Pelakon, Anzalna Nasir ada mengenang kembali fasa kanak-kanak dan awal remajanya yang terpaksa berpindah-randah sehingga ke beberapa buah negara kerana komitmen kerjaya kedua orang tua.

Jelas finalis Dewi Remaja sezaman Neelofa ini, dia mengakui sudah menetap di beberapa buah negara sepanjang tempoh tersebut.

“Throwback pictures. Merata kami membesar. Dari Johor, Canada, Melaka, Perak, Australia, Kuala Lumpur last sekali UK.

IKLAN

“Tapi cuma mama, abah and @nazirahnasir97 saja pindah sana 2 tahun.

“Bila tengok balik gambar-gambar dulu, kelakar dan rindu rasa macam nak masuk dalam gambar! hahahahhahahah #LilAnzalna,” tulis Anzalna menerusi satu posting terkininya di Instagram.

IKLAN

Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat turut memberikan reaksi selain turut memuji kecantikan ibunya.

IKLAN

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohammad Eidress pada 31 Mei tahun lalu.

Foto: Instagram Anzalna

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI