
Pasangan selebriti popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana dikhabarkan melangsungkan pernikahan, hari ini.
Menurut sumber, pasangan itu mengadakan majlis pernikahan di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak.
“Mereka bakal berkahwin petang ini. Majlis pernikahan akan diadakan di kampung Mimi di Taiping,” katanya, lapor Harian Metro.
Majlis Tertutup
Menurut sumber, majlis pernikahan itu dilaporkan berlangsung secara tertutup tanpa mahu diketahui pihak media atau orang luar.
“Saya dengar tetamu yang hadir tidak dibenarkan membawa telefon bimbit kerana enggan pernikahan mereka mendapat perhatian,” katanya.
Lebih menguatkan spekulasi itu, Mimi memuat naik foto di Instagram memaparkan tangannya yang sudah disarung cincin bersama tangan lelaki dipercayai Syafiq.
Selain disertakan dengan emoji hati dan cincin, Mimi turut memuat naik gambar dia berpelukan bersama Syafiq.
Luah Kata Si Ibu
Selain itu, ibu Syafiq iaitu Rohaya Sulaiman turut memberi bayangan terdapat sesuatu yang bakal berlaku menerusi perkongsian di Instagram Story.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan kami,” katanya.
Terdahulu, Syafiq dalam satu temubual di sebuah stesen radio mengakui sudah menakluk hati Mimi Lana dan kini hanya menanti masa yang sesuai untuk meneruskan hubungan mereka.
Sebelum ini Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis itu dibatalkan.
Tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI