“Mereka Kahwin Ketika PKP Dilaksanakan,” – Haqiem Rusli & Isteri Serikan Majlis Resepsi 8 Pasangan Raja Sehari

Share

Meraikan cinta, penyanyi Haqiem Rusli dan isteri, Anis Sofea sama-sama menghargai lapan pasangan pengantin yang telah selamat diijabkabulkan ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Lapan pasangan mempelai yang diraikan itu menerima tajaan baju pengantin eksklusif Hasnuri di dalam majlis Mahligai Cinta Hasnuri bersempena dengan ulang tahun kelapan jenama pakaian berkenaan.

“Lapan pasangan pengantin bersama ‘bridesmaid’ turut menerima tajaan baju pengantin eksklusif tajaan kami. Majlis gilang-gemilang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran ‘top dropship’ seluruh Malaysia dan keluarga staf.

“Tak dilupakan majlis diserikan dengan artis jemputan, Haqiem Rusli dan isterinya, Anis Sofea. Lapan pasangan pengantin diraikan juga memberi simbolik angka lapan tahun penubuhan jenama ini.

“Mereka berkahwin ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sebelum ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Hasnuri, Mohd Hasbullah Awang@Hassan.

Hasnuri merupakan jenama yang menjual rangkaian pakaian serta keperluan harian termasuk baju kurung, baju Melayu, Kurta, pakaian kanak-kanak, tudung, telekung, baju kurung dan kerongsang.

Ia ditubuhkan oleh pasangan suami isteri Has (Hasbullah Awang) dan Nuri (Nuriah Zakaria) sejak 2014.

“Kami percaya setiap apa yang kita beli atau guna itu memberi nilai sentimental. Begitu juga cara kami menjalankan perniagaan dengan menyemarakkan rasa cinta.

“Macam anda melihat seseorang memakai kereta mewah dilihat hebat dan berkarisma. Begitu juga saat memakai jenama kami, timbul rasa kecintaan.

“Koleksi raya tahun ini kami mengenakan tema warna sedondon. Kalau belikan untuk ibu bapa atau seisi keluarga baju raya sedondon, seperti mengalir cinta dan kasih sayang kita kepada mereka,” kata Nuri.

Nuri menambah, Mac bukan saja bulan ulang tahun perkahwinan mereka.

“Butik pertama kami juga dibuka pada bulan Mac 2014. Saya dan suami juga mengimbangi hidup dengan menitik beratkan hal kerohanian seperti membaca Al-Quran dan solat berjemaah sesama pasukan kerja.

“Kami juga mengagihkan zakat kepada 24 buah sekolah di Pasir Gudang dan juga Kota Tinggi. Kerja pasukan kami juga dibina atas sikap percaya sesama sendiri. Kami berniaga bukan sekadar nak kaya sendirian, tapi nak pastikan kaki tangan dan dropship juga beroleh rezeki banyak.

“Seterusnya dapat membina keluarga dan membantu sesama mereka dengan berkongsi rezeki atau gaji setimpal. Apa kami tekankan jangan lupa tanggungjawab sebagai orang Islam dan berbakti kepada ibu bapa,” katanya lagi.

Lebih membanggakan, mereka juga berjaya menjual lebih satu juta pasang baju kurung pasang siap tahun lalu.

“Raya bakal tiba tahun ini, kami mahu sasarkan jualan lebih 2 juta pasang. Hingga kini, kami ada 60,000 ‘dropship’ di seluruh negeri dan mahu lahirkan 1000 jutawan sebelum 2030,” kata Has.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH