Selebriti versatil, Zulin Aziz ada memuat naik klip video pendek yang secara umum memaparkan antara kisah yang berlaku dalam hidupnya.
Kini tampil lebih segar menawan, Zulin menerusi ruangan kapsyen pada posting tersebut antara lain mengakui ada pihak yang dahulunya tertawa selain memperlekeh terhadap apa yang diusahakan.
Malah jelas Zulin lagi, kegagalan masa lalu membuatkannya lebih bersemangat untuk terus bangkit.
“Mereka ketawakan kisah hidup saya. Mereka mempersendakan dan memperlekehkan tiap apa yg saya usaha.
“Sakit mcmanapun saya sendiri cari penawarnya.Dengan kegagalan masa lalu membuatkan saya lebih bersemangat untuk bangkit dan mulakan hidup baru.
Ads
“Kalau saya boleh,ada 1000 kali mampu. Lupakan kisah lalu, Magia masa depanmu,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat turut memberikan reaksi terhadap klip yang berkongsi keratan kisahnya perihal teman hidup itu.
Malah, Zizan Razak dilihat turut memberikan komen sarat motivasi terhadap rakan selebritinya itu.
Ads
Zizan menyifatkan setiap usaha yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil.
Dalam perkembangan lain, fizikal Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz kini dilihat kian ramping dan sedang dalam usaha untuk mencapai misi berat badan impiannya iaitu 50 kilogram.
Foto: Instagram Zulin Aziz, Rizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sempena hari Jumaat yang penuh barakah, ibu kepada pelakon cantik Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff ada menitipkan ucapan tahniah dan rasa syukur atas pengumuman anak serta bakal menantu, Aiman Hakim Ridza yang bakal mendirikan rumah tangga Februari depan.
Terdahulu, pengumuman tersebut telah dibuat dua bintang berkenaan beberapa hari lalu. Bagaimanapun, tarikh tetap belum lagi diputuskan.
“Salam Jumaat. Syukur Alhamdullilah, Semuanya dgn izin Allah. Kalau dah jodoh tu tak kemana.
“We are so happy for both of you. Perfect match! Kami sekeluarga mendoakan semoga di permudahkan segala urusan dan jodoh kalian kekal hingga ke jannah.
“Insyallah @zahirahmacwilson @aimanhakimridza love you both to bits,” tulisnya yang disertakan dengan pautan video pengumuman nikah itu.
Terdahulu, pasangan selebriti berkenaan mengikat tali pertunangan Jun lalu di Perth, Australia. Pendedahan mengejut itu dibuat Zahirah dan Aiman apabila masing-masing memuat naik foto indah momen tunang di Instagram masing-masing.
Sementara itu menerusi sidang media yang dibuat, pasangan ini menyatakan setakat ini majlis hanya akan diraikan di Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Maslinda, Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas hampir 12 tahun mencuba nasib menyertai pelbagai program nyanyian, penyanyi Farhan Mustapha memanjatkan rasa syukur selepas dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024.
Menurut Farhan, pada mulanya, dia agak fobia kerana perjalanannya di program nyanyian sering kali terkandas di pusingan separuh akhir.
“Saya sudah menyertai pelbagai program pertandingan nyanyian di televisyen. Misalnya pada tahun 2012, saya masuk Bintang RTM namun, tersingkir di separuh akhir.
“Saya kembali ke Bintang RTM pada 2014, tetap juga tersingkir di separuh akhir.
“Bila sertai Akademi Fantasia 2015, saya tak lepas konsert prelude. Masuk Mentor Millennia, tersingkir pula di minggu pertama dan Gimme The Mic ini adalah momen saya.
“Sejujurnya pada minggu separuh akhir, saya risau. Bimbang badi separuh akhir berulang. Bila dapat ke final dan bergelar juara, saya memang bersyukur,” katanya sepada MH.
Penyanyi berusia 28 itu berkata sedemikian ketika ditemui sejurus final Gimme The Mic Malaysia di Auditorium CIDB, Cheras pada Ahad.
Pada masa sama, Farhana lega kerana berjaya menampilkan persembahan terbaik meski berdepan masalah kesihatan.
“Sejujurnya saya memang tidak menjangkakan langsung akan bergelar juara. Semua yang bertanding malam ini hebat belaka.
“Sebenarnya, pada malam ini, saya tidak berapa sihat. Saya baru sahaja pulih daripada demam Influenza A.
“Sebelum buat persembahan, suara saya sejujurnya memang sudah pecah. Saya cuma buat yang terbaik dan mungkin ini anugerah Tuhan,” ujarnya lagi.
Farhan menambah, kejayaannya ini adalah hasil berkat kesabaran selama ini walau ada pihak yang ragui akan kemampuannya.
“Sebelum ini, saya pernah sertai sebuah syarikat rakaman. Mungkin mereka tak nampak bakat dan menghargai saya.
“Apa yang saya dapat malam ini, mungkin berkat kesabaran saya selama ini. Pada saya, kunci kejayaan adalah sabar,” kongsinya.
Ditanya mengenai kekuatan semangatnya yang tidak pernah menyerah untuk terus membuktikan kemampuan sebagai penyanyi, Farhan akui keluarga menjadi semangat terbesar.
“Apa yang saya buat ketika ini adalah untuk menyambung legasi arwah bapa. Kerana itu, saya tidak putus asa.
“Saya yakin pada rezeki. Itu yang membuatkan saya terus bertahan.
“Sepanjang 12 tahun ini, keluarga yang menjadi sumber kekuatan saya. Kini saya sudah berkahwin, isteri dan anak juga semangat saya,” akhirnya.
Terdahulu, Farhan telah dinobatkan juara Gimme The Mic Malaysia sekali gus membawa pulang hadiah keseluruhan lebih RM29,000.
Farhan juga bakal mengetuai cabaran bersama lima pemenang Grand Six yang lain untuk mewakili Malaysia bertanding di Gimme The Mic Global bersama peserta-peserta antarabangsa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti mengharapkan mahligai cinta yang dibina kekal bahagia dan harmoni sehingga ke akhir hayat.
Namun, jika sudah suratan tidak mustahil perceraian boleh berlaku.
Sebagai wanita yang pernah berdepan dengan situasi kegagalan rumah tangga, Lufya Omar memberikan pandangan berkaitan soal maruah dan aib dalam rumah tangga.
Kongsinya, setiap pasangan yang sudah berkahwin sebaiknya menjaga maruah antara satu sama lain dan tidak membuka aib pasangan bersama orang lain.
Bagaimanapun dalam perkembangan semasa dia melihat situasi tersebut ketika ini.
“Saya akui bila kita banyak bermain media sosial, itu adalah satu masalah kepada kaum wanita. Apabila seseorang itu memegang telefon dalam keadaan yang beremosi, dia akan meluahkan segala perasaan, kesakitan yang dialami kepada orang ramai.
“Tapi nanti apabila dia sudah meluahkan segalanya, mungkin secara sedar atau tidak sedar dia akan mengaibkan ahli keluarga dan diri sendiri.
“Saya dapat lihat dengan situasi yang berlaku sekarang, ramai yang apabila dia tidak puas hati dia terus tulis di laman media sosial.
“Apa sahaja yang berlaku disekeliling, mereka nak kongsi dan beritahu kepada orang ramai,” katanya.
Lufya antara lain berkata demikian ketika diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pendapat tersebut menerusi rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di TV3, pada Khamis.
Sekadar informasi, Lufya telah mendirikan rumah bersama, Dr Che Muhammad Hafiz pada tanggal 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Lana Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk bercerai pada Jun tahun lalu.
Foto: Instagram Lufya Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas teruk dikecam netizen gara-gara meninggalkan anak-anak bersama pembantu rumah sewaktu pergi ke Pulau Pinang atas urusan kerja, pempengaruh dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril menyifatkan insiden tersebut sebagai pengajaran terbesar sepanjang bergelar ‘content creator’.