Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir pihak yang menyuarakan cadangan untuk memboikot make up artis (MUA) dan tata rias pengantin dari kalangan pondan.

Menurut Adibah, juru soleknya ketika ini adalah daripada golongan berkenaan dan menyifatkan mereka sebenarnya orang yang paling bertanggungjawab dalam membantu meringankan beban keluarga.

Perkongsian tersebut telah disuarakan oleh Adibah memerusi Twitter miliknya.

“MUA saya dlm golongan ini. Mereka yg jaga ibu bapa sampai ke akhir hayat. Menyara keluarga, adik beradik “straight” yg penagih dadah, penganggur, malas bekerja. Masuk waktu, sarung kain pelikat, tshirt tunaikan solat.

Ads

“Dicerca, tapi time nak pinjam duit, merekalah juga dicari,” tulisnya.

Jelas Adibah, golongan ini sanggup menjaga ibu bapa mereka hingga ke akhir hayat malah turut menyara adik-beradik yang bermasalah.

Ads

Di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan kenyataan Adibah itu selain turut menyifatkan mereka hanya mencari rezeki dengan menggunakan kepakaran yang mereka miliki itu.

“Mereka Menyara Keluarga Sebab Adik Beradik Pemalas & Penagih,”- Adibah Noor Bidas Individu Mahu Boikot MUA Pondan

Ads

“Mereka Menyara Keluarga Sebab Adik Beradik Pemalas & Penagih,”- Adibah Noor Bidas Individu Mahu Boikot MUA Pondan

Terdahulu, seorang pengguna Twitter telah bertindak menyeru orang ramai untuk tidak lagi menggunakan khidmat juru solek dan tata rias pengantin daripada golongan pondan kerana menganggap perkara tersebut akan menggalakkan mereka terjebak ke dalam kancah LGBT.

Bagaimanapun, individu tersebut telah dikecam hebat oleh netizen gara-gara tuduhan yang tidak berasas itu selain disifatkan sebagai mahu menutup pintu rezeki orang lain.

Foto: Twitter Adibah Noor

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI