Pelakon, Abby Abadi ada berkongsi beberapa kaedah bagaimana dia mendidik anak-anak peremuannya untuk sentiasa mendekatkan diri dengan agama dan mementingkan mengenai aspek penjagaan aurat.
Jelas Abby, setiap anak-anak wajib didedahkan dengan didikan agama sejak diperingkat bayi bagi memupuk rasa cinta dan sayang mereka terhadap Allah S.W.T.
“Didikan awal. Kenalkan anak perempuan kita dengan ALLAH sejak baby lagi. Ada yang tanya pada saya macam nana saya didik anak-anak perempuan boleh bertudung/menutup aurat seawal usia.
“Serba sedikit yang saya boleh kongsikan, jika nak anak perempuan kita berjaya di dunia dan akhirat, wajib kita sebagai Umat ISLAM perkenalkan ALLAH kepada anak kita seawal baby lagi.
“Bagaimana caranya? Bila tidurkan anak, dodoikanlah anak dengan zikir, selawat, dan lagu-lagu nasyid yang memuji ALLAH. Apabila selalu disebut dan didengarkan dengan nama-nama ALLAH, anak perempuan kita akan mengenali dan mencintai ALLAH,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Gerak Khas The Finale itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Abby turut menasihati para ibu bapa untuk mendedahkan anak-anak mereka dengan cara pemakaian yang sopan agar perkara tersebut menjadi kebiasaan
“Pakaikan anak perempuan kita dengan pakaian yang sopan sejak kecil. Seawal anak kita kecil lagi, elakkan dari memakaikan baju yang keterlaluan.
“Ajar anak kita untuk memakai baju berlengan panjang. Nanti bila anak semakin besar, mereka akan malu sendiri untuk berpakaian seksi.
“Menutup aurat /Bertudung boleh mula ajar anak untuk bertudung sedari kecil, tiada masalah tapi jangan terlalu memaksa,” jelasnya lagi.
Ads
Katanya lagi, Allah akan sentiasa permudahkan jalan sekiranya para ibu bapa tidak berhenti berusaha untuk memberikan didikan yang terbaik buat anak-anak mereka
“Paling penting, hantar ke sekolah yang baik dan memberi pendidikan dunia akhirat juga.
“Sebab akan jadi rutin anak-anak bila sentiasa belajar tentang ALLAH, Muhammad & ISLAM. Akan terbentuklah peribadi Umat Muhammad.
“Inshaallah bila kita usaha sebaik dan semampu kita, ALLAH akan permudahkan dan bagi jalan,” ujarnya lagi.
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluah rasa syukur selain turut berterima kasih buat Abby diatas perkongsian tersebut.
Terdahulu, Abby pernah berkahwin dengan pelakon, Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Abby kemudian mendirikan rumah tangga bersama Faizal pada 14 Ogos 2015.
Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang pada tahun 2019, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Sumber: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara terkenal, Azwan Ali atau lebih sinonim dengan sapaan Diva AA ada memuat naik satu rakaman video di laman media sosial Twitter miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan bekas hos itu sedang membuat persiapan untuk memasak Gulai Rendang dan ia turut kepada pelanggan yang telah membuat tempahan, Sabtu depan.
Dalam pada itu, Diva AA tidak dapat menahan sebak apabila teringatkan kenangan bersama arwah ibunya, Hajah Che Tom Yahaya.
Pada masa sama, Diva AA menjelaskan menu tersebut adalah resepi yang diperturun oleh arwah ibunya.
“Alhamdulillah ya, tengah sediakan bahan-bahan asas untuk menumis rendang chef Diva yang diorder oleh berbillion-billion great followers dan akan dihantar pada Sabtu ni.
“Rendang chef Diva AA ni belajar daripada arwah Mak Tom ya tapi arwah dah tak ada pun.
Lantas, perkongsiannya turut undang rasa sebak di kalangan wargamaya yang menonton rakaman video berkenaan.
Untuk rekod, Allahyarhamah ibu Diva AA meninggal dunia pada usia 82 tahun dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Damansara, 18 Februari 2017.
Video: Twitter Azwan Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid ada menyuarakan pendapat mengenai ilmu pengetahuan.
Mawar yang kini sudah menceburi dunia perniagaan kosmetik berkata menerusi Instagram, adalah sangat penting untuk menimba ilmu, tidak kira apa jua bidang diceburi.
“KITE KENE CARI ILMU MACAM KITA KENE MANDI!! KENAPA MACAM MANDI?”
“Kalau kita x mandi, lama2 nantikan akan jd busukTAPI, Kalau kita mandi, baru la kita rasa FRESH, RASA WANGI, and rasa BERSEMANGAT. Betul tak?
“Sama macam ilmu, kita kene sentiasa mencari, and kalau nak repeat belajar ilmu sama, EVEN BETTER! Sebab apa yg kite blajar hritu, belum tentu kita dapat 100% kan?
“And bila kita BELAJAR, SEMANGAT TU AKAN JDI LAIN MACAM TAU. SEBAB DENGAN ILMU NI LAH YANG AKAN MEMBAWA KITE MENCAPAI MATLAMAT KITA! And belajar lah banyak2 please.
“Baru la ILMU kita akan FRESH, nak deliver ILMU pun jadi lebih BERSEMANGAT,” katanya.
Terdahulu, Mawar dan suaminya telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael.
Pasangan ini juga dijangka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pergorbanan dan kasih sayang tetap berterusan demi anak tercinta. Itu yang dilalui oleh bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Abd. Karim yang nyata kuat dan reda atas ketentuanNya.
Mungkin masih ada yang tidak mengenali dengan usahawan yang bernama Mawar ini.
MH sediakan trivia menarik mengenai Mawar yang mungkin tidak diketahui ramai.
1.Nama sebenarnya Mawar Abd. Karim dilahirkan pada 5 Jun 1990 dan merupakan anak jati Pulau Pinang.
2.Mawar merupakan anak kepada usahawan perniagaan tudung yang terkenal, Fareeda dan legasi perniagaan turut diteruskan ibu tunggal ini.
3.Sebelum ini, Mawar pernah mencuba nasib model muslimah dan pengacara sebelum menceburi dalam bidang keusahawanan sebagai pengurus pemasaran jenama tudung Fareeda secara serius.
4.Mawar semakin dikenali apabila dia telah mendirikan rumah tangga bersama seorang pelakon yang juga finalis Hero Remaja, Fizo Omar pada 10 November 2013. Keduanya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam pada 29 Disember 2017.
5.Sebelum Mawar bergelar seorang ibu, dia dilaporkan pernah menghidap penyakit ‘Endometriosis’ atau lebih sinonim dengan nama ‘Cyst’ iaitu sejenis penyakit yang berkaitan sistem reproduksi wanita.
Lalu, Mawar telah menjalani pembedahan pembuangan Cyst setahun sebelum dia disahkan hamil oleh doktor, seperti yang dipetik Majalah Nona.
6. Pada tahun 2016, perniagaan tudung Fareeda milik Mawar pernah menjadi tular di laman media sosial gara-gara hampir 2000 pengunjung telah menyerbu butik tudung tersebut yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor.
7. Aktif di laman media sosial, Mawar gemar berkongsi gambar dia bersama anaknya dan sehingga kini Mawar telah mempunyai 780 ribu pengikut.
8.Mahligai cinta yang dibina oleh Mawar telah menemui noktah apabila dia dan suaminya telah disahkan bercerai pada 10 Julai lalu kira-kira jam 10.50 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.