Penyanyi dan penulis lagu, Haqiem Rusli mendedahkan dia tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan single terbarunya yang berjudul Mimpi yang juga merupakan lagu tema bagi drama Bidadari Salju.

Jelas Haqiem, lagu tersebut dibuat dalam masa yang sangat singkat berikutan memenuhi kehendak pengarah dan juga penerbit Datuk A. Aida.

“Lagu tu verse saya buat dah lama cuma chorus part tu saya buat last minute. Semuanya saya buat sekali harung je. Ketika itu saya agak sibuk dengan komitment lain. Saya bukanlah rushing cuma Datuk Aida minta saya hantar demo segera.

“Saya suka bekerja seperti itu. Buat kerja dengan cepat. Saya buat chorus tu sangat cepat saya ambil gitar kemudian saya main dalam 20 minit macam tu. Saya gabungkan sekali verse dengan chorus last-last ‘ngam’ pula.

“Terus saya hantar demo tu. Datuk Aida pula suka kemudian dia olah sikit-sikit lirik tu. Kami kerja bersama-samalah senang cerita,” katanya.

IKLAN

Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ke-33 (ABPBH) itu berkata sedemikian sewaktu ditemui media selepas berakhrinya sesi rakaman program Melodi Xtra yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama pada Khamis.

IKLAN

Mengakui berasa sangat gembira dengan penerimaan orang ramai mengenai lagu Mimpi, Haqiem menyifatkan impak lagu ini banyak didorong oleh kemantapan drama itu sendiri.

“Perkara ni tak pernah berlaku dalam hidup saya. Sebelum ni lagu saya pernah jadi lagu tema untuk drama cuma impaknya tak sehebat lagu ini. Kali ini lagu ini lebih viral.

IKLAN

“Dalam lirik video yang belom official pun dah dua juta orang tonton. Saya sendiri terkejut bila dengar,” jelasnya lagi.

Diminta untuk berkongsi serba sedikit mengenai muzik video berkenaan, Haqiem mendedahkan lagu ini berkisarkan mengenai dirinya sebagai seorang anak seni.

“Muzik video akan keluar malam ni pukul 8 malam. Dalam muzik video tu saya sebagai lelaki yang disakiti.

“Apa yang kisah saya sampaikan dalam muzik video tu, saya ni sebagai seorang seniman atau penyanyi diatas pentas. Lelaki ini menyampaikan luahan hati seorang seniman,” katanya lagi.