
Beberapa hari lalu, penyanyi Nabila Razali ada berkongsi satu rakaman video menerusi laman media sosial Instagram.
Menariknya, rakaman video tersebut telah memaparkan gelagat Nabila yang sedang menyanyi dalam bilik air.
“Korang pun mesti pernah menyanyi dalam toilet sambil cuci muka kan? Bella pun sama! Kita geng!
“Seronok sebab tak payah guna tangan, guna FOREO LUNA mini 2 is so much fun!
“Ramai yang tanya pasal LUNA mini 2 ni, kalau nak tau lebih lanjut, boleh la click link dekat bio okay!,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Nur Nabila Mohd Razali (@nabila.razali) on
Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji kemerduan nyanyian Nabila.
Untuk rekod, Nabila Razali merupakan bintang kelahiran daripada program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2013.
Video : Instagram Nabila Razali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nama Baby Saya Bintang Aiko,” – Tuju Dedah Loca B Sudah Bersalin & Sedang Berpantang Di Rumah ‘Live’ Di Meletop

Penyanyi rap, Tuju mendedahkan nama anak sulungnya bersama Loca B, ketika ditemu bual secara langsung menerusi MeleTop, malam tadi.
Di dalam temu bual yang dilakukan secara virtual itu, bintang berkenan memberitahu dia dan isteri memilih nama Bintang Aiko buat bayi lelaki yang baru dilahirkan itu.
Tuju antara lain turut berkongsi mengenai perkembangan terkininya yang melakukan inisiatif sendiri dengan melakukan kuarantin meski ujian swab yang dilalukannya baru-baru ini adalah negatif.
“Alhamdulillah, Loca B pun sekarang berpantang di rumah. Selama dua minggu ini tidak dapat bersama anak yang baru lahir.
“Nama baby saya Bintang Aiko,” jawab Tuju ketika ditanya Nabil sambil disambut dengan ucapan tahniah buat Tuju sekeluarga dari rakan hos, Uyaina Arshad.
Selain berkongsi mengenai perkata tersebut, Tuju antara lain turut memberitahu setakat menjalani tempoh kuarantin, dia banyak menghabiskan masa dengan menulis lagu.
Terdahulu pada Oktober lalu, Tuju yang juga anggota kumpulan K-Clique itu mengakui sudah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi rap Loca B.
Bagaimanapun, mereka memilih untuk tidak berkongsi perihal tarikh perkahwinan kerana lebih selesa untuk tidak bercakap mengenai hal peribadi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Didie Alias Masih Ingat… “Tawar Drama 8 Episod Tapi Keluar Satu Babak.”

Pelakon Didie Alias mengakui dirinya kini agak selektif terutamanya dalam hal pemilihan naskah sebelum menerima sebarang tawaran.
Jelas Didie, pada ketika ini, dia lebih selesa untuk memilih watak yang mampu memberikan impak buat penonton dan bukan hanya sekadar bahan tarikan untuk sesebuah drama.
“Saya memang seorang yang memilih sebab kadang-kadang kalau kita terima tawaran untuk watak yang kosong atau tiada impak, rasa macam rugi pula.
“Rugi buat orang menanti-nantikan kemunculan kita. Ia seolah-olah mereka menjual nama kita hanya untuk tarikan padahal watak tersebut sangat tidak berbaloi untuk saya terima.
“Sebagai contoh, ada pihak yang menawarkan saya untuk drama lapan episod dan penggambarannya pula memakan masa selama 15 hari.
“Tapi dalam satu episod saya hanya keluar satu babak sahaja. Ia sesuatu yang sangat merugikan,” katanya kepada MH.
Ibu kepada lima orang anak ini turut menambah, dia juga tidak mahu masa yang telah diluangkan untuk membuat persediaan dibazirkan begitu sahaja dek kerana peranannya yang begitu kecil.
“Sebagai seorang penerbit, bila anda dah dapat Didie Alias kenapa pula nak bagi saya hanya babak yang pendek sahaja?
“Saya berasa agak rugi di situ sebab saya perlu masa untuk buat persediaan. Apa watak yang sempat saya nak kembangkan kalau hanya satu babak sahaja?
“Saya masih mampu untuk melakonkan apa sahaja watak. Kalau boleh, berilah saya watak yang mampu memberi impak kepada drama tersebut,” ujarnya lagi.
Didie berkata sedemikian ketika di set penggambaran program MH Throwback, baru-baru ini.
Ditanya mengenai sikap para pendatang baru, Didie merasakan ada segelintir daripada mereka hanya sekadar ingin menjadikan platfrom tersebut sebagai batu loncatan untuk membina jenama sendiri.
“Kebanyakan daripada mereka ada yang benar-benar nak masuk kedalam dunia industri sebagai mereka punya periuk nasi.
“Malah, ada juga yang datang untuk seketika sahaja. Mereka ambil peluang itu dan bila dah bina nama serta impak, mereka tinggalkan sahaja industri ni dan buat pekerjaan lain. Mereka hanya masuk untuk personal branding sahaja.
“Bagi saya, kepada pendatang baru yang ingin memasuki dunia seni, kalau nak duduk lama dalam industri, buatlah kerja anda dengan jujur dan ikhlas.
“Kalau hanya jadikan peluang ini sebagai batu loncatan, baik tak payah. Jangan busukkan nama industri kami. Kami bertahan ni pun bukan atas sebab perkara-perkara yang tak bagus tapi disebabkan bakat.
“Kalau anda ada bakat, sila kekal lama dalam industri. Kami memang perlukan pelapis-pelapis seperti anda,” akhirinya.
Terdahulu, Didie bakal tampil dalam episod terbaru Media Hiburan Throwback untuk berkongsi segala suka duka sepanjang bergelar anak seni.
Rancangan yang dihoskan oleh Radin Era itu akan ditayangkan pada malam ini jam 9 malam disaluran Astro Prima dan Prima HD.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Isteri Alami Pendarahan Khamis Lalu, Doktor Sahkan Memang Dah Gugur,” – Nabil Ahmad & Zira Reda, Anggap Tiada Rezeki

Hos dan pelawak, Nabil Ahmad mendedahkan isterinya, Nazirah Ayub mengalami keguguran anak keempat mereka selepas berlaku pendarahan pada Khamis.
Menurut Nabil, 38, dia dan isteri reda dengan kehilangan tersebut biarpun kandungan isterinya sudah memasuki usia tiga bulan, petik laporan mStar.
Jelasnya lagi, dia mendapat tahu isteri mengandung dua minggu lalu dan keguguran turut disahkan doktor.
“Saya tahu isteri hamil dua minggu lalu dan usia kandungan pun dah masuk tiga bulan. Isteri alami pendarahan Khamis lalu dan doktor pun sahkan memang dah gugur.
“Saya dan isteri okay sahaja, kami anggap tiada rezeki kerana Allah sebaik-baik perancang. Cuma itulah anak-anak saya yang lain dah teruja nak dapat adik baru tapi sekarang dah tiada… tak mengapa mungkin ada lagi rezeki selepas ini,” katanya.
Nazirah sebelum ini ada berkongsi khabar duka itu menerusi satu hantaran di Instagram sempena sambutan ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Sementara itu Nabil menambah, ketika mengetahui tentang kehamilan isterinya itu, dia berharap untuk menimang cahaya mata lelaki memandangkan sudah mempunyai tiga anak perempuan sebelum ini.
“Saya tak kisah pun sebenarnya baby girl or baby boy cumanya saya ada juga berharap kalau boleh nak baby boy sebab tiga sebelum ini perempuan.
“Saya suka ada anak kecil kat rumah sebab yang nombor tiga pun dah masuk umur dua tahun, dah pandai main sendiri.
“Saya dan isteri pun memang planning usia jarak anak-anak kami… kiranya masa ini memang sesuai untuk anak keempat tapi tiada rezeki tak mengapa, kami okay sahaja,” ujarnya lagi.
Nabil mendirikan rumah tangga dengan Nazirah, 33, pada 30 September 2011 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Naira Mikayla, 9, Leyla Medina, 6, dan Mishall Imani, 2 tahun.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI