Juri tetap All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Ramli MS dan Datuk Syafinaz Selamat menyifatkan persembahan kurang mantap daripada dua peserta, Suki Low dan Cliff Umar menjadi faktor yang membawa kepada penyingkiran mereka di ASGV, malam tadi.

Suki Low dan Cliff Umar berada di kedudukan dua tercorot dalam kalangan 16 bintang bersaing, masing-masing dengan markah sebanyak 56.25% dan 53.25%.

Mengulas mengenai penyingkiran itu, Syafinaz berkata, Suki Low misalnya membuat persembahan yang tidak menyeluruh.

“Mereka Boleh Menyanyi Cuma…, – Dua Sekali Gus Terkeluar; Ramli MS, Syafinaz Ulas Penyingkiran Suki Low & Cliff Umar “Mereka Boleh Menyanyi Cuma…, – Dua Sekali Gus Terkeluar; Ramli MS, Syafinaz Ulas Penyingkiran Suki Low & Cliff Umar

“Mungkin pemilihan lagu kurang tepat untuknya. Bagi saya, dia berjaya sampaikan lagu tersebut namun ada beberapa bahagian yang sebaliknya. Jadi ia tidak menyeluruh bila dia menyanyi.

“Sebab kita sedia maklum, mereka semua memang boleh menyanyi. Cuma bila di dalam pertandingan, dia punya level lain, expectation berbeza.

Ads

“Kalau menyanyi setakat untuk menghiburkan para  peminat, saya rasa ia agak sukar buat mereka untuk berada pada kedudukan teratas. Sebab ia bukan hanya untuk peminat semata tetapi kena puaskan hati ramai pihak,” katanya kepada MH.

Sementara itu, Ramli MS pula melihat daripada sudut kesungguhan di dalam pertandingan.

“Kesungguhan di dalam pertandingan dia macam… semua nak, macam orang tamak. Pertandingan memang macam tu, mahu bagus dan nak itu nak ini.

“Tapi saya agak puas hati dengan kebanyakan peserta kerana banyak yang pamerkan kesungguhan. Malam ini sudah sudah tentu lebih baik berbanding minggu sebelumnya” katanya.

Ads

“Mereka Boleh Menyanyi Cuma…, – Dua Sekali Gus Terkeluar; Ramli MS, Syafinaz Ulas Penyingkiran Suki Low & Cliff Umar “Mereka Boleh Menyanyi Cuma…, – Dua Sekali Gus Terkeluar; Ramli MS, Syafinaz Ulas Penyingkiran Suki Low & Cliff Umar

Terdahulu, kejutan apabila dua nama bintang itu diumumkan sebagai peserta awal yang tersingkir pada saingan minggu kedua ASGV)

Nama mereka diumumkan sejurus segmen Ada Lagu Ada Lagi yang bersiaran secara langsung di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi.

Penyanyi Singapura, Hady Mirza muncul sebagai peserta yang menduduki markah paling tinggi dalam kalangan 16 peserta bersaing iaitu dengan 79.00 peratus.

Ads

Tempat kedua dan ketiga diraih Jaclyn Victor dan Azharina dengan masing-masing sebanyak 75.50 peratus dan 74.50 peratus.

Berikut ialah senarai markah penuh semua peserta bertanding;

“Mereka Boleh Menyanyi Cuma…, – Dua Sekali Gus Terkeluar; Ramli MS, Syafinaz Ulas Penyingkiran Suki Low & Cliff Umar

“Mereka Boleh Menyanyi Cuma…, – Dua Sekali Gus Terkeluar; Ramli MS, Syafinaz Ulas Penyingkiran Suki Low & Cliff Umar

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI