Usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui berasa sedikit bingung bila mengenangkan mengenai kondominium mewah miliknya yang terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur dikhabarkan masih lagi tidak mempunyai pembeli.
Menurut Datuk Seri Aliff, buat masa ini dia terpaksa duduk di rumah tersebut sementara menunggu mana-mana pihak yang berminat untuk membeli kediaman tersebut.
“Home sweet home bawah Pavilion Mall, Bukit Bintang dan berjiran dgn JW Marioot. Menunggu pembeli rumah ini yang tidak kunjung tiba.
“Last-last saya jeduduk sini. Saya sudah jual murah RM6 juta je sebab harga market value adalah rm 6.5 juta tapi tak tahu apa masalah masih tak ada pembeli.
“Sekarang ni musim COVID nak shopping semua tutup kedai. Kalau siapa nak beli wussp manager sy, banyak lagi yang saya nak jual,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, cuba bahagia itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bapa kepada lima orang cahaya mata ini turut menambah, meskipun dia telah menurunkan harga rumah tersebut lebih rendah daripada harga pasaran, namun, ia disifatkan masih belum mampu untuk menarik para pembeli.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar Datuk Seri Aliff dapat mempertimbangkan semula hasratnya itu untuk menjual rumah tersebut selain turut menyifatkan situasi pandemik ketika ini sememangnya memberi kesan kepada banyak pihak termasuklah daripada golongan yang berharta.
“Musim-musim Covid-19 ni, jangan kata RM6 juta, 6 ringgit pun berkira.
“Tak payah jual, maybe tahun mendatang rumah tu jadi aset anak-anak.
“Kenapa nak jual? Buat sewa je. Tak lama lagi Malaysia open boarder boleh buat homestay.
“Simpanlah untuk anak-anak,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Dalam pada itu, rata-rata netizen juga turut mencadangkan agar rumah tersebut dijadikan aset untuk kegunaan masa hadapan.
Sumber: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri