapa kepada empat orang cahaya mata itu.

“Apabila kita berbincang dengan pihak Krispy Kreme, kita tahu walaupun ia sejenis hidangan yang primium tapi harganya tetap saya dengan donat-donat yang lain. Tidak ada penambahan harga yang dibuat.

“Dari bahan-bahannya pula, kita terpaksa ambil masa sedikit supaya ianya sesuai dengan harga yang bakal kita tetapkan,” akhirinya.

Sempena kempen Bulan Kemerdekaan ini, Krispy Kreme dan Datuk Fazley bakal memperkenalkan tiga jenis perisa donat terbaru iaitu Puding Raja Doughnut, Kek Batik Doughnut dan Bandung Ros Doughnut.

Kesemua menu donut tersebut dijual pada harga RM4.48 setiap satu.

Sumber Foto: Instagram Datuk Fazley

Published by
Aizam Manaf