Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui terimbau arwah bapanya, Arshad Ibrahim ketika melakonkan satu babak dalam drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa.
Jelas Uyaina atau nama penuhnya, Shaidatul Naseha Uyaina Arshad babak tersebut secara langsung telah membuatkah hatinya tersentuh lantas meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham bapanya.
“Buat pertama kali, setelah lebih dua puluh tahun Usu akan bertemu dengan ayah dia, di penjara. Ayah yang dia sangka dah mati. Rupanya masih hidup lagi.
“Scene ni secara peribadi scene paling menyentuhkan buat Yana sebagai seorang pelakon.
“Sebab teringat dekat arwah Baba Yana sendiri. Apalah perasaan kalau dapat jumpa Arwah Baba again. Al-Fatihah buat Arshad bin Ibrahim.
“Episode 12, Perempuan Tanpa Dosa, malam ini #UyainaArshad #PerempuanTanpaDosa #UsuSakinah,” tulisnya.
Drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa turut dibintangi pelakon Kamal Adli, Uqasha Senrose, Azza Elite, Shaza Bae, Datin Fadhillah Mansor dan ramai lagi.
Drama ini bersiaran jam 10 malam, setiap hari Isnin hingga Khamis di slot Megadrama, Astro Ria dan Ria HD.
Video: Instagram Uyaina Arshad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI