Malaysia sudah mencapai kemerdekaan yang ke-62 tahun dan kini, masyarakat di negara ini tidak mengira bangsa dan jantian kian terkikis dibelengu rasa ‘ketakutan’ dalam diri masing-masing.
Kebanyakannya cuba berusaha untuk bangkit, menjadi individu yang lebih baik berbanding sebelumnya sekaligus memberi inspirasi buat keluarga, sahabat handai serta rakan sekerja.
Ini dua kisah penuh makna, perkongsian dari hati dua warga kerja Tesco, Muhammad Zulhilmi Izuddin dan Mildred Roseline.
Meskipun keduanya mempunyai galur kisah berbeza, namun keduanya mencipta aura sama di tempat kerja menerusi semangat positif yang seterusnya membawa kepada kehidupan yang lebih bermakna.
Muhammad Zulhilmi Izuddin, 24, pemuda asal Sungai Petani, Kedah misalnya yang berhijrah ke Kuala Lumpur demi mencari rezeki.
Memikul amanah sebagai pembantu stor di Tesco Mutiara Damansara lebih setahun lalu, Zulhilmi nyata gembira dengan rutin hariannya. Lebih terinspirasi, dia bercita-cita mahu keluar dari ‘kepompong’ kemiskinan demi mencari rezeki di bandar.
“Saya hanya belajar sampai tingkatan 3 sahaja. Kawan-kawan yang lain semua belajar sampai universiti. Kemudian, saya nekad untuk datang ke KL dan ketika itu saya hanya sehelai sepinggang.
Ads
“Pada satu hari, nak dijadikan cerita, saya mencari tempat tidur, tetapi akhirnya saya kena ‘angkut’ dengan pihak berkuasa dan dimasukkan ke Kem Bina Semangat selama tiga bulan.
“Saya juga bernasib baik kerana ada pihak NGO datang membantu untuk mendapatkan pekerjaan.
“Dari situ, saya bekerja di Tesco selama setahun. Hidup ini nak kata kaya itu tidaklah, tetapi alhamdulillah selesa. Malah, keluarga pun ada di sini dan mereka banyak memberi semangat kepada saya,” katanya yang turut mencari duit poket lebih dengan menjual besi buruk.
“Dulu orang anggap saya macam besi buruk, tetapi saya tak kisah sebab besi buruk pun ada nilai dan harga,” ungkap Zulhilmi yang nyata memberi 1001 makna.
Ads
Berbeza pula ceritanya dengan seorang warga emas berbangsa Cina yang mesra disapa Mildred ini pula.
Kerjayanya bermula sebagai jururawat di sebuah hospital swasta yang sentiasa menceriakan hari-hari pesakit.
“Semasa saya berkhidmat sebagai seorang jururawat, saya suka berkomunikasi dengan pesakit. Saya gembira tengok mereka tersenyum dan saya selalu memberikan mereka kata-kata semangat dan harapan.
“Hal ini mengingatkan saya kepada anak saya, Carol dan Thomas. Mereka penghidap kanser hati dan dalam tempoh dua minggu, semuanya berakhir. Mereka ibarat ‘bidadari’ dalam hidup saya,” ujarnya.
Ads
Tetap meneruskan kehidupan seperti biasa, Mildred kini menjadi sebahagian dari keluarga Tesco dan tetap setia menceriakan rakan sekerjanya.
“Tesco adalah lokasi paling saya gemari dan pernah terlihat seorang pengurus berkelakuan baik dengan salah seorang pekerjanya.
“Apabila mereka memerlukan bantuan, pengurus berkenaan membantu. Sekali gus, ia beri kesan mendalam kepada saya,” jelasnya yang gemar mengukir senyuman buat para pelanggan demi sebuah keceriaan.
Kata orang, senyuman itu membuatkan diri tampak lebih muda dari usia sebenar dan siapa sangka wanita cekal ini sudah pun mencecah usia 72 tahun.
“Tak kisahlah kita muda atau tua, yang penting adalah semangat. Apabila saya sudah menggembirakan seseorang, itu adalah hari yang ceria bagi saya.
Hakitanya, istilah mereka itu sendiri tidak hanya berlandaskan pada sesebuah negara semata-mata, tetapi realitinya ia turut terarah kepada kebebasan individu untuk mencipta aura positif dalam diri yang seterusnya memberi manfaat dalam kehidupan orang lain.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa hari lalu, Datin Alyah ada meluahkan rasa kecewanya di salah satu posting di akaun Instagram miliknya.
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan kurang senang dengan sikap penganjur sebuah tapak jualan, sebagaimana yang dijelaskan di ruangan kapsyen.
Kongsi penyanyi yang terkenal dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang itu, sebagai seorang artis yang telah berikan komited, kecewa dengan sikap sambil lewa sesetengah pihak.
“Kepada pihak penganjur lain kali klu nak panggil artis…Harap panggil artis tu kerana nama dan commitment dia ya.
"Jgnla panggil artis tu last last minute. Dan panggil artis tu sebab nak isi booth booth kosong yg orng reject.
“Insiden yg baru saya alami smlm, benar benar mengajar saya erti tegas dlm setiap perundingan yg dibuat.
“Bukan hendak dilayan seperti RAJA tapi common-sense lah…awak panggil saya tu lepas tu awak tolak saya sana sini mcm bola," tulisnya.
Pada masa sama, isteri Datuk Ramli MS juga ada menjelaskan mengenai masalah parkir yang dialami.
“1 lagi parking….awak panggil saya ajak berniaga lepas tu tak bagi parking tak bagi masuk dlm kawasan tempat berniaga.Apakahh?
“Bila artis tak bagi commitment bising bising bagi form bg contract…Ni artis dtg bagi commitments nak bagi support.
"Tak bagi masuk yg jaga kat pintu masuk tu pon pilih kasih ada artis tertentu ja bole dibenarkan masuk….then klu mcm tu buat apa panggil saya.
“last bila saya decide tak nak berniaga lagi sbb byk sgt drama tiba tiba sticker kereta artis pon kluar…Disaat saya dah pack barang masuk kereta nak blk.
“Awak mampu pilih berapa byk artis awak nak sbb awak syarikat gergasi…Tapi klu awak ada hati perut sebagai manusia cuba fikir mcm mana orng nak berniaga dgn nak bawak barang masuk booth disuruh parking kat luar.klu dekat bolehla faham…Ni jauh dia dah mcm join larian amal.
“Saya anggap kali ni dugaan dlm perniagaan Semoga saya cekal sebagai peniaga @alyahfragrance
@eyenoonbyalyah,” tulisnya panjang lebar.
Pengacara dan personaliti media sosial, Mat Dan meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang pemandu lori yang dikatakan telah membuang sampah keluar daripada tingkapnya ketika dia sedang memandu di sebuah jalan raya di Kuala Lumpur.
Menurut Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah, perbuatan tersebut sememangnya tidak boleh diterima kerana ia boleh mengundang bahaya.
“Assalamualaikum, tak reti bahasa sungguh lori yang dekat depan saya ni, BLB 396. Dia tengah memandu di hadapan, tiba-tiba dia buang satu plastik daripada tingkap lori tu.
“Kalau tertutup saya windscreen saya macam insiden motosikal baru-baru ni macam mana? Perbuatan macam ni bahaya. Tak boleh buat macam tu,” tulisnya.
Rasa tidak puas hati itu dikongsikan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, perubahan sikap itu seharusnya bermula daripada diri sendiri dan tidak boleh hanya bergantung kepada pihak berkuasa semata-mata.
“Attitude tu sangat teruk. Selalu ambil lewa sebab harapkan DBKL yang akan buat kerja. Jadi, tiada masalah kalau buang merata-rata pun. Tak boleh berfikiran macam tu. Sampai bila nak buat macam tu?,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan pandangan yang sama selain turut berharap agar teguran Mat Dan ini dapat memberi kesedaran kepada ramai pihak.
“Saya pernah kena. Bawak kereta mahal tapi makan lepas tu buang jer polistrine makanan tu ikut tingkap kena kereta saya. Tak faham la attitude orang macam ni.
“Kebersihan itu SEPARUH dari iman.
“Betul memang banyak yang bersikap begitu tiada rasa tanggungjawab.
“Betul. Memang angin je kalau duduk belakang kereta yang duduk buang sampah main lempar keluar tingkap. Mentaliti masih di takuk lama,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Mat Dan telah mendirikan rumah tangga bersama wanita asal Terengganu Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad Zayne Tyler, 3, dan Muhammad Eydan Tyler, 1.
Mat Dan juga dikenali sebagai hos beberapa program televisyen, antaranya Haramain Backpackers dan Mat Dan Kaki Jalan, selain pernah muncul sebagai pelakon.
Sumber: Instagram Mat Dan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham mendedahkan dia dan isteri lebih selesa untuk tidak mengambil tahu mengenai jantina anak sulung mereka buat masa sekarang.
Menurut Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, dia dan isteri mahu menjadikan momen tersebut sebagai kejutan kerana ia merupakan pengalaman pertama mereka untuk bergelar ibu dan ayah.
“Buat masa sekarang, jantina belum nampak lagi. Baru-baru ini masa saya pergi check up, doktor pun kata nampak samar-samar. Doktor dah nampak tapi belum boleh sahkan.
“Saya pun sebenarnya tak nak tahu jantina anak saya. Saya nak surprise sampai usia kandungan lapan bulan nanti,” katanya kepada MH.
Penyanyi asal Tawau, Sabah itu berkata sedemikian dalam satu temuramahnya bersama MH, baru-baru ini.
Ditanya mengenai soal persediaan barangan menyambut kelahiran cahaya mata sulung, Ayie memaklumkan dia dan isteri telah pun membeli pakaian yang sesuai dipakai buat lelaki dan perempuan.
“Saya dah pun beli baju baby tapi saya beli baju jenis yang agak selamat. Beli baju yang lelaki dan perempuan boleh pakai. Warna pun lebih kurang.
“Saya inginkan anak lelaki dan isteri saya nakkan anak perempuan. Kami pun selalu bergurau mengenai soal jantina anak ini.
“Tapi ini hanyalah untuk mengeratkan lagi hubungan kami. Ini usaha saya untuk dia lupakan sekejap sakit yang dia rasa,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Ayie turut mendedahkan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk memenuhi segala kehendak isteringa ketika sedang hamil ini.
“Usia kandungan isteri saya dah masuk empat bulan. Sepanjang tempoh kehamilan ini, saya masih lagi boleh atasi mengenai soal mengidam atau emosi.
“Pernah satu hari dia mengidam nak kuih raya pukul 11 malam. Saya pun tak tahu mana nak cari. Di stesen minyak, saya jumpa tat nanas tapi nanas pula tak boleh makan.
“Kemudian, saya post di stories dan lima minit selepas itu, sepupu saya kata dia ada kuih raya. Mereka hantar di kedai saya dari Rawang. Sokongan daripada keluarga pun banyak bantu.
“Isteri saya tidaklah mengidam pelik-pelik macam nak makan sabun atau nak gigit suami. Dia lebih kepada makanan yang masam-masam. Buat masa ini saya boleh lagi handle,” akhirinya.
Sekadar informasi, Ayie dan isterinya, Tasha Awie berkahwin pada 21 Oktober 2021 selepas hampir 11 bulan mengikat tali pertunangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ayie Elham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert minggu pertama One In A Million (OIAM) yang bersiaran secara langsung dari Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad menyaksikan saingan daripada 20 peserta terbaik.