Selebriti versatil, Zulin Aziz ada memuat naik klip video pendek yang secara umum memaparkan antara kisah yang berlaku dalam hidupnya.

Kini tampil lebih segar menawan, Zulin menerusi ruangan kapsyen pada posting tersebut antara lain mengakui ada pihak yang dahulunya tertawa selain memperlekeh terhadap apa yang diusahakan.

Malah jelas Zulin lagi, kegagalan masa lalu membuatkannya lebih bersemangat untuk terus bangkit.

“Mereka ketawakan kisah hidup saya. Mereka mempersendakan dan memperlekehkan tiap apa yg saya usaha.

“Sakit mcmanapun saya sendiri cari penawarnya.Dengan kegagalan masa lalu membuatkan saya lebih bersemangat untuk bangkit dan mulakan hidup baru.

IKLAN

“Kalau saya boleh,ada 1000 kali mampu. Lupakan kisah lalu, Magia masa depanmu,” tulisnya.

IKLAN

Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat turut memberikan reaksi terhadap klip yang berkongsi keratan kisahnya perihal teman hidup itu.

Malah, Zizan Razak dilihat turut memberikan komen sarat motivasi terhadap rakan selebritinya itu.

IKLAN

Zizan menyifatkan setiap usaha yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil.

“Mereka Ketawakan Kisah Hidup Saya,” – Zulin Aziz Papar Kisah Dulunya, Lihat Apa Reaksi Zizan Razak

Dalam perkembangan lain, fizikal Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz kini dilihat kian ramping dan sedang dalam usaha untuk mencapai misi berat badan impiannya iaitu 50 kilogram.

Foto: Instagram Zulin Aziz, Rizan Razak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI