Selebriti terkenal, Aliff Satar memuji semangat geng basikal ‘lajak’ yang terdiri daripada golongan anak remaja yang sama-sama mengimarahkan solat subuh di sebuah masjid di Batu Ferringhi, hujung minggu lalu.
Menurut Aliff, anak-anak muda ini mampu menjadi aset penting negara sekiranya mendapat sokongan dan dorongan yang betul.
“Geng basikal lajak ni antara yang datang Subuh pagi tadi. Depa kata ‘Kami kayuh sejam mai sini’. Alhamdulillah. Abang bangga dengan adik.
“Mereka inilah masa depan komuniti masyarakat kita. Apa yang mereka perlukan adalah galakkan dan sokongan untuk menyalurkan potensi mereka ke arah sesuatu yang lebih positif,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Ads
Katanya lagi, semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak ini selayaknya mendapat pujian dan harus dijadikan contoh.
“Kau ingat senang nak bangun sebelum subuh dan kayuh sejam naik basikal yang tiada gear? Ini menunjukkan mereka ni ada kemahuan, keinginan, semangat, dan kekuatan mental fizikal yang power. Hebat!
“Tahniah adik-adik. Teruskan! Semoga Allah SWT terima segalan amalan korang dan permudahkan urusan untuk masa depan!,” ujarnya lagi.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa bangga selain turut berharap agar persepsi negatif terhadap anak-anak muda ini dapat diubah pada masa akan datang.
“Hebat mak ayah mereka didik anak-anak. Selain usaha pihak masjid dan kariah, generasi macam ini kena jaga betul-betul.
“Semoga Aliff terus buat kebaikkan dan beri inspirasi kepada yang lain.
Ads
“Tak mustahil budak-budak basikal lajak ni nanti pula yang jalankan subuh macam jumaat. Mas itu, Aliff duduk santai je dekat kerusi malas tersenyum sorang-sorang di usia emas mengimbau kenangan manis.
“Generasi masa hadapan. Semoga Allah permudahkan urusan adik ini sentiasa,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Aliff merupakan antara selebriti yang aktif mempromosikan program ‘Subuh Macam Jumaat’ bagi menggalakkan orang ramai untuk sama-sama menjadikan solat subuh berjemaah sebagai rutin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bakal bersiaran 11 Oktober depan, program hiburan realiti Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) dihangatkan dengan penyertaan barisan penyanyi berpengalaman yang bukan calang-calang.
Mengangkat tagline ‘Mara Suara Membara’ untuk edisi terkini, GV7 bakal dianjur mengikut SOP.
Disertai oleh 14 peserta, ini dia barisan peserta GV musim terbaru yang dahulunya pernah memeriahkan dunia seni tanah air.
Enam peserta solo lelaki yang bersaing ialah vokalis kumpulan May iaitu Mus, bekas vokalis May dan Rusty Blade, Yantzen.
Turut berada di dalam senarai ialah Cliff Umar Aju, Oja dan Nomad.
Sementara senarai penyanyi solo wanita yang bakal mewarnai musim ini ialah Noraniza Idris, Rozita Izlyn, Ayu Damit, Linda Nanuwil, Ashira dan Haslinda.
Manakala dua buah kumpulan yang turut sama akan menyahut cabaran ialah Indigo dan Eva.
GV7 juga masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional.
Terdahulu, penyanyi Ayai Ilusi yang bersaing di GV musim pertama, Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5) serta Naqiu dan Hady Mirza (GV6) telah dinobatkan sebagai juara.
Konsert mingguan GV7 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Afieq Shazwan menyatakan rasa syukur apabila berjaya memiliki kereta baru jenis Honda Civic RS, baru-baru ini.
Menerusi Instagram, bintang berusia 24 tahun itu teruja kerana sekurang-kurangnya, kereta yang baru dimilikinya itu buat keselesaan ibu tersayang.
“Syukur Alhamdulillah Ya Allah atas rezekiMu yang tak terhingga, tak pernah termimpi walaupun tidaklah sehebat mana, tapi cukup memadai untuk Afieq bersama mama.
“Usaha, sabar, dan tawaqqal. Alhamdulillah Allah makbulkan jugak. Walaupun berbagai ujian tempuh sama-sama, akhirnya bahagia pun kecapi bersama,” tulisnya.
Penyanyi lagu Resah Kerinduan ini turut menitipkan dedikasi buat ibunya.
“Thank you mama, sentiasa ada di sisi dalam susah dan senang walaupun pernah rasa give up tapi mama lah penaik semangat Afieq.
“InsyaAllah more to come. Thank you semua yang sentiasa mendoakan afieq dengan mama. Semoga mama sentiasa sihat dapat tengok Apit kawin pulak,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi senior, Ramlah Ram berkongsi detik hatinya istiqamah seterusnya terbuka hati untuk mengenakan hijab lebih 10 tahun lalu.
Jelasnya Ramlah, sebagai selebriti yang telah lama terlibat dalam seni, dia lebih terdedah kepada pandangan orang ramai.
Malah, bintang yang sinonim menerusi lagu Selamat Jalan Romeo ini juga menambah, pada fikirannya mungkin amalan yang dicatatkan di bahu kirinya itu lebih hebat berbanding individu lain.
“Sewaktu pasang niat mahu berhijab, saya fikirkan sebagai selebriti berapa ramai manusia yang telah melihat aurat saya jika dibandingkan dengan orang lain.
“Saya tahu, ramai juga artis yang risau, bila berhijab tawaran mungkin kian berkurang, namun saya berpegang pada satu, rezeki itu hanya Allah yang pegang.
“Jadi, kenapa saya perlu takut bila membuat perkara baik. Ketika itu saya tekad dan alhamdulillah semuanya dipermudahkan,” jelas Ramlah yang turut mengakui, perkara ini juga terletak kepada pandangan masing-masing.
Pada masa sama, pemergian bapa tercinta turut menyebabkan dia nekad untuk terus berhijrah menutup aurat.
“Apabila arwah bapa meninggal, terus saya nekad untuk terus berhijab. Saya buat keputusan secara spontan dan tidak pernah buat pengumuman rasmi.
“Biarlah apa yang saya usahakan ini, diberkati dan biarlah Dia yang menghakimi. Kita manusia yang tidak sempurna.
“Doakan yang baik-baik buat semua, insyaAllah,” kata Ramlah.
Dalam perkembangan lain, penyanyi asal Johor ini telah melancarkan single berjudul Masar Cinta.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!