Mungkin ramai yang tidak mengenali latar belakang penyanyi Awi Rafael secara mendalam.

Siapa sangka dahulunya dia merupakan seorang peguam dan dek kerana mengikut sanubari, dia kini lebih selesa untuk beri tumpuan sepenuhnya dalam muzik.

Popular dengan lagu Kalau Aku Kaya, Awi atau nama penuhnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael mendedahkan sebab dia beralih bidang.

“Sepatutnya saya jadi seorang lawyer (peguam), tapi saya ikut sanubari sebagai seorang penyanyi dan penulis lagu..

“Masa saya umur 21 tahun, mak saya sakit kanser, gaji RM8 ribu hanya sebagai seorang pelajar internship, kemudian umur 22 saya sebagai junior lawyer dan mereka (pihak syarikat) offer gaji saya RM24 ribu.

IKLAN

“Tapi ketika itu saya letak pen, saya sign dan saya cakap taknak.

“Boss ckp saya gila ke? Saya jawab saya gila kalau saya tak dengar sanubari, saya gila kalau saya tak tunaikan tujuan saya, saya gila kalau saya kerja hanya untuk duit semata-mata. Hanya ikut hati dan teruskan dengan apa yang kita minat,” kata Awi.

Malah, anak kelahiran Singapura ini juga nekad berhenti bergelar seorang peguam dan memberi tumpuan sepenuhnya dalm bidang muzik.

IKLAN

“Saya memang tak boleh lari dari fakta yang saya memang suka akan muzik. Jadi saya berhenti jadi seorang peguam dan fokus dalam bidang muzik..

“Saya teruskan bidang muzik ni bila saya dah habis belajar dari graduated dari sebuah Universiti di Australia dalam jurusan undang-undang,” tambahnya lagi.

IKLAN

Berkongsi pengalaman 10 tahun berada di Malaysia dalam perjuangkan muziknya pula, Awi mempunyai jawapannya sendiri.

“Dulu saya datang KL hanya berbekalkan gitar dan vespa, itu pun dah jual dan satu lagu saja ketika itu tajuknya Pulanglah,” katanya berseloroh.

Ikuti video Zayan My mengenai kisah inspirasi dari penyanyi berusia 33 tahun ini!

Sumber : Youtube Zayan My

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI