“Merdekakan Jiwa Raga,”- Sarat Inspirasi, Kisah Realiti Individu Ini Nyata Bangkitkan Aura Positif Buat Rakyat Malaysia

Share

Malaysia sudah mencapai kemerdekaan yang ke-62 tahun dan kini, masyarakat di negara ini tidak mengira bangsa dan jantian kian terkikis dibelengu rasa ‘ketakutan’ dalam diri masing-masing.

Kebanyakannya cuba berusaha untuk bangkit, menjadi individu yang lebih baik berbanding sebelumnya sekaligus memberi inspirasi buat keluarga, sahabat handai serta rakan sekerja.

Ini dua kisah penuh makna, perkongsian dari hati dua warga kerja Tesco, Muhammad Zulhilmi Izuddin dan Mildred Roseline.

Meskipun keduanya mempunyai galur kisah berbeza, namun keduanya mencipta aura sama di tempat kerja menerusi semangat positif yang seterusnya membawa kepada kehidupan yang lebih bermakna.

Muhammad Zulhilmi Izuddin, 24, pemuda asal Sungai Petani, Kedah misalnya yang berhijrah ke Kuala Lumpur demi mencari rezeki.

Memikul amanah sebagai pembantu stor di Tesco Mutiara Damansara lebih setahun lalu, Zulhilmi nyata gembira dengan rutin hariannya. Lebih terinspirasi, dia bercita-cita mahu keluar dari ‘kepompong’ kemiskinan demi mencari rezeki di bandar.

“Saya hanya belajar sampai tingkatan 3 sahaja. Kawan-kawan yang lain semua belajar sampai universiti. Kemudian, saya nekad untuk datang ke KL dan ketika itu saya hanya sehelai sepinggang.

“Pada satu hari, nak dijadikan cerita, saya mencari tempat tidur, tetapi akhirnya saya kena ‘angkut’ dengan pihak berkuasa dan dimasukkan ke Kem Bina Semangat selama tiga bulan.

“Saya juga bernasib baik kerana ada pihak NGO datang membantu untuk mendapatkan pekerjaan.

“Dari situ, saya bekerja di Tesco selama setahun. Hidup ini nak kata kaya itu tidaklah, tetapi alhamdulillah selesa. Malah, keluarga pun ada di sini dan mereka banyak memberi semangat kepada saya,” katanya yang turut mencari duit poket lebih dengan menjual besi buruk.

“Dulu orang anggap saya macam besi buruk, tetapi saya tak kisah sebab besi buruk pun ada nilai dan harga,” ungkap Zulhilmi yang nyata memberi 1001 makna.

Berbeza pula ceritanya dengan seorang warga emas berbangsa Cina yang mesra disapa Mildred ini pula.

Kerjayanya bermula sebagai jururawat di sebuah hospital swasta yang sentiasa menceriakan hari-hari pesakit.

“Semasa saya berkhidmat sebagai seorang jururawat, saya suka berkomunikasi dengan pesakit. Saya gembira tengok mereka tersenyum dan saya selalu memberikan mereka kata-kata semangat dan harapan.

“Hal ini mengingatkan saya kepada anak saya, Carol dan Thomas. Mereka penghidap kanser hati dan dalam tempoh dua minggu, semuanya berakhir. Mereka ibarat ‘bidadari’ dalam hidup saya,” ujarnya.

Tetap meneruskan kehidupan seperti biasa, Mildred kini menjadi sebahagian dari keluarga Tesco dan tetap setia menceriakan rakan sekerjanya.

“Tesco adalah lokasi paling saya gemari dan pernah terlihat seorang pengurus berkelakuan baik dengan salah seorang pekerjanya.

“Apabila mereka memerlukan bantuan, pengurus berkenaan membantu. Sekali gus, ia beri kesan mendalam kepada saya,” jelasnya yang gemar mengukir senyuman buat para pelanggan demi sebuah keceriaan.

Kata orang, senyuman itu membuatkan diri tampak lebih muda dari usia sebenar dan siapa sangka wanita cekal ini sudah pun mencecah usia 72 tahun.

“Tak kisahlah kita muda atau tua, yang penting adalah semangat. Apabila saya sudah menggembirakan seseorang, itu adalah hari yang ceria bagi saya.

Hakitanya, istilah mereka itu sendiri tidak hanya berlandaskan pada sesebuah negara semata-mata, tetapi realitinya ia turut terarah kepada kebebasan individu untuk mencipta aura positif dalam diri yang seterusnya memberi manfaat dalam kehidupan orang lain.

Published by
Amynur Akmal