Suami kepada pelakon, Nadya Syahera iaitu Fizul Nawi ada memaklumkan isterinya itu mengalami keguguran anak kembar menerusi Instagram pada Isnin.
Tiada rezeki untuk timang permata hati kembar, Nadya seperti yang dipetik Harian Metro pula menjelaskan dirinya disahkan hamil kembar selepas membuat pemeriksaan pertama minggu lalu.
Bagaimanapun, doktor memaklumkan kandungannya mengalami masalah.
“Pada awalnya saya tak tahu pun sedang hamil tapi naluri hati saya kuat mengatakan saya sedang berbadan dua. Jadi, saya membuat pemeriksaan menggunakan kit ujian kehamilan.
“Menerusi ujian itu saya didapati positif. Kemudian baru saya pergi membuat pemeriksaan di dua klinik. Kedua-dua doktor memaklumkan usia kandungan yang baru berusia enam minggu itu mengalami masalah.
“Menurut doktor terdapat dua kantung tapi hanya satu saja yang masih ada dan kedudukannya tidak normal. Disebabkan tidak sedap hati saya nekad ke Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak AVISENA, Shah Alam untuk membuat pemeriksaan lanjut.
“Alhamdulillah, sekitar jam 9.30 pagi tadi saya selesai melalui proses Dilatation & Curettage (D&C) iaitu mencuci saki-baki janin yang tertinggal,” katanya.
Menurutnya lagi, meskipun dia dan suami teruja menantikan cahaya mata kembar itu namun mereka reda dengan ujian yang menimpa.
“Kehamilan ini amat tidak disangka, tapi apabila dapat tahu hamil anak kembar, kami berdua begitu teruja dan cemas sebab bukan mudah nak menjaga kandungan.
“Namun, apabila doktor memaklumkan kandungan kembar saya dalam keadaan tidak stabil, saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Mungkin belum rezeki nak ada ada kembar,” katanya positif.
Terdahulu, bintang drama ini berkahwin pada 25 September 2015.
Hasil perkongsian hidup selama lima tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 3, dan Mohamad Dayyan, 2.
Sumber: Harian Metro