Baru-baru ini, tular sepotong video di media sosial yang memaparkan gandingan pengacara Sugeeta Chandran dan Syira yang dikatakan tidak pandai menyiang ikan ketika program, Wanita Hari Ini (WHI) sedang bersiaran secara langsung.
Video berkenaan secara tidak langsung telah menimbulkan perdebatan hangat para netizen di media sosial.
Terbaru, pelakon yang juga merupakan salah seorang pengacara WHI, Uyaina Arshad tampil memberikan responnya berhubung isu melibatkan rakan pengacaranya itu.
Jelas Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, dia bersyukur kerana suami dan ibu mentuanya tidak kisah mengenai kebolehannya melakukan kerja-kerja di dapur.
“Sejak pasal kes siang ikan Wanita Hari Ini (WHI) viral, saya nak cakaplah sikit. Mak mentua dan suami saya juga paling chill.
“Tak pernah kisah saya pandai siang ikan ke tak sebab masa beli dekat pasar sudah siap suruh siang. Benda boleh senang buat apa nak susah,” tulisnya.
Ads
Sementara itu, Uyaina turut mendedahkan setiap hos WHI harus menyahut setiap cabaran yang telah dirancang oleh pihak penerbit.
“Kalau anda tengok WHI, kita memang ada Host Challenge. Macam-macam cabaran ‘producer of the day’ kita akan bagi dekat host secara spontan.
“Antaranya kena siang ikan, tumbuk sambal belacan, teka sayur-sayuran dan macam-macam lagi.
Ads
“Dan siaran kami memang live. Bukan rakaman. Jadi apa sahaja yang terjadi masa siaran langsung tu, layankan sahaja,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, pelakon drama Love Elsa ini juga turut berharap agar semua pihak berhenti mengecam rakan-rakan pengacaranya itu.
“Ada perempuan tak reti make up, lipat kain, siang ikan, potong ayam serta tak kenal sayur dan ikan.
Ads
“Untuk kedua-dua hos itu, bukan mereka bangga. Tapi mereka hanya menjalankan tugas dengan buat cabaran tersebut,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, Uyaina juga berharap agar kaum adam tidak mudah mempertikaikan para wanita kerana setiap individu mempunyi kelebihan dan kekurangan mereka sendiri.
“Tapi relax la kaum lelaki. Dalam kalangan kaum lelaki pun ada je yang tak reti tukar tayar kereta,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Uyaina telah mendirikam rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Raja Syahiran pada tanggal 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arsyad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Ayda Jebat yang diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) menerusi kostum Betta Fish yang dipakainya.
Membawakan lagu Titanium nyanyian asal David Guetta ft Sia, Betta Fish berjaya menewaskan kemaraan empat maskot lain untuk bergelar juara.
Untuk segmen kedua duet bersama artis jemputan pula, Betta menyampaikan lagu berjudul Salam Terakhir bersama Marsha Milan.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat membawa pulang hadiah sebuah trofi seperti mana mengikut format negara-negara lain.
Tempat kedua dimenangi oleh Nyoq Muda atau Syamel manakala kostum Piza Panas yang dipakai oleh Han Byul menduduki tempat ketiga.
Dewi Angsa iaitu Mimi Fly di tempat keempat danBrokoli yang disarung Hael Husaini di kedudukan kelima.
Sementara itu, Ayda di Instagram berkongsi dedikasi kemenangannya.
“Sayalah Betta Fish. Alhamdulillah! Betta Fish nombor syahtu. Tried my best to kelirukan juri and penonton berminggu-minggu dengan macam-macam jenis suara dan character.
“Berjaya! I love you Betta Fish! Thank you semua,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Di dalam hantaran sama, penyanyi lagu Mata itu turutmenunjukkan cara memakai kostum berkenaan dan turut dilihat sebak hingga menitiskan air mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tersentuh hati tatkala menyertai majlis berbuka puasa bersama anak-anak Pusat Jagaan Mesra, Shakilla Khoriri mengakui emosinya terganggu mendengar perjalanan kisah hidup anak-anak kecil ini.
Sedar selama ini, dia tidak mensyukuri apa yang dimiliki sebaliknya kerap mengeluh kekurangan.
“Walau sederhana tetap meraikan.
Walau ada suka pasti terselit duka.
Walau tiada persedian tetap berkongsi rasa.
“Semoga anak2 yang dirai berjaya dan menjadi anak yang baik2 kelak.
Emosi2 mak2 i tergangu bila ada anak2 yang berkongsi pengalaman hidup.
Bodohnya aku jika hari ni aku masih tak syukur dengan apa yang aku ada walau tiap kali pun aku mengeluh kekurangan.”
Tambahnya lagi, pengalaman ini membuatkan dia sedar, dalam rezeki yang dimiliki sebenarnya ada hak insan lain.
“Betul lah orang cakap.
Rezeki yang ada pada kita bukan milik kita seorang walaupun kau kerja siang malam.
“Hidup ni bukan untuk kita ketawa dan merai kebahagian dengan orang yang kita sayang tapi ia milik orang yang kita tak kenal juga.
Semoga Allah lindungi semua anak2 yang kurang bernasib baik.Insyallah.