Bintang media sosial, Syahmi Sazli dan dua pelakon istimewanya, Yoe dan Asif muncul pertama kali di kaca televisyen menerusi program MeleTOP malam tadi.
Berkongsi pengalaman mengadakan pengambaran dalam Drama Spontan yang menjadi trending pada masa kini, Syahmi gembira dan selesa berlakon bersama Yoe dan Asif.
“Ketika pengambaran, kami secara spontan melakukan aksi tersebut. Cumanya kami ada pelakon normal untuk mengawal Yoe dan Asif.
“Antara pelakon normal (perempuan) iaitu Wani dan Anissa.
“Sebelum itu, kami sesuaikan diri dan berkenalan sebelum memulakan pengambaran,”kata Syahmi yang juga merupakan pengarah Drama Spontan.
Drama pendek yang popular di Youtube ini dilakukan secara spontan dan tanpa menggunakan skrip.
“Mereka (Yoe dan Asif) tak pernah beri idea dalam Drama Spontan ini, tetapi yang bagusnya mereka berikan imput yang banyak dan secara automatik babak tersebut menjadi lebih kelakar dan mencuit hati
“Ketika dalam perancangan sehari sebelum itu, apa yang kami shoot itu tak menjadi, tetapi mereka berjaya buat babak itu lebih kelakar ketika sedang shooting,” jelas Syahmi.
Disoal mengenai perbandingan antara kedua-dua pelakon ini, Syahmi menjawab jujur.
“Seperti Yoe, dia ikut que, tapi macam Asif dia main ‘jalan’ je.
“Tapi gabungan kedua-dua mereka ini yang melakukan secara spontan menjadikan drama itu lebih ceria dan mencuit hati,” kongsi Syahmi lagi.
Untuk rekod, Drama Spontan meraih dua juta tontonan dalam masa dua hari selepas dimuat naik di Youtube menerusi drama baru episod 12: Ashrul atau Ashley?
Video : Youtube MeleTOP
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI