Hiburan

“Mereka Bukan Bangga Tapi…,” – Didakwa Tak Reti Siang Ikan, Uyaina Arsyad Back Up Rakan Hos

Share

Baru-baru ini, tular sepotong video di media sosial yang memaparkan gandingan pengacara Sugeeta Chandran dan Syira yang dikatakan tidak pandai menyiang ikan ketika program, Wanita Hari Ini (WHI) sedang bersiaran secara langsung.

Video berkenaan secara tidak langsung telah menimbulkan perdebatan hangat para netizen di media sosial.

Terbaru, pelakon yang juga merupakan salah seorang pengacara WHI, Uyaina Arshad tampil memberikan responnya berhubung isu melibatkan rakan pengacaranya itu.

Jelas Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, dia bersyukur kerana suami dan ibu mentuanya tidak kisah mengenai kebolehannya melakukan kerja-kerja di dapur.

“Sejak pasal kes siang ikan Wanita Hari Ini (WHI) viral, saya nak cakaplah sikit. Mak mentua dan suami saya juga paling chill.

“Tak pernah kisah saya pandai siang ikan ke tak sebab masa beli dekat pasar sudah siap suruh siang. Benda boleh senang buat apa nak susah,” tulisnya.

Sementara itu, Uyaina turut mendedahkan setiap hos WHI harus menyahut setiap cabaran yang telah dirancang oleh pihak penerbit.

“Kalau anda tengok WHI, kita memang ada Host Challenge. Macam-macam cabaran ‘producer of the day’ kita akan bagi dekat host secara spontan.

“Antaranya kena siang ikan, tumbuk sambal belacan, teka sayur-sayuran dan macam-macam lagi.

“Dan siaran kami memang live. Bukan rakaman. Jadi apa sahaja yang terjadi masa siaran langsung tu, layankan sahaja,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, pelakon drama Love Elsa ini juga turut berharap agar semua pihak berhenti mengecam rakan-rakan pengacaranya itu.

“Ada perempuan tak reti make up, lipat kain, siang ikan, potong ayam serta tak kenal sayur dan ikan.

“Untuk kedua-dua hos itu, bukan mereka bangga. Tapi mereka hanya menjalankan tugas dengan buat cabaran tersebut,” ulasnya lagi.

Dalam pada itu, Uyaina juga berharap agar kaum adam tidak mudah mempertikaikan para wanita kerana setiap individu mempunyi kelebihan dan kekurangan mereka sendiri.

“Tapi relax la kaum lelaki. Dalam kalangan kaum lelaki pun ada je yang tak reti tukar tayar kereta,” kongsinya lagi.

Sekadar informasi, Uyaina telah mendirikam rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Raja Syahiran pada tanggal 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arsyad

Published by
Aizam Manaf