“Mereka Adalah Security Kita,”- Nourul Depp Rindu Arwah Ibu & Bapa, Throwback Memori Indah Bersama!

Share

Penyanyi Nourul Depp meluahkan rasa rindu pada arwah ibu dan bapanya.

Perkara itu dikongsikan isteri kepada Eric Daniel Depp itu di Instagramnya.

“Rindu pulak tiba2 kat arwah mak dan abah. Kasih yang tidak akan putus sampai bila bila. 

“Ibu bapa kita adalah security kita sepenuhnya. Kasih sayang yang mutlak. Macam mana pun kita, mak bapak akan terima kita dalam keadaan apa pun .

“Arwah mak pernah cakap “uda habaq la kat mak. Uda makan hati ka. Uda sedih ka? Apa apa jadi, uda akan ornag pulangkan pada mak balik.” .

“Diam ja lh. Nak kata apa. Pilihan sendiri. Walaupun tak happy, kena hadap. (Masa tu lah. 21 tahun yang lalu). Last bila dah diam, mak kata : “hang ni, taat sungguh lah. Tak tau awat hang lagu ni.

“Taat dan setia tu dari mak. Suka sengih dari abah. Kuat qeja dari mak. Suka cari duit dari abah,” tulis Nourul yang mendirikan rumah tangga dengan Eric pada jun 2012. 

Malah, menurut ibu kepada tiga orang anak ini lagi, dia turut mendedahkan sisi baik kedua arwah ibu bapanya yang mempunyai jiwa yang penyanyang.

“Arwah mak dan abah kami punyai hati yang sangat jujur. Sangat sangat baik. Sampai ornag buat macam2. Mak kata; biaq orang huat kat kita. Jangan kita buat kat orang. Masa tu tak faham. La ni faham dah. Rupanya jangan berbuat jahat kat orang tapi kita kena jaga diri kita jangan sampai jadi victim.

“Buat baik ni bawk ke mati. Memang betui. Sampai la ni sapa pun yang kenai mak bapak kami, tak kira lah orang orang besar atau macam biasa macam kita ni; akn kenang depa. Akn ingat depa. Itu satu tauladan yang takkan kami lupa,” tulis Nourul lagi. 

Dalam pada itu, Nourul juga mengagumi arwah ibunya kerana berjaya mendidik dan membesarkan anak-anaknya seramai 15 orang.

“Arwah mak kami ada 15 orang anak. Macam mana kuatnya dia menahan sakit (2 songsang) beranak tanpa epidural? .

“Mak memang ahli syurga! Uda doa siang malam. .

“Abah, kalau masa abah ada, uda dah jadi sapa uda la ni, uda mesti masa tu jaga abah supya orang tak buli abah. . (Part ni lap ayaq mata laju2. Maid masuk bilik buat qeja! Potong stim aku lah hang ni ruby!) .

“Al fatihah buat arwah salmah ibrahim dan ab wahab bin hj ab raof . Tempt kan mereka berdua di jannah mu ya Allah. Mereka ibu bapa ku yang mendidik ku dnegan baik sehingga menjadi kan siapa aku hari ini .

“Cer cerita kat bawah apa tunjuk ajar yang mak ayah hangpa pesan atau ajaq yang bawak seribu makna dan merubah kehidupan you all. .

“Ingat, akaq (akar) kita itu adalah siapa kita. Itu tak akan merubah siapa kita dalam apa hal sekali pun. Kecuali melupakannya.

Dalam perkembangan lain, Nourul kini sedang menanti detik kelahiran cahaya mata keempat, Isabella Depp yang kini berusia 38 minggu kandungan.

Foto : instagram Nourul Depp

Published by
Amynur Akmal