Aktres Nora Danish menganggap hantaran Insta Story rakan selebriti Zarina Anjoulie yang secara terbuka menyatakan rasa rindu terhadap bekas suaminya Nedim Nazri sebagai luahan seorang sahabat.

Menurut Nora, sejak Nedim dirawat di hospital, ramai kenalan yang turut perihatin dan mengambil berat tentang keadaan kesihatan bekas suaminya itu.

“Mereka Berkawan Lama Malah Sebelum Kehadiran Saya Lagi…,” – Nora Danish Ulas Insta Story Anju Pada Nedim, Respon Dakwaan Tinggal Serumah Dengan Bekas Suami

“Mereka sebenarnya sudah berkawan lama malah sebelum kehadiran saya lagi. Keduanya sudah macam kawan rapat. Saya tiada masalah dengan Zarina Anjoulie. Hubungan kami baik.

“Bila Anju berkongsi hantaran tersebut, saya anggap seperti seorang kawan yang merindui sahabatnya. Ditambah pula Nedim sedang sakit ketika itu. Malah, memang ramai yang merindukan Nedim.

“Jika hantaran tersebut mempunyai niat yang lebih pun, saya tak kisah,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama rantaian Perang Nasi Dagang di Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala lumpur, pada Selasa.

Ads

Pada masa sama, pelakon filem Polis Evo 3 ini turut mengulas mengenai hantaran di media sosial yang menafikan dakwaan dirinya kini tinggal sebumbung dengan Nedim.

“Mereka Berkawan Lama Malah Sebelum Kehadiran Saya Lagi…,” – Nora Danish Ulas Insta Story Anju Pada Nedim, Respon Dakwaan Tinggal Serumah Dengan Bekas Suami

“Itu komen yang tidak baik. Ramai yang DM saya untuk bercakap hal ini. Yang buat saya tambah kesal, mereka yang bercakap itu adalah kawan-kawan.

“Ketika Nedim sakit, kami baru bercerai secara baik. Saya pula menjaga Nedim di hospital. Kami sudah hidup bersama hampir 11 tahun dan kami sudah biasa bersama. Kalau dia sakit selama ini, memang saya yang jaga.

Ads

“Bila saya jaga Nedim, ada pula yang kata kami sudah kembali bersama. Ditambah pula saya sudah berhijab, mereka buat persepsi sendiri.

“Ada kata kami sudah rujuk dan tinggal sebumbung. Sebab itu saya perlu memberikan kenyataan tersebut,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan dirinya kini mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap proses hijrah dan belum berfikir soal jodoh.

“Mereka Berkawan Lama Malah Sebelum Kehadiran Saya Lagi…,” – Nora Danish Ulas Insta Story Anju Pada Nedim, Respon Dakwaan Tinggal Serumah Dengan Bekas Suami

Ads

“Ramai yang doakan agar kami kembali bersama tapi buat masa sekarang, itu bukan hal yang saya fikirkan. Saya kini mahu fokus dengan penghijrahan saya.

“Sesuatu keputusan yang saya buat bukan mudah. Saya sudah fikirkan terlalu lama. Bila keputusan itu dibuat saya akan pastikan itu adalah hal yang saya inginkan.

“Namun, kita tak tahu apa jadi pasa masa hadapan. Kalau Allah kata itu jodoh saya, saya terima. Saya pun tidak mahu beriya-iya katakan tidak. Buat masa ini saya tetap dengan keputusan saya,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI