Beberapa perkongsian daripada usahawan yang juga bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli mencuri perhatian apabila dia ada memuat naik tangkap layar yang merakamkan bekas majikannya itu menangis kegembiraan.
Sambil mengakui hubungan mereka cukup akrab, Iqbal antara lain turut mendedahkan Datuk Vida sendiri akan berkongsi punca dia menangis terharu.
Perkara tersebut dikongsikan lelaki berusia 27 tahun itu di Insta Stories, pada Khamis.
“Di sebalik gelak tawa yang kalian lihat dari Dato Seri Vida, sebaliknya beginilah beliau apabila dengan saya. Voice pagi ini beliau hantar kepada saya. Menangis gembira,” tulisnya pada sedutan video tersebut.
“Sesetengah orang hanya menganggap saya mendekati beliau hanya kerana ‘mengikis harta’ namun jauh sekali begitu. Mereka perlu tahu kami benar-benar akrab. Dunia akhirat,” tulis Iqbal pada status Insta Stories yang berbeza.
Ads
Sementara itu, Iqbal juga menambah, Datuk Vida pernah berkongsi dia pernah bercita-cita untuk bergelar ustazah selain sering kongsi ‘voice note’ dirinya yang mengalunkan ayat suci al-quran.
“Rutin Dato Seri Vida sejak bertahun dulu. Cuba lihat jam berapa (3:27 pagi). Beliau akan hantarkan suara mengaji, dengan hasrat mahu pandai baca Al Quran.
“Cita-citanya mahu jadi ustazah. Dulu saya berseloroh, “gelak tu cuba perlahan sedikit”. Jawab Dato Seri Vida, “tak boleh nak kontrol jadi sendiri”. Lama kelamaan saya jadi risau kalau lama tak berbunyi suara gelak beliau,” tulisnya.
“Ini jawapan ramai yang DM tanya kenapa Dato Seri Vida menangis gembira… 30/8/2021. Nanti beliau sendiri akan kongsikan,” kongsi Iqbal menerusi sekeping foto Datuk Vida yang ketika itu dipercayai sedang mengambil ujian kesuburan.
Ads
Pada masa sama, Iqbal ada memuat baik sekeping foto berbeza yang merakamkan aksi kandid penyanyi lagu I Am Me itu ketika berada di Tanah Suci Mekah.
“4/3/2018. Dato Seri Vida bawa diri ke Mekah untuk berdoa; saat perkahwinan kami tidak direstui oleh beberapa pihak. Itu kali pertama saya tidak mengikuti beliau ke luar negara.
Ads
“Setiap kali di hadapan Kaabah, beliau video call dengan saya dan menasihati saya agar bersabar,” tulisnya.
Terdahulu, nama Iqbal yang kini turut sukses dalam dunia bisnes menjadi sebutan apabila kisahnya yang dikatakan bakal berkahwin dengan usahawan terbabit kembali diperkatakan.
Dia bagaimanapun tampil memperincikan mengenai situasi sebenar mengenai hubungan di antara mereka dan turut berkongsi hal berkaitan di laman Instagram.
Foto: Instagram Iqbal Zulkefli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tular di laman sosial apabila Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di beberapa buah lokasi sehingga mendatangkan amarah rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi menjelangnya Hari Kemerdekaan ke-62 tidak lama lagi.
Berang dengan keadaan yang disifatkan seolah-olah disengajakan, golongan selebriti turut tidak terkecuali memberikan reaksi.
Abam Bocik misalnya ada meluahkan rasa di entri Instagram dengan mengatakan ia ibarat memakai seluar setiap hari, mana mungkin kesalahan boleh berlaku?
“Pembelajaran hari ni…. Kepada yg x mengetahui cara cara gantung bendera MALAYSIA bole tgk sini k…. Dan maksud JALUR GEMILANG.
“Kemon rakyat MALAYSIA… Merdeka nak masuk ke-62 tahun.
“Ibarat hari hari pakai seluar… Xkan lupa pulak sarung seluar kat kepala,” tegasnya dengan menyertakan foto Jalur Gemilang beserta makna di sebalik dalam setiap warna.
Terdahulu, ada jenama besar negara ini yang didakwa telah mengibarkan bendera negara itu secara terbalik secara tidak sengaja. Malah, perkara tersebut sudah pun dijelaskan pihak berkenaan.
Sementara Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador pula menjelaskan isu telah selesai apabila menyatakan ia adalah kesilapan sewaktu pemasangan oleh pekerja warga asing yang tidak memahami cara pemasangan jalur berkenaan.
Foto : Instagram Abam Bocik
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Syura Badron berkongsikan khabar gembira dia kini hamil anak keempat.
Khabar gembira itu dikongsikan Syura atau nama sebenar, Zuraidah Badron, 36, menerusi laman Instagram miliknya.
Menerusi video tersebut, penyanyi lagu Nazam Berkasih itu dilihat membuat kejutan buat suaminya, Muhammad Farizat Ismail, 28, dengan menghadiahkan baju bayi yang bertulis, ‘You are going to be a daddy soon’.
Syura turut memohon doa daripada semua agar segalanya dipermudahkan untuknya sepanjang tempoh kehamilan.
“Soon, mohon doakan yang baik-baik. Abie (suami), your are going to be a daddy soon. InsyaAllah,” tulis Syura di ruangan kapsyen.
Tidak mendedahkan usia kandungannya, namun Syura ada meletakkan tanda pagar #march2023 yang dijangka ‘due date’ untuknya bersalin.
Rakan artis seperti Khai, Rosma serta Datin Almy Nadia tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah buat Syura dan suami.
“MasyaAllah, Alhamdulillah. Masa jumpa bulan lepas mu minta doakan cepat dapat baby. Allah dah bagi jawapan untuk doa-doa korang. Tahniah korang. Take care Syura,” tulis Khai dan isteri, Rosma.
“Happy for you makcik. Semoga segalanya dipermudahkan,” titip Almy pula.
Syura mendirikan rumah tangga dengan Farizat pada 22 Januari lalu.
Terdahulu, Syura turut mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Syura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah ada memuat naik sepotong video mempromosikan satu produk minuman kesihatan dan sabun khusus wanita di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, pelakon berusia 47 tahun itu antara lain dilihat mengambil produk kesihatan terbabit sambil mengenakan telekung di dalam tandas.
“Kamu semua lembik Dan tak larat. Haa silakan. Bagi aktif. Padu Dan padat.
“Cuci dalaman sekali Untuk wanita. Cer try. Laa nampak lengan jugak. Puas nak cover pakai kaftan. Baju tido,” tulisnya.
Bagaimanapun, perkongsian penyampai radio itu mendapat perhatian netizen yang seterusnya meninggalkan komen pelbagai.
Ada yang menyifatkan perkongsian yang dibuat kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah itu agak keterlaluan.
“Akak tak geli ke makan dalam bilik air depan jambam pulak tu yek. Nak muntah,” tulis seorang pengguna Instagram pada di entri berkenaan.
Sehingga kini, rakaman video tersebut telah menerima hampir 90,000 tontonan.
Foto: Instagram Sharifah Shahirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!